Salwa - How To Kick Using Ear (;´༎ຶД༎ຶ`)

Assalamualaikum,


Kali ni aku video unboxing kertas peperiksaan wawa. Aku lepas dapat result yang tak berapa memberangsangkan last week, jadi bersemangat untuk susun atur semula bilik aku and bagi ruang study yang lebih selesa untuk diri aku sendiri, demi kemaslahatan sem hadapan ni. Jadi, kemas punya kemas, terserempak dengan sekotak kotak yang berisikan kertas peperiksaan wawa daripada tadika sampai darjah dua. 

Tapi..

yang aku unboxing tu, termasuk jugak kertas peperiksaan wawa yang darjah tiga sekali, and banyak jawapan kelakar yang dia jawab tapi aku tak dapat nak selitkan semua dalam video tu, nanti aku update kat blog ni la.. sebab aku noob lagi nak guna Sony Vegas untuk edit video, tapi aku nak jugak guna editing software tu untuk edit video aku. Ape orang kata, biar kelihatan lebih profesional begitu.. ceeyyyyy.. hahahak

Okay, ni bawah ni video yang aku dah up kat youtube, biasalah subscriber aku cuma 10 orang, itu pun semua subscribe atas paksaan aku.. wakakakaka.. jadi viewnye berapa kerat jelah, anyway sesiapa yang melihat post ni, semoga enjoy dengan video ni. 


So, video kali ni, aku try masukkan picture yang boleh muncul dalam video aku. Aku masukkan kertas peperiksaan wawa la. Keratan - keratan yang kelakar untuk tunjuk apa yang funny sangat sampai aku and duan gelak macam gitu. Jadi, pakai sony vegas ni agak rumit gak la untuk noob macam aku. 

Aku spent masa dalam sehari jugak untuk edit video aku ni. dan another one day untuk kasi english subtitles dalam video ni. Tapi yelah, english aku dah berkarat, jadi ada certain part yang aku tak tau nak englishkan jadi aku let the word stay in bahasa malaysia yang rojak..

So, basically aku spent masa dua hari untuk edit video ni, bila aku kata  dua hari tu memang dua hari penuh aku bagi commitment untuk edit video. Sis tak main - main tau.

p/s: Segala ape yang tertulis, hanyalah opinion and penceritaan aq.. please jangan terasa in case of rudeness in any of my writings, yelah.. aku hanya manusia biase yang banyak kesilapan dan masih mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN