Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN

Assalamualaikum,


Post kali ni, aku nak share mengenai Pinjaman Pelajaran yang diberi nama Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). Masa diploma aku memang pelajar under program ni di Tahun kedua waktu aku diploma. Ramai jugak kawan - kawan aku dapat biasiswa PIDN masa diploma dulu. Ada yang dapat masa tahun pertama, ada yang dapat mana tahun kedua. Tak hiperbola la kalau aku nak cakap masa diploma dulu, hampir setiap kelas (batch aku), lebih kurang half dapat biasiswa ni. Aku percaya antara sebab ramai yang dapat offer adalah kerana kitorg bawah program engineering. Itu apa yang aku percayalah. Tapi tentu saja, reason utama adalah sebab memang sudah rezeki kitorg. 

Sebelum aku teruskan coretan untuk post kali ni, ingin aku bagi warning sebelum korang proceed membaca. Post kali ni agak panjang jugak, macam post penerapan sebelum ni, so if korang malas nak baca, its okay. Singgah je blog sebelah.

Okay, dah masuk perenggan ketiga ni, korang masih bertabah lagi? Bagus, jom kita teruskan dengan coretan aku yang pastinya panjang berjela. haha kalau rasa rajin, jangan lupa klik - klik sikit advertisement yang aku dengan baik hatinya letak merata dalam blog aku, hahak kasi la sis peluang generate income ye gais. 

Program ni, asalnya biasiswa yang mana, korang akan dapat kontrak kerja dengan Pihak Perkhidmatan Awam untuk beberapa tahun. Dalam case aku time diploma, kontrak aku adalah selama 5 tahun. Antara reason aku kejar biasiswa ni adalah sebab kerana aku lepas dengan syarat yang dia tetapkan dan tentunya sebab dia adalah biasiswa dan bukan pinjaman. Jadi, lepas aku dapat je elaun JPA masa diploma dulu, aku terus settlekan hutang PTPTN aku. Namun, sayangnya walaupun aku bayar secara lump sum waktu tu, aku tak dapat diskaun. Aku try jugak tanya, tapi pegawai yang aku berurusan waktu ketika itu, kata memang aku tak dapat diskaun. So, aku terima jelah. 

Kalau tak silap akulah, aku dapat biasiwa ni tahun 2015. Dan aku antara batch terakhir atau mungkin memang yang terakhir yang dapat biasiswa under program ni. Sebab batch - batch selepas tu, tak dapat biasiswa tapi dah tukar jadi Pinjaman Boleh Ubah which means korang masih lagi boleh jadikan pinjaman ni sebagai biasiswa tapi bergantung kepada syarat yang ditetapkan JPA. Jadi long story short, aku mohon PIDN bulan mei 2018. Aku dapat maklumat daripada kawan aku, dan jugak dari web Afterschool.


Walaupun elaun yang JPA offer antara yang terbanyak yang boleh student UiTM dapatkan, yelah dibandingkan dengan PTPTN, Peduli Siswa dan segala pinjaman yang lain, tapi syarat untuk ubah pinjaman PIDN kepada biasiswa PIDN bukanlah sesuatu yang mudah. (aku mcm tgh karang citer seyh, hahahahahak rilek2, aku tengah try nak jadikan post ni formal tapi tak berapa formal) yang tak mudah maksud aku, tengok la gambar kat bawah ni 


So? aku nak kena dapatkan kerja dengan pihak JPA, then baru dapat convert pinjaman ni jadi biasiswa. Dengan keadaan sekarang ni, aku sendiri tak yakin untuk dapat kerja dengan JPA. Persaingan nak dapatkan kerja dah la sengit an. So, aku tolak tepi dulu la dapat kerja dengan JPA. Jadi, aku dengan suka dan dukacitanya mengistiharkan sendiri, agak sukar dalam 90% untuk ubah pinjaman ni kepada biasiswa. Which membawa maksud, aku most probably kena bayar 50% of the total elaun yang aku dapat for the PIDN (if aku dapat la). Okay, sebelum aku start merepek, jom kita tengok pulak syarat - syarat yang melayakkan korang untuk mohon pinjaman ni, 



Aku lepas la syarat untuk mohon pinjaman ni, so macam orang lain, aku mohon la pinjaman ni. 30 OGOS 2018 keputusan PIDN keluar. Jadi kecoh la sebilangan makhluk yang memohon PIDN yang kemudiannya menyebarkan berita sama ada mereka dapat atau tidak. Lets go guys~




2) Lepas je aku jumpa statement macam gambar kat atas ni, aku terus klik ni linknya, tapi mesti by the time korang nak tekan link ni, linknya dah mati dah.. hahahak  then tertera lah page untuk SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA TAHUN 2018


3) Lepas tu, keputusan sama ada BERJAYA atau tidak berjaya akan keluar. Siapa yang tak berjaya, akan tertera KALAH RANKING. cerita pasal kalah ranking ni, aku sebenarnya tak percaya bila sorang member aku ni bagitahu sebab dia tak dapat pinjaman ni sebab dia kalah ranking, aku ingat dia frust sebab tu dia cakap macam tu. yelah, masa diploma dulu, kalau tak berjaya, dia tulis TAK BERJAYA, tak tahu pulak JPA sekarang pandai melawak tulis KALAH RANKING, memang betullah kalau kalah ranking pun, cuma tak biasa je dapat statement macam tu daripada urusan rasmi an.. 

Walaupun data umobile aku dah habis masa aku nak check result ni, aku gagahkan diri jugak guna data basic yang ada untuk tengok aku berjaya atau tidak. Eh, tapi aku tak check aku punya dulu, aku check adik aku punya dulu.


Adik aku berjaya, dulu masa diploma, dia ada jugak apply, tapi tak berjaya. waktu tu dia ambik program teknologi perkayuan. Walaupun program ni agak famous kat luar negara, tapi tidak di Malaysia and maybe kepentingan program ni kurang menyerlah berbanding program yang memang kedengaran cool dan rare seperti program engineering. And that is why aku percaya, reason kenapa adik aku tak dapat PIDN masa diploma adalah kerana program yang dia amik tu, sebab although result dia the best dalam batch dia, and above 3.8, tapi still tak dapat biasiswa ni dulu. Tapi yelah, tu semua hanya sejarah sebab dia dah berjaya menempa nama sebagai salah seorang scholar JPA sekarang ni. 


Eh, aku pun dapat jugak ae, bukan adik aku je. Tapi walaupun aku dapat, aku terikat dalam dilemma untuk terima atau tidak. sebab aku dah bawah program Peduli Siswa. Anyway, keputusan terakhirnya lepas aku fikir masak - masak, dan sehabis baik, Aku tolak pinjaman ni dan aku stay bawah program Peduli Siswa, tapi nanti towards the end aku cerita kenapa. sekarang jom tengok dulu step by step perjalanan aku dalam menyemak dan mendownload dokumen untuk adik aku selain menolak pinjaman ni dari belah pihak aku sendiri untuk memberi peluang kepada mereka yang lebih layak.

4) Aku klik button untuk masuk ke ePenawaran ataupun lebih panjang lagi diberi nama sebagai Sistem Penawaran Tajaan JPA. macam biasalah aku masukkan ic and pasword aku and adik aku. 


5) Macam yang korang nampak, tertera TAWARAN TAJAAN sekiranya korang berjaya ditawarkan pinjaman PIDN ni, then lepas korang dah baca, baca betul - betul tau semua yang ada, jangan skip sebab kita tak nak tertinggal anything dalam urusan - urusan macam ni, lagipun semua ni urusan duit jadi kena be extra careful. 


6) Step seterusnya adalah untuk PENGESAHAN PENERIMAAN. kat sini korang kena decide nak BERSETUJU DAN MENERIMA TAWARAN atau TIDAK BERSETUJU DAN MENOLAK TAWARAN. kat sinilah paling aku stuck disebabkan dilemma yang aku alami. takpe, nanti aku cerita ya..




Tepat pada pukul 3.47 petang pada hari terakhir untuk confirmkan sama ada nak terima atau menolak pinjaman ni, aku pun akhirnya dengan berat hati mengambil keputusan untuk menolak pinjaman ni. 


Lain pulak dengan adik aku, sebab dia dibawah PTPTN, agak mudah untuk dia selesaikan urusan penukaran penaja untuk urusan study dia. adik aku ada call PTPTN untuk confirmkan mengenai hutang PTPTN if dia tukar penaja. If, korang nak tahu apa isi perbualan tu, baca kat bawah posting ni nanti ya. anyway, adik aku, memang dari awal excited untuk terima pinjaman ni, yang dia ingatkan biasiswa, tapi lepas aku terangkan kat dia situasi sebenar, baru dia faham. Dia hesitate sekejap, tapi lepas tu, dia tekad semula untuk terima pinjaman PIDN ni. 

kat bawah ni adalah surat tawaran kitorg. Yelah, aku share je, mana tahu korang nak tengok bentuk rupa dia. Kalau tak nak tengok pun tak pe je.. haha

Mine

My sister

yang bawah ni, antara isi terpenting dalam lampiran yang dia bagi Lampiran A, A1 and A2. takkan la aku nak screenshot semua kan, so aku screenshot yang bagi aku paling penting untuk noted bagi those yang aiming for this loan. Tapi perlu diingatkan, bila urusan berkaitan duit, kita kena baca betul - betul hitam putih dan segala dokumen yang terlibat dengan berhati - hati. 

haaa.. ini JPA nak ingatkan, kalau nak elaun masuk tanpa masalah, pastikan pointer kekal pada paras 3.0 atau lebih. siapa yang dapat kurang akan kena hold elaun JPA dan kena beri surat tunjuk sebab.. hahak so, personally bagi aku, if korang mampu lepas syarat untuk dapat tawaran pinjaman ni, korang sepatutnya takde masalah untuk kekalkan pointer pada paras melebihi 3.0. 


Haa.. inilah maklumat berkaitan elaun JPA yang dia bagi mengikut kadar setahun. ehh.. tengok betul - betul. yuran pengajian yang dia bagi untuk student UiTM adalah RM400 untuk setahun dan bukan RM1400 setahun . Sebab tu aku suruh korang baca betul - betul. Nanti tak puas hati apa lah, padahal sendiri tak baca betul - betul. and lagi satu, aku ada dapat info daripada student UIA, dalam tu mention RM1400 an except for politeknik dan UiTM which is RM400 sahaja. Dia kata, dia pun tak dapat nilai sebanyak RM1400, dia dapat approximately RM700 ~ RM800 (aq tak ingat dy bg tau berapa) . Anyway, tu apa yang aku dengar sahaja, kesahihannya masih boleh diragui. hahahak


See, kat lampiran ni, dia mention macam mana yang dia mention before kita apply pinjaman ni. mengenai mekanisme pinjaman boleh ubah ni. Apa yang penting, if korang nak dapatkan diskaun pembayaran,. just jangan kerja overseas je. hahak 


7) Okay, jom proceed ke step seterusnya iaitu step KEMASKINI MAKLUMAT. so, kat sini ada dua maklumat yang dia nak kita kemaskini which is Maklumat Peribadi dan Maklumat Waris







macam yang tertera, inilah antara info yang perlu dikemaskini. yelah, gap antara permohonan dengan result kuar agak lama which is more than 2 months. So, maybe ada yang dah pindah rumah, ada yang rumah dia baru siap ke, so sebelum ni duduk rumah orang lain. apa apa jelah yang aku merepek ni. 


ha, kalau kat sini pulak, ruang untuk maklumat waris. So, kalau korang tak dapat dihubungi, siapa yang perlu JPA contact untuk urusan yang segera .. betul ke gaya penyusunan ayat aku. anyway, so aku sebagai antara orang yang terpenting dalam family aku, mestilah jadi waris kepada dyorang - dyorang ni semua. walaupun aku tak dapat terima pinjaman ni, jadi sebahagian daripada pinjaman adik aku pun not bad jugak... hahahak

8) next is PENGISIAN MAKLUMAT TAMBAHAN. kat sini, maklumat yang dia nak adalah Maklumat Bank, Maklumat Penjamin dan juga optional untuk gambar berukuran passport korang. kalau tak nak upload pown tak pe yang tang gambar tu. 


macam yang tertera kat bawah ni, kalau pinjaman PIDN, korang kena pastikan korang ada akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau lebih dikenali dengan Bank Islam dalam kalangan pelajar UiTM. So, untuk kes adik aku ni, disebabkan PTPTN memang guna Bank Islam, so takde masalah lah untuk yang ni, tapi kalau those yang takde akaun bank kat BIMB, memang kena p buat la satu akaun sebab lau tak macam mana elaun nak masuk. 

yang ni simple je. seperti yang tertera kat dalam lampiran yang dia bagilah, just key in no akaun korang, dan nama bank according tu bank yang dia dah tetapkan based on bawah program apa yang korang dapat and untuk alamat bank, isikan alamat bank yang korang bukak akaun bank korang tu. So, kalau korang bukak akaun kat Shah Alam, tulis la kat Shah Alam, jangan tulis kat Gombak pulak. gittew..


Bagi aku syarat untuk jadi penjamin bagi pinjaman PIDN ni agak longgar which is a great thing la kan. Sebab kalau macam Peduli Siswa, if i'm not mistaken kalau kerja government kena RM1000 and above tapi kalau swasta kena RM1500 and above. And kena ada dua penjamin untuk Pinjaman Peduli Siswa. Susah sikit nak cari penjaminnya, kalau sorang pun dah susah, lagikan dua orang. Tapi untuk PIDN ni, dia takde mention pun swasta ke kerajaan ke, yang penting gaji kena RM1000 and above sahaja. The most important thing, syarat pendapatan tak terpakai for our parent. Nice kan? 

yang tang gambar ni, dia kata tak wajib pun upload. Masa diploma dulu pun aku tak upload. Muka tak cukup menawan la untuk diupload gambarnya. hahaha 

9) Step seterusnya adalah CETAK, SAH DAN SERAH DOKUMEN. JPA dah tetapkan tarikh untuk penghantaran dokumen JPA ni, 27 September 2018 untuk student from UiTM Shah Alam. So, before tu, korang kena settlekan dokumen yang menjadi keperluan bagi pihak JPA untuk melepaskan elaun kepada korang - korang semua yang berjaya ni.. 


Kan dia suruh rujuk laman sesawang eSila kan, notification yang tertera adalah seperti di gambar bawah ni

lepas tekan link SEMAKAN PUSAT SERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) tu, automatic akan direct ke pdf file, yang mana aku terus download. and oleh kerana adik aku student UiTM Shah Alam, so aku mencari lokasi itu sahajalah.


(i) Senarai Semak Penyerahan Dokumen Penawaran JPA


Dokumen yang PIDN perlukan tidaklah terlalu banyak pada pendapat aku. Bezanya berbanding masa aku settlekan time diploma dulu cuma kewujudan borang eVendor ni je. Aku siasat dulu eVendor ni untuk apa ye, penyiasataan aku hanya di pertanyaan pada Pak Cik google sahajalah. hahahak (*Aku tak siasat pun, hahahahak)

(iii) Dokumen Perjanjian




Untuk dokumen perjanjian, kena buat 3 copy. dan semuanya kena ada setem hasil yang dimatikan. and kena settlekan ni dulu sebelum korang boleh print out Slip Pengesahan Pengajian. sebabnya, tarikh setem hasil tu dimatikan adalah tarikh yang perlu di key in dalam ruangan Tarikh Perjanjian dan maklumat Saksi. 

(iv) Slip Pengesahan Pengajian



(v) eVendor
e-Vendor ni, aku sendiri kurang jelas untuk apa, tapi rasanya bukan sesuatu yang sangat serius la kot. 

(vi) Selesai



Okay, itu step by step and sedikit sebanyak urusan online dan offline yang perlu disettlekan untuk PIDN 2018. okay jom sekarang aku cerita kenapa walaupun aku dapat tawaran ni, and walaupun aku sebenarnya memang nak terima tawaran ni, tapi instead of terima, aku tolak dan kekal setia di bawah program Peduli Siswa. 

Kisah Aku, PIDN 2018 dan Peduli Siswa 

Untuk kasi kefahaman kenapa aku tak terima JPA, kita kena buat sedikit pengiraan yang menunjukkan untung atau rugi jika aku amik JPA dan jika aku tak ambil JPA.

Situasi Terkini dengan Peduli Siswa 

Peduli siswa bagi dalam RM3200/sem. Lepas tolak dengan yuran pengajian, aku ada balance dalam RM2700/sem. dan jika dibahagi dengan 5 bulan, approximately aku boleh belanja dalam RM550/month la. Tapi dengan situasi aku sekarang, nilai ni tak cukup, sebab keperluan aku yang dirahsiakan ape dia.

Mungkin sesetengah orang rasa nilai ni dah cukup besar untuk dyorg, tapi bagi aku, tak cukup. sebab duit elaun ni nanti bukan untuk diri aku sorang. cukuplah aku cakap macam tu. So, aku ade keperluan aku, yang buatkan maybe half atau a little bit smaller than half yang aku kena transfer untuk 'keperluan' aku tu. ape dia keperluan aku tu, hahaha, rahsia la... mana boleh bagi tahu.

Jadi, sekarang ni bagi aku, elaun yang diberi tu masih tak cukup lagi. Dan JPA memberi satu ruang untuk aku boleh berbelanja demi kemahuan aku pulak, sebab bila hanya keperluan yang kau lunaskan tapi kemahuan tak berapa dilunaskan, dan bila dah jadi manusia yang masih kurang rasa syukur, jadi hidup tu serba serbi tak cukup. 

Anyway, melihatkan kepada result aku semester 4. Aku dah target and aku assume yang aku maybe tak dapat nak achieve pointer 3.75 untuk convertkan Pinjaman Peduli Siswa ni kepada Biasiswa Peduli Siswa. 3.5 aku masih boleh achieve, tapi 3.75 terlalu jauh. Jadi, mengikut keadaan sekarang, aku masih terikat untuk kena bayar half daripada nilai pinjaman aku. Which is,  if aku amik sampai sem 8 nanti. Jumlah pinjaman aku, lebih kurang RM20000. Then, kena bayar half, approximately aku kena bayar around RM10k. 

Sedangkan, kalau aku amik JPA pun aku kena bayar half jugak if aku kerja swasta. and if rezeki aku ada, and aku kerja goverment, aku boleh jadikan biasiswa. Bukan tu je, elaun yang aku dapat per sem jugak lebih banyak daripada jumlah yang aku terima sekarang. #ManusiaTakPernahPuas So, benda ni membawa kepada kenapa aku apply JPA. Tapi benda ni depends jugak bermula semester berapa aku dapat elaun JPA tu, yang akan membawa kepada untung atau rugi untuk aku lompat dari Peduli Siswa kepada JPA. So, teruskan dengan situasi pertama~ 

Situasi Pertama : Aku ambil JPA (Elaun Bermula Pada Semester 5)

Katalah aku dapat RM4800/sem , jadi aku ada berbaki lagi 2 tahun pengajian which is 4 semester. Jumlah maximum yang boleh aku dapat berdasarkan semester berbaki aku adalah RM19800. So, kalau ditengok daripada mata kasar, bila dibandi,ngkan dengan SUK dalam RM3000/sem, JPA offer RM1800 lebih tinggi. Ehhh.. tapi nanti dulu.. aku tak boleh lupakan hutang SUK yang dah 2 semester aku dapat yang berjumlah RM6600 dan yang akan aku dapat untuk semester 5 berjumlah lebih kurang RM3200. So, jumlah keseluruhan adalah RM9800. (approximately la, bukan exact value). By the end of the day, bila aku kerja swasta and aku kena bayar half, aku kena bayar dalam RM10k jugak (sama macam Peduli Siswa)

Aku deduct Rm9800 daripada jumlah elaun JPA yang aku akan terima which is RM19800. Then, jumlah akhir yang aku akan dapat hanyalah RM10000. Dan jika jumlah ini dibahagikan kepada 4 sem berbaki untuk pengajian aku, aku hanya ada RM2500/sem. Selepas ditolak pula dengan yuran pengajian yang berjumlah RM480/sem. Aku hanya tinggal RM2000 untuk aku belanja segala keperluan aku. So, kiranya RM400/month utk aku belanja la. Sama ada untuk alat tulis, buku, makanan dan lain lain.

Okay, sekarang bandingkan dengan situasi semasa. So, aku mengalami kerugian sebanyak RM150/month. banyak ni sis. So, kalau elaun JPA yang aku akan terima bermula pada semester 5. Jadi, tak berbaloi untuk aku lompat penaja. Next Situasi Kedua.

Situasi Kedua : Aku ambil JPA (Elaun Bermula Pada Semester 4)

Katalah aku dapat RM4800/sem, Jumlah maximum yang boleh aku dapat berdasarkan semester berbaki aku adalah RM19800 ditambah dengan semester sewaktu aku apply pinjaman ni, jumlah keseluruhan yang aku akan dapat adalah RM24000.  By the end of the day, bila aku kerja swasta and aku kena bayar half, aku kena bayar dalam RM12K. Berbeza hanya RM2k berbanding bila elaun tu start pada semester 5.

Aku deduct Rm9800 daripada jumlah elaun JPA yang aku akan terima which is RM24000. Then, jumlah akhir yang aku akan dapat adalah RM14200. Dan jika jumlah ini dibahagikan kepada 4 sem berbaki untuk pengajian aku, aku akan ada RM3550/sem. Selepas ditolak pula dengan yuran pengajian yang berjumlah RM480/sem. Aku akan tinggal RM3000 untuk aku belanja segala keperluan aku. So, kiranya RM600/month utk aku belanja la. Sama ada untuk alat tulis, buku, makanan dan lain lain.

Okay, sekarang bandingkan dengan situasi semasa. So, aku akan dapat extra rm100/month untuk aku belanja. banyak ni sis. So, kalau elaun JPA yang aku akan terima bermula pada semester 4. Jadi sangat berbaloilah kalau aku lompat penaja.

Step Penyelesaian Konflik
Konflik yang aku rasakan adalah, oleh sebab jumlah hutang yang aku perlu bayar by the end of the day nanti lebih kurang Rm10K in any loan either Peduli Siswa ataupun JPA, why not aku try JPA yang dapat memberi lebih elaun sewaktu aku masih study sekarang ni. Jadi, aku perlu confirmkan dengan pihak JPA dan pihak Peduli Siswa untuk aku verifies scenario yang aku mention di atas tadi. 

From JPA 
Sayangnya, lepas dah menghubungi pihak JPA, dyorang cakap elaun yang akan diterima adalah bermula dari semester semasa. Untuk yang tak faham, semester semasa adalah semester di mana korang memetrai penjanjian JPA korang. Which is, semester yang korang hantar borang JPA korang kepada pihak JPA. mengikut FAKTA itu, bermakna, jika aku terima pinjaman PIDN ni, aku akan terima elaun JPA bermula pada semester ke 5, which macam aku terangkan di atas. jika aku terima bermula dari semester 5, adalah tidak berbaloi untuk aku menukar penaja. 

Tapi yang menfinalizekan pilihan aku untuk menolak pinjaman PIDN bukan disebabkan cepat atau lambat aku terima elaun JPA. tapi disebabkan hutang terkumpul sedia ada aku. haha

From Peduli Siswa
Sayangnya, Peduli Siswa agak strict dari segi pinjamannya. If, korang nak tukar penaja, korang kena selesaikan pinjaman yang terkumpul yang telah korang terima sebelum korang habiskan pengajian korang di universiti. Which means, if korang tengah degree, so before habis degree korang kena habiskan bayar pinjaman korang. Gittew. Tapi ye sayang - sayangku, ini sebenarnya tidak menjadi masalah kalau korang terima BIASISWA. if korang nak tukar kepada Pinjaman lain, macam kes aku sekarang ni, nak tukar kepada pinjaman PIDN, ia adalah SATU MASALAH BESAR. hahahak

Kesimpulan
Untuk kes aku, kesimpulannya, adalah tidak berbaloi untuk aku tukar penaja. macam yang korang baca kat atas tu la. berdasarkan situasi - situasi yang telah aku jelaskan secara roughly nya. Disebabkan itulah aku dengan separuh berat hati, menolak pinjaman PIDN ni.

Sebenarnya, pinjaman Peduli Siswa aku memang suka. banding dengan PIDN, tapi disebabkan pointer aku jatuh dan aku dah tak yakin lagi untuk kejar pointer 3.75. sebab tu, terdetiknya niat untuk tukar kepada PIDN. Andai kata if pointer 3.5 , aku boleh dapat diskaun sebanyak 75% daripada pinjaman Peduli Siswa aku, mesti aku takde dilemma ni, dilemma ni wujud sebab walaupun aku jejakkan kaki dipointer 3.5, hutang yang aku kena bayar by the end of the day is half daripada keseluruhan pinjaman aku. Selain tu, JPA pun dah tukar mekanisme pinjaman dia, which if kerja swasta, kena bayar 50% instead of 75%, membuatkan aku kembali consider untuk dapatkan pinjaman PIDN. tapi ape pun, dah berlalu lah PIDN 2018 untuk aku. Anneyong PIDN 2018. Sayonara.

Okay, dah selesai untuk konflik yang aku alami. Sekarang jom kita proceed kepada konflik yang adik aku alami.

Kisah Wani, PTPTN dan PIDN 2018

Sekarang untuk wani, dia terima PTPTN dari semester pertama degree lagi. Tapi, seperti mana yang aku mention dalam post penerapan aku sebelum ni, disebabkan parent kitorg bukanlah penerima BRIM pada ketika kitorg apply PTPTN, jadinya kitorg tak dapat full loan PTPTN dan kitorg hanya dapat 75% loan PTPTN. Macam yang aku mention dalam konflik aku kat atas, wani pun macam tu jugak, keperluan kitorang membuatkan kitorg terpaksa mencari penaja yang mampu memberi kitorg ruang untuk settlekan isu 'keperluan' kitorg dan dalam masa yang sama dapat jugak memberi ruang untuk kemahuan kitorg.

Situasi Semasa Bersama PTPTN 
Jumlah PTPTN yang wani dapat adalah RM2500/sem. Dan setelah ditolak dengan yuran pengajian sebanyak RM480/sem. Approximately, wani hanya ada RM2000/sem untuk dibelanjakan. Dibahagikan kepada 5 bulan, so, hanya RM400/month sahaja boleh dibelanjakan. TAPI ini untuk kes duduk di rumah. kalau ditambah dengan yuran kolej berjumlah RM210/sem (4 orang/bilik) atau RM420/sem (2 orang/bilik) , mestilah nilai per month akan jauh lebih rendah. Jadi, berdasarkan situasi semasa ni, lepas ditolak dengan urusan 'keperluan' kitorang, belum pun mid sem, elaun PTPTN tu dah habis dah pun.

What happen bila elaun habis, tapi masih panjang lagi perjalanan untuk semester tu? that is the time bila kita akan mengharapkan pinjaman daripada mak ayah, atau kawan atau mungkin perlu berkerja part time untuk menampung kebutuhan kitorg. long story short, wani tak cukup duit. hahahahahak

konflik yang wani hadapi agak berbeza dengan aku. Di mana, kita jelas tahu, untuk degree. PTPTN juga boleh diklasifikasikan sebagai Pinjaman Boleh Ubah. Dengan hanya mencapai first class degree, melayakkan korang untuk apply permohonan menukar penjanjian korang kepada biasiswa. So far, untuk UiTM first class degree masih pada tahap pointer CGPA 3.5. So, masih possible untuk wani achieved. Which means, wani boleh masuk ke alam pekerjaan tanpa bebanan hutang. okay sekarang jom kita tengok, situasi jika wani terima JPA.

Situasi Wani Terima PIDN 2018
Katalah wani dapat RM4800/sem, Jumlah maximum yang boleh wani dapat berdasarkan semester berbaki dia adalah RM19800. By the end of the day, andai kata dia kerja swasta, jumlah yang perlu dia bayar lebih kurang RM10K.

Aku deduct Rm7500 daripada jumlah elaun JPA yang wani akan terima which is RM19800. Then, jumlah akhir yang wani akan dapat adalah RM12300. (sekiranya dia selesaikan hutang PTPTN sebelum habis pengajian) Dan jika jumlah ini dibahagikan kepada 4 sem berbaki untuk pengajian wani, wani akan ada RM3070/sem. Selepas ditolak pula dengan yuran pengajian yang berjumlah RM480/sem. Wani akan tinggal RM2500. So, kiranya RM500/month utk dia belanja. So, kiranya jumlah yang dia akan terima sama macam situasi terkini aku dengan Peduli Siswa lah an. haha tapi macam yang aku mention kat konflik aku, amaun ni sebenarnya still tak cukup.

Ehh.. tapi PTPTN tak strict macam Peduli Siswa yang mana korang wajib selesaikan before habis pengajian. So, kiranya if wani tak settlekan hutang sedia ada PTPTN degree dia, dia akan ada dalam lebih kurang RM4300/sem selepas bayar yuran pengajian berjumlah RM480/sem. Dan dibahagikan kepada 5 bulan, amaun yang dia akan ada adalah sebanyak RM800/month. Dengan amaun ni, aku pun boleh join sekaki elaun dy.

Tapi wait!! jangan lupa wani juga pinjam PTPTN untuk pengajian diploma perkayuan dia dulu. dan jumlah hutang dia yang terkumpul sewaktu diploma adalah sebanyak RM15K. Which also means, by the end of the day, dia akan mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM25K. hahaha.. jangan sampai kerja hanya untuk membayar hutang sis.

Step Penyelesaian Konflik
Konflik yang wani hadapi adalah, elaun yang tak mencukupi daripada PTPTN memandangkan dia tak dapat full loan dan peningkatan hutang terkumpul jika dia terima PIDN 2018. Jadi, untuk memilih sama ada stay atau menukar penaja, wani hubungi kedua belah pihak JPA dan PTPTN. and disebabkan wani sekarang sedang cuti khas, dia juga tertanya - tanya kelayakkan dia untuk menerima PIDN 2018.

From JPA 
Selepas dia hubungi pihak JPA, dyorang cakap, takde masalah untuk wani terima pinjaman ni. Yang penting wani kena selesaikan urusan dokumentasi perjanjian ni dan hadir dalam sesi serahan tangan dokumen perjanjian yang JPA dah tetapkan. Wani jugak dah reconfirm dengan pihak JPA, berkenaan isu elaun yang akan kita terima tu, start daripada semester bila. Dan jawapan yang sama daripada pihak JPA iaitu semester semasa. So, termaktub la bahawa elaun akan dapat hanya bermula pada semester semasa dan bukan pada semester kita apply perjanjian.

From PTPTN
Wani jugak, hubungi pihak PTPTN untuk tanya andai kata PTPTN tu wani dah matikan sekarang. Adakah wani masih layak untuk memohon penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa PTPTN andai kata wani dapat first class degree. Jawapan yang wani terima? Ya! wani layak untuk memohon penukaran tersebut andai kata dia dapat first class degree. dan wani call pihak PTPTN sebanyak dua kali untuk pastikan, kesahihan maklumat yang dia terima. TAPI, yang layak untuk dijadikan biasiswa hanya pada semester 1 dan 2, tidak untuk semester 3, yang dia akan terima JPA.

Tapi! kawan aku pun ada try call PTPTN untuk tambah lagi confirmation yang wani terima, tapi sayang, jawapan yang kitorg dapat adalah, kitorg tak layak untuk mohon penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa PTPTN andai kitorg tamatkan perjanjian sebelum tiba waktunya. I mean, kita tukar penaja la gitu. So, kena bayar full.

So? mana satu yang sahih? kita nantikan lagi 2 tahun setengah untuk tengok sama ada wani dapat first class degree atau tidak, dan jika dia dapat, adakah dia lepas untuk menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa PTPTN. Stay Tuned.

Kesimpulan 
So, akhirnya wani membuat keputusan untuk menerima pinjaman PIDN disebabkan PTPTN kata walaupun dah matikan PTPTN awal, dia masih layak untuk mohon pinjaman dia kepada biasiswa jika dia dapat first class degree. So, dia bolehlah lepaskan 'keperluan' yang meng restricted kan kemahuan kitorg sekarang ni. Tapi yelah, by the end of the day, dia akan ada hutang PTPTN untuk diploma sebanyak RM15k, dan hutang JPA sebanyak RM10k. So, korang yang mengalami konflik yang sama, boleh la sama - sama berhuhu huhu dengan wani dek hutang yang terkumpul. hahahak

Dilemma yang dihadapi adalah, andai kata wani tak dapat first class degree atau pun selepas 2 tahun setengah nanti, PTPTN tukar statement dengan mengatakan wani tak layak untuk tukar pinjaman dia kepada biasiswa even if dia dapat first class degree, hutang dia yang asalnya berjumlah RM25K akan  bertambah menjadi RM32.5K. A big risk, I think. Tapi a risk taker most probably the one with the success kan. haha

And just imagine, andai kata wani dapat kerja government dan dalam masa yang sama, dia layak connvert pinjaman PTPTN dia kepada biasiswa, jadi hutang yang dia ada hanya lah hutang diploma sebanyak RM15k. and imagine lagi, andai PTPTN baik hati seperti sesetengah kes yang mana, PTPTN kasi convert diploma punya loan kepada biasiswa (rumours yang aku dengar, kesahihannya masih boleh diragui). Wani barangkali dapat sijil degree tanpa bebanan hutang. hahaha tapi yelah, ini hanyalah suatu imaginasi yang belum menjadi kenyataan. Kita doakan yang terbaik sahajalah untuk wani. hahak lagipun aku punya PIDN dah RIP awal - awal , so tak dapatlah korang nak doakan urusan PIDN aku.. tapi jangan risau, korang doakanlah aku dapat kejar pointer 3.75. hahahak

Oh lg satu, aku baru check semalam, yuran uitm bukan RM480/sem tapi Rm580/sem. aku silap tengok ke silap ingat ke.. ntah ler.. anyway so, korang kira la balik pengiraan aku kat atas ue ye.. hahahak anyway, pengiraan aku ni semua bukanlah exact value, semua ni hanya pengiraan kasar. So, korang jangan assume, owh memang dapat nilai tu. hahak

Anyway, the latest news yang aku terima a few days after hari penyerahan dokumen PIDN kat UiTM Shah Alam haritu is, elaun yang dyorang akan terima bermula daripada semester sebelum ni. So, aku macam, Eh? Eh? Eh? hmmm tapi aku dah tolak dah pun an, biar sahajalah.. memang bukan rezeki la nampaknya, sebab aku dah confirmkan dua tiga kali dengan pegawai JPA yang dihubungi tu, memang dyorang kata tak dapat sem sebelum ni punya, tiber masa taklimat dyorang kata dapat.

Kesimpulan terakhirnya, mungkin Allah nak aku belajar dengan lebih gigih supaya aku dapatkan jugak pointer 3.75 tu.. supaya aku tak perlu bayar pinjaman Peduli Siswa. Doakan aku ye teman - teman. :'( Makin naik sem, makin mencabar do subject - subject yang aku amik. Aku tak faham. hahahak

p/s: Segala ape yang tertulis, hanyalah opinion and penceritaan aq.. please jangan terasa in case of rudeness in any of my writings, yelah.. aku hanya manusia biase yang banyak kesilapan dan masih mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.. :)


Comments

  1. assalam sis.. nak taye soalan sikit .

    1. saye pernah dpt dermasiswa jpa mase diploma dulu, adakah peluang sye utk dpt pidn cerah?
    2. berapa gaji parent sis ye n tanggungang keluarga sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam acap,

      1. Nice, tepuk tangan sikit, samalah kita. kalau kau tanya aku, aku kasi je cerah pidn kau. As long result cantik 3.5 ke atas, insyaAllah masih terang benderang, if 3.0 ke atas cerah jugak tapi ramai lagi yang dpt result cenggitu, bawah 3.0 dah gelap gelita la.. and lg satu depends jugak kau under programme ape.. kalau engineering maybe cerah lebih sikit banding dengan programme pengurusan pejabat (assumption akulah.. aku tak sure sangat..)

      2. Owh, tanggungan family ramai gak, 4 orang kat IPT and ade sorang masih sekolah.. gaji patut rahsia hahahak mana boleh bagitau.. cui tapi middle class la family aku..

      Sekian, terima kasih.

      Delete
  2. Salam sis. Jadi adik sis dpt elaun dari sem sebelum jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira dapat la elaun untuk semester yang kita start apply JPA tu. sob3x..

      Delete
  3. Assalamualaikum sis, sya peneriman PIDN/jpa utk 2019, and tempoh penajaan adlah 36 bulan, skarang di semester ke 3 dari 8 semester pengajian dan juga penerima PTPTN sblum ni. Jpa x fix kan ke dapat atau x dpt elaun yg utk sem sblum ni? Klau cthnya sya dpt bermula dri semester sya buat perjanjian shja, dlm prjanjian katanya sya bleh mohon utk tmbah nilai pinjaman ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam beb, saya sendiri tak tahu pasal benda ni. Saya tak pernah dengar lagi ada yang tambah nilai pinjaman. Pasal isu fix ke tak fix tu pun tak sure, tapi biasanya dapat jugak elaun untuk semester yang kita apply pinjaman PIDN tu.

      Delete
  4. Saya nak tanya..alamat saksi dalam slip pengesahan perjanjian tu nak letak alamat rumah saksi ke alamat tempat kerja saksi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saksi tu letak alamat tempat kerja saksi, biasanyalah, tak sure la pulak if it's okay lau nak letak alamat rumah dia. haha

      Delete
  5. Tak perlu hantar transcript ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantar kepada pihak mana maksud awak? if result setiap sem, memang perlu hantar pada pihak Peduli Siswa.

      Delete
  6. Assalamualaikum. Saya nak tanya pendapat, saya dapat peduli siswa selangor. Yuran pengajian saya 1800 per sem, dan saya dapat 3200 per sem utk peduli siswa ni. Balance utk saya berbelanja hanya 1450 per sem. Berbaloi ke utk saya tukar ke PIDN. Saya buntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada perbelanjaan awak, kalau ikutkan cukup je RM1450, if awak makan sekali sehari, tu pun max RM5. Masa diploma dulu sebelum saya dapat PIDN, saya memang ikat perut makan RM5 setiap hari, and cukup je duit ptptnnya sampai hujung sem. Tapi kalau ada tanggungan lain, maybe tak cukup la. Kena buat kira - kira la.

      Delete
  7. Assalamualaikum. Saya nak tanya pendapat, saya dapat peduli siswa selangor. Yuran pengajian saya 1800 per sem, dan saya dapat 3200 per sem utk peduli siswa ni. Balance utk saya berbelanja hanya 1450 per sem. Berbaloi ke utk saya tukar ke PIDN. Saya buntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah berbaloi, haha malangnya pendapat saya sampai 4 bulan selepas pertanyaan ni, saya kurang singgah blog, better dm or email saya untuk jawapan lebih pantas.maaf Ainaa Nasir.

      Delete
  8. Hello. pernah ke buat kerja sambilan kat mana2 sepanjang sapat pinjaman ni? Bosan la ddk rumah je time mco ni��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni memang takde kesempatan untuk buat part time, and skrg pulak tgh busy dengan final year project. So, habis degree jelah kerjanya.

      Delete
  9. Assalamualaikum sis, saya nak tanya, adakah sis sudah habis belajar dan sudah start bekerja?

    ReplyDelete
  10. Salam sis, baru dapat result pidn dan saya berjaya. Saya mohon time sem 4 jadi elaun akan start masuk dari sem 4 sampai sem 8 lah ya? Walaupun urusan dokumen buat time sem 5?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti, kena dapatkan kepastikan daripada pihak JPA. Tapi berdasarkan pengalaman, insyaAllah dapat dari sem 4.

      Delete
  11. hi, nak tanya boleh? skrg saya tgh cuti sem 2 nak masuk sem3 and result jpa baru keluar and saya dapat. tapi mesti jpa punya elaun masuk lmbt kann dalam akhir sem3 mcmtu. so kalau saya tak terminate dulu ptptpn untuk sem3 boleh ke? sebab kalau terminate nnti tkde sumber duit pulak hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanya saya, lepas siap urusan perjanjian barulah terminate ptptn. Sebab memang tak boleh ada dua penaja dalam masa yang sama. Okay je Aina, lagipun pinjaman ptptn tetap kena bayar. Better nanti lepas dapat elaun dari JPA, settlekan terus hutang PTPTN yang ada. Save sikit untuk survive. tapi cepat2 habiskan hutang dulu. Nanti habis belajar dah senang, takdelah banyak sangat hutang.

      Delete
  12. Assalamualaikum sis, utk 2 orang waris dgn penjamin kena 3 orang yg berbeza atau boleh je 1 orang yg sama utk dua2 waris dan penjamin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam nur, saya kurang pasti apa maksud awak. haha kalau ikut ayat awak shj, jawapan saya maybe waris (2org), penjamin (boleh sama ngan waris salah sorg tu).

      Delete
  13. Assalamualaikum sis, untuk batalkan ptptn sebelum serahan Dokumen perjanjian jpa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam nanm, better settlekan dokumen perjanjian, then baru terminate. tapi nak terminate awal pun takpe. Yang penting, jangan tak terminate PTPTN pulak if dah terima PIDN. haha

      Delete
  14. hai assalamualaikum. saya nak tanya wajib guna kertas 80gsm ke untuk print? sebab dia ada nyatakan guna kertas 80gsm atau kertas yg tk terlalu nipis dan tak terlalu tebal. saya dh print 3 salinan guna 70gsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dokumen pernjanjian ape pun kita memang kena print kat paper at least 80gsm. Kalau print yang lain2 tu kira halal lagi lah 70gsm, tapi Dokumen perjanjian kira macam dah wajib la kena 80gsm. Baru proper. So, if dah TER print 70gsm tu, recycle jelah. print baru kat 80gsm.

      Delete
  15. Assalamualaikum kak saya dalam dilema nak pilih PTPTN or PIDN . Saya degree engineering sem 3 sekarang.Baru dapat tawaran PIDN haritu. Macam mana ea? PTPTN saya dah dapat duit untuk sem yang ketiga lebih kurang 6500

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Muaz, kalau tanya saya antara PTPTN or PIDN, better PIDN, lagipun PIDN ni if kerja swasta kita cuma perlu bayar 50% je. So, macam half dah kira scholarship dah. If awak ada rezeki kerja dengan syarikat glc or even kerajaan, lagilah sikit perlu bayar. if PTPTN sekarang saya tak tau la ade lagi ke if dpt first degree then awak dpt full scholarship. (better confirmkan dengan pihak PTPTN), kalau ade, xnak tukar pun xpe, just study je betul2 dapatkan pointer terbaik.

      Tapi kalau xde, proceed je dengan PIDN. Nanti dah dapat elaun JPA tu, teruslah bayar untuk PTPTN yang dah dapat tu. jangan seronok sangat belanja, settlekan hutang (PTPTN) and asingkan untuk beli buku and keperluan study.

      Delete
  16. hai saya nak tanya. selalunya jpa akan masukkan elaun berapa bulan/minggu selepas sem bermula eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak, masa diploma dulu around 2016 to 2017, elaun saya dikreditkan dalam 2 ke 3 minggu sebelum masuk sem, jadi, duit tu masuk akaun seminggu lepas masuk sem la kiranya.

      Tapi, adik saya dapat elaun dalam pertengahan sem baru dapat (tahun 2019 - 2020).

      jadi depends jugak, tak sama untuk setiap batch.

      Delete
  17. Hai kak! Ada soalan ni. Nak tanya, selepas terima perjanjian tu and dah hantar promise, next step tu apa eh? Ada perlu hantar any documents online ke? For example result semester sebelum ni dari sem 1 walaupun baru je terima PIDN waktu cuti sem 2 haritu perlu hantar ke? Or just tunggu duit masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak, kalau tak silap, just hantar result setiap sem. sorry lambat reply, berapa bulan dah berlalu. hahak selamat dah.

      Delete
  18. Hai, saya nk tanya, kiranya pidn jpa tk tanggung yuran asrama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, dia bagi certain jumlah untuk yuran. Tapi, if yuran awak lebih dari yang di allocate kan, then awak topup jelah guna elaun yang diberi tu. insyaAllah cukup ja,

      Delete
  19. Hi sis, yuran pengajian yang RM400 tu untuk apa ya bagi pelajar UITM...kawasan pulak berdasarkan tempat pengajian atau tempat tinggal

    ReplyDelete
  20. Assalam kak, saya terima tawaran semasa hujung sem 2. So saya dapat jpa start sem 3. nanti saya dapat ke elaun untuk sem 1 dan 2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, tu saya tak sure, sebab tengok surat perjanjian tu. start taja dari bila sampai bila, like that.

      Delete
  21. Awak saya dapat tesp mara ngan pidn which one better.and saya ada accept jpa tapi tahu tahu dapat mara. Macam mana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tak sign agreement masih boleh if tak nak proceed dengan jpa. Both is okay, cuma if mara dapat duit bulanan kan, so kalau saya, saya prefer mara la.

      Delete
  22. Kesudahan ptptn wani mcm mna ? Adakah perlu dibyar jika first class ataupun tidak walaupun menamatkan perjanjian awal

    ReplyDelete
  23. Assalam. tanya tawaran 36 bulan, sekarang cuti semester 2, bila JPA start kira

    ReplyDelete
  24. Salam nak tanya, utk PIDN tu wani dh start bayar ke?

    ReplyDelete
  25. Hi sis, nak tanya. Sekiranya kita dah apply pidn dan lulus dah 1 sem kredit. Boleh terminate ke? Dan dikenakan denda ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)