Chef Acah 1 : Kek Coklat Moist Bakar Salut Meringue :)

Assalamualaikum~
So, untuk post kali ni, aku nak share percubaan pertama aku menjadi CHEF ACAH .. saje nak bagi tahu, aku tak tahu kenapa cuti sem ni dapat mood nak masak kek.. so I was looking around for oven and mixer through the internet, online shop.. Then I encounter produk Khind yang tengah CNY promotion.. RM255 for both Oven and Mixer.. Bagi aku murah la.. asalnya aku risau jugak takut orang kedai tu jual produk tiruan ke ape.. but then lepas dah daftar warranty, okay ape semua.. so indeed .. pembelian yang berbaloi..

So, aku nak share hasil daripada experiment aku yang pertama dalam bidang culinary.. pfffft... mempersembahkan~ Kek Coklat Moist!!!



#KecamanDitolakSamaSekali
#SisChefNewbie
#FirstMenu
#ChefAcah
#Acah2Chef

Bahan - Bahan KEK COKLAT MOIST :- 

1) 1 Cawan Air Panas [Brand Coway]

 aku guna cawan comel je, kecik dan molek~ hahak kita try sikit je, takut tak jadi, membazir pulak~ hahak
2) 1 Cawan Tepung Gandum [Brand Cap Sauh]

3) 1 Cawan Minyak Masak [Brand Saji]


4) 1 Cawan Gula Pasir [Brand Prai] (Should've used half cup instead of one cup)

*memang sedap manis - manis, tapi we should take less sugar people~

adalah dinasihatkan untuk mengurangkan kadar pengambilan gula ye wahai masyarakat di Malaysia, tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mendapat mandat tinggi dalam kadar peratusan pesakit kencing manis di dunia? 
5) 1 Cawan Krimer Manis [Brand Tarik - Tarik]


6) 1 Cawan Serbuk Koko [Brank MakNona]



7) 2 Biji Telur [Brand LTK Omega Plus] #LowerCholesterol



8) 1/2 Sudu Teh Soda Bikarbonat [Brand Cap Bunga Ros]



9) 1/2 Sudu Teh Serbuk Penaik [Brand Cap Bunga Ros]




credit to Mari Berkongsi sebab I rujuk resipi keknya~


Langkah - Langkah KEK COKLAT MOIST:-
*Aku bedal je ikut yang aku nak, so kalau lain macam, tak macam resipi lain di luar sana, hahak jangan kecam ye nak.. 
  1.  First sekali yang aku buat adalah panaskan oven at 150°C. Kononnya nak kasi haba tu bebas menjelajah sepelusuk oven. Siap setting, aku tinggal je ah.
  2. After that, aku proceed dengan tapis/ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik and soda bikarbonat. Then, aku masukkan gula. Pastu, aku godak sesikit. Acah sebati sudah ah.
  3. Pastu, aku pecahkan telur  sekali dengan direct terus masukkan minyak masak, air panas and krimer manis.
  4. Ni step paling kacang goreng sekali, aku hidupkan mixer, pastu aku tinggal. hahak aku tak ingat bape lame, yang pasti sampai sebati ah.. 
  5. Dah siap tu, aku masukkan dalam loyang yang aku dah sapu minyak bahagian dalamnya. 
  6. Aku masukkan dalam oven yang aku dah panaskan tadi. Tapi aku naikkan suhu dia kepada 160°C and bakar selama 40 minit.

Bahan - Bahan DECORATIONS :-
1) Chocolate Rice [Brand MakNona]

3) Chocolate Chip [Brand Dr Oetker Nona]

3) Meringue [Brand Chef Acah] *hahahahak
Macam tak habis kembang lagikan, aku stop asalkan rupa dia dah ada.. aku buat ni malam - malam buta, bising pulak mixer yang aku beli ue, marah kang jiran sebelah gara - gara buat benda alah ni.. hahak

Langkah - Langkah MERINGUE:-
*Aku bedal je ikut yang aku nak, so kalau lain macam, tak macam resipi lain di luar sana, hahak jangan kecam ye nak.. 

  1. Aku pecahkan telur 2 biji but aku amik yang putihnya aja, yang kuningnya aku tak amik. 
  2. Aku start mixer. Weng10000x. Bising ah mixernye. hahak sampai dah separuh kembang tu, then aku masukkan gula sikit - sikit. Weng10000x. Sampailah dia kembang macam dalam rupa gambor tu. 
#TapiAkuPunyaMeringueTakHabisKembangAgiTauWakakakaka
#SisFirstTimeBuatMeringue
#SisTakReti
#TapiSisGagahkanDiriJugak


Langkah - Langkah MENDECORATE:-
*Aku bedal je ikut yang aku nak, so kalau lain macam, tak macam resipi lain di luar sana, hahak jangan kecam ye nak.. 
  1. Aku balutkan kek tu dengan meringue aku ueh.. please jangan tanya kenapa aku buat nih.. hahak sebab aku pun tak tau kenapa..
  2. Then dah siap balut ue, aku taburkan chocolate rice and chocolate chip kat kek aku ue. 
  3. Then, aku tengok, pesal lain macam je kek aku nih.. aku pown.. otak geliga sangat an.. aku pun masukkan dalam oven.
  4. Aku set suhu dalam 100°C gitu, and bila aku tengok kek aku mcm jadi warna perang - perang, aku terus gelabah, aku cepat - cepat matikan oven and then kuarkan kek ue.
  5. Pastu, aku masukkan kek aku dalam peti sejuk. hahahahahak 
Inilah rupa kek coklat aku. Aku takde equipment buat kek, jadi aku letak ah kat dulang. Please jangan kecam.. hahahak Aku cek pakai garpu tengok dah masak, then baru aku letak kat tulang nih.


Ini lepas aku sapu meringue aku yang tak cukup kembang tu.. wakakakaka aku kan noob, aku ingat boleh je guna meringue ni nak buat krim untuk salut kek, tapi based on experiment pertama ni, aku dah faham, mungkin dia kurang sesuai.. 


Wahhh.. macam kek yang bersalji.. hahak tapi rupa dia yang sekrang ni agak tak meyakinkan aku.. aku risau tengok kek aku rupa gini. dah ah meringue tu mcm pelik je bila aku buat salutan kek ni.. #SungguhTidakMeyakinkan tapi sis try jelah,.. hahak

Then, aku masukkan dalam oven, dengan dulang - dulang sekali aku masukkan dalam oven. Aku kan noob. so korang takleh kecam ah.. hahak tapi at least lepas masukkan dalam oven, warna keperangan dia agak meyakinkan jugak lah.. hahak cuma kejadian yang sebenarnya adalah, aku gelabah apesal meringue aku jadi perang coklat tetiba.. so aku cepat - cepat stop membakar dulang dengan kek coklat aku.. hahak


Nampak tak? betapa meyakinkannye kek coklat moist aku yang disaluti meringue.. ini after aq masuk dalam peti sejuk semalaman.. (xde ah semalaman sgt, aq siap masak pukul 12.30am, pukul 5 time aku snap gambar ni).. fuhh.. sedap kau.. terkejut aku.. wakakaka aku  dah bolehlah jadi chef sekarang..


Uish.. adik aku pown nak jugak tau! siap nak bawak bekal pegi sekolah lagi.. haaaa mampu? mampu tak? hahak okay aq stop.. pffft 

p/s: Segala ape yang tertulis, hanyalah opinion and penceritaan aq.. please jangan terasa in case of rudeness in any of my writings, yelah.. aku hanya manusia biase yang banyak kesilapan dan masih mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.. :)



Comments

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN