Food Review 9 | PakLi Kopitiam | 2018

Assalamualaikum sahabat - sahabatku sekalian,

untuk posting kali ini, aku akan share tempat makan yang sedia terkenal dan perasaannya macam aku dah buat posting untuk kedai ni before this, tapi mungkin hanya perasaan aku sahaja. Dah banyak kali dah aku datang sini untuk makan and gathering dengan family outside dari persekitaran dalam rumah. okay anyway, seperti tertera kat title post ni, Yes! nama kedai ini adalah PakLi Kopitiam. tapi selalunya bila aku berbual dengan member atau family, mesti aku tersasul cakap Pak Ali instead of PakLi. agak tricky sikit nama ni bagi aku, sebab sound macam malay punya kedai. tapi pada perasaan atau instinct aku , surely kedai ni bukan melayu punya. Anyway, tak kisah la itu semua.

Actually, tak perlu pun aku nak terangkan terlalu banyak tentang kedai makan ni sebab those yang live in Selangor and specifically area Shah Alam and Klang mesti dah tau dah pun kedai makan ni. Kedai ni sediakan makanan yang varies from malay cuisine to western cuisine and ada banyak giler pilihan makanan untuk pelanggan yang datang sama ada untuk pertama kali atau pun berulang kali. haha

Okay, banyak sangat ayat boring kan, jom kita tengok menu yang ada kat PakLi, bawah ni adalah menu makanan PakLi. Harga boleh dikatakan standard price la, tak terlalu mahal dan tak jugak terlalu murah. Apa yang penting, kuantiti dia matching la dengan harga yang dia offer.




Sekarang jom tengok apa yang aku and family aku makan baru - baru ni, yuk jangan tak jealous yuk.. hehe ^^

Nasi Ayam Lemon
yang ni ada simbol cap jempol kat dalam menu. Boleh dikatakan antara trademark atau yang membezakan kedai makan ni dengan kedai makan yang lain adalah kewujudan nasi ayam lemon ni. Lainnya sebab instead of ditemani dengan kuah sup, nasi ayam ini ditemani dengan kuah lemon. Tapi jangan risau, walaupun dengar agak creepy sebab kuah lemon, tapi rasa dia memang umpph dan menyelerakan. Aku lambat snap gambar, jadi adik aku dah makan sikit so, tu tak berapa comel tu gambar ni. Tapi inilah Nasi Ayam Lemon PakLi. harga dia RM7.40. hmm macam mahal je.. yee memang mahal lepas berlaku kenaikkan harga. Tahun lepas tak semahal ni. 

Hokkien Kuay Teow Goreng
yang ni pun ada cap jempol, tapi kuew teow dy bagi aku lebih kurang je macam kuay teow kat kedai lain. kelainannya maybe dari pada jeruk cili yang dihidangkan sekali dengan kuay teow ni. Jeruk cili dia sedap la, masam - masam and ada rasa pedas tapi sangat mild. untuk aku yang kurang makan pedas, menu ni memang sesuai. Tapi kalau korang yang suka makan pedas, elakkan daripada order menu ni kat PakLi. harga dia sama dengan harga nasi ayam lemon which is RM7.40. maybe daripada gambar ni nampak kosong, tapi sebenarnya tersembunyi disebalik kuew teow ni tiga ekor udang yang sedang menyorok dan cebisan ayam yang segan silu untuk dimakan.

Mee Mamak
mee mamak ni sedap. bagi aku dia agak pedas. Jadi aku biasa tak order. Tapi mak aku suka mee mamak PakLi walaupun bukan mamak yang buat mee ni. Pastinya mee mamak PakLi sangat berbeza dengan mee mamak yang wujud di luar sana, sebab apa? sebab aku tak rasa pun mee ni macam mee mamak, dy more towards mee goreng, cuma maybe nak kasi power, jadi kasi nama mee mamak, jadi macam ummph kan lagi menu ni. hahahak harga mee mamak ni pun sama dengan makanan kat atas2 tu, which is RM7.40. yela, sebab dia taruk mamak kat situ, biasa kan bila kedai mamak makanan mahal sikit. haha anyway, mcm kes kuay teow tadi, ade jugak tiga ekor udang yang sembunyi di sebalik mee kat pinggan ni. 

Spaghetti Bolognese with Chicken Meat Balls
Dahulu kala, aku suka order spaghetti ni. sampailah tiba satu hari, bila aku order and rasa dia tak sama dengan rasa yang aku rasakan selama ni, sejak tu, aku tak order spaghetti ni lagi and aku dah convert kepada kuay teow goreng. Bukan tak sedap. masih sedap, tapi dulu sedap lagi. anyway, dengan harga dia, pastinya menu ini antara yang murah berbanding kedai lain di luar sana. Dengan hanya Rm10.50 , korang dapat makan spaghetti. Okay what, tempat lain offer biase rm15 ke atas kot. and jangan lupa, ada meat ball, aku suka meat ball dy, biasa lau adik beradik aku order, mesti aku mintak satu dua meatball. hahak tapi sampai sekarang aku tertanya - tanya, kenapa dia tak offer spaghetti carbonara dalam menu sedangkan spaghetti bolognese dy offer. 

Black Pepper Chicken Chop with Rice
ha.. yang ni pun aku suka jugak, harga dia RM12.60. dapat nasi, chicken chop, black pepper sauce, coleslaw. tapi coleslaw dah kena makan jadi tinggal sikit je sebab tu korang tengok ada sikit je dalam gambar ni. hahak bagi aku dengan kesedapan dy berbaloi lah harga yang dia offer tu. tapi aku tak minat sos blackpeper .. hmmm tapi serious la ayam dy memang kasi cap jempol. 

Ice Cendol
putih saja, seputih salju. Inilah ice cendol nama glamour yang diberi, nama kampung - kampung dy cendol je. tapi bila dah masuk bandar, dy dapat la nama ice cendol macam cool - cool sikit. Dengan harga RM4.40, walaupun lebih mahal dari harga cendol kat luar sana tapi pastilah dapat kalahkan cendol yang murah - murah tu. kalau korang pernah try cendol biasa yang harga dalam Rm1.50 ~ Rm2.00 kat luar sana, then korang try makan ice cendol ni, waktu tu korang akan sedar, haaa inilah rasa cendol sebenar. hahaha isi - isi cendol yang dia bagi pun not bad jugak. Tapi tak cukup kalau order satu, jadi kita order empat la kasi semua orang puas. hahak

Ice Cendol
Share sikit lepas dah tuang gula melaka atas cendol ni. Owh yes, dia tak letak gula ni. dia akan bagi sebotol air gula melaka and korang adjust sendiri ikut tahap kemanisan yang korang nak, macam aku, aku suka lebih manis, tapi wani dy tak minat manis, dy letak ciput je.. hahak 

Snowy Ice Kacang Merah
Kalau korang jenis yang minat kacang merah, ke bubur kacang merah ke, then korang dialu alukan untuk mencuba menu ni, tapi kalau korang tak minat. Please jangan mengada - ngada nak order, family aku tak minat, and wani mengada, nak try rasa, dia p order. akhirnya hanya pembaziran berlaku sebab dia cuma jamah sikit je sebab dia tak boleh telan. yelah, kacang merah kot. jarang - jarang orang makan macam makan cendol. tsk tsk tsk. Harga dia RM4.80. ada jugak size besar dengan harga Rm6.00 .. tapi sekadar merasa, cukuplah ambil yang kecil. Oh ye, kalau snowy mangga sedap giler. haha tapi hari ni tak order snowy mangga. One thing pasal snowy ice kacang merah ni, aku tak tau lah aku sorang je ke yang rasa, tapi appearance dy amat menakutkan. haha

Hot Ipoh White Kopi
yang ni pastinya mak aku yang order, aku tak minum kopi, kalau minum pun sekadar merasa je. rasa dy mestilah pahit, yelah kopi kot. harga dia antara yang paling murah dalam menu PakLi which is Rm2.30. sebab mak aku order yang tanpa susu. kalau ada susu tambah lagi 20 sen which is Rm2.50.. tapi tak kisah lah harga dia berapa pun, aku tak minat kopi. Oh lagi satu, cawan dia memang bersaiz comel, macam dalam cerita ancient cina. hahak cawan yang guna untuk minum teh.. tapi yelah, kecik gitu pown, mak aku tak habis jugak kopi ni. tapi memang favourite mak aku lah. satu benda yang aku tertanya- tanya, kopi ni datang dari ipoh ke?


Sekian, terima kasih. Eh? hahak Jemput la makan sana, jangan lupa belanja aku sekali. hehe ^^

p/s: Segala ape yang tertulis, hanyalah opinion and penceritaan aq.. please jangan terasa in case of rudeness in any of my writings, yelah.. aku hanya manusia biase yang banyak kesilapan dan masih mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.. :)








Comments

  1. If you're trying to lose fat then you absolutely need to start following this totally brand new personalized keto diet.

    To create this service, certified nutritionists, fitness couches, and chefs have joined together to develop keto meal plans that are efficient, convenient, money-efficient, and enjoyable.

    Since their launch in January 2019, 100's of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a great keto diet can provide.

    Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover eight scientifically-certified ones offered by the keto diet.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN