13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Assalamualaikum semua, and selamat sejahtera kepada yang non-muslim, 

Time - time PKP ni, macam - macam cabaran yang kita semua hadapi kan. Aku sendiri dapat tengok di media sosial, so many things happen, ada yang terpaksa kerja di rumah, ada yang terpaksa diberhentikan kerja, ada yang bekerja dengan gaji yang kurang daripada sebelum pandemic ni berlaku. Dan, yang paling dekat dengan aku adalah mereka yang sedang berusaha mencari pekerjaan tapi rezeki belum memihak kepada kita. Anyway, insyaAllah, pasti ada jalan dan rezeki untuk kita masing - masing. Semoga setiap dari kita berjaya tempuh situasi ini dengan berlapang dada dan yakin, beautiful future belongs to those who believe of the beauty in their dream. 

Hey, time ni lah korang semua ada masa yang terluang dan mungkin inilah waktunya korang finally dapat buat perkara yang selama ni hanya bermain di fikiran tapi takde masa untuk realisasikan. Those yang dah mula berjinak - jinak dengan aktiviti crochet ni, sama macam aku, jom aku share pengalaman aku yang tak sampai setahun jagung dalam dunia crochet ni, what you need to start crocheting. 

Enough with the chit - chat, sekarang tanpa berlengah - lengah, jom kita tengok barang asas yang perlu ada sebelum kita mulakan crochet.  

1. Yarn / Benang


Jujur aku cakap, antara benda paling excited bagi aku adalah beli benang. Sebab benang untuk crochet ni datang dengan pelbagai warna. Korang boleh decide sendiri la nak warna apa semua. Korang mesti ingat benang yang ada cuma benang cotton (kapas) je kan? well obviously, korang silap, sama macam aku lah, asalnya aku ingat semua benang mengait ni sama je, lepas aku cari ilmu ni, barulah aku tahu, there's so many type of yarn yang available untuk kita mengait. Dan perlu untuk korang pilih benang yang sesuai untuk produk yang ingin korang hasilkan. 

1.1 Wool / Bulu

Benang wool ni adalah benang yang sumbernya daripada bulu. Benang ini sangat selesa dan kuat, yang menjadikannya bagus untuk pakaian musim sejuk sebab mampu menahan suhu panas. So, maybe boleh consider untuk buat sweater ke atau topi ke, anything la.  Texture benang ni ada yang halus dan lembut atau kasar dan kurang selesa sikit sebab scratchy.  Cara untuk cuci benang ni supaya kekal texture lembut dan halus, korang kena cuci pakai tangan menggunakan air yang agak hangat.

1.2 Cotton / Kapas

Benang jenis ini datang dari sumber serat tumbuhan semula jadi. Biasanya kurang elastik daripada bulu, dan terkenal dengan ketahanan dan boleh dicuci dengan mudah tanpa berlaku kerosakan pada texture benang. Kapas mempunyai definisi jahitan yang cantik ketika dikait. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi agak kasar di tangan. Benang jenis ini boleh dibasuh dengan mesin basuh dan juga basuhan tangan. 

1.3 Mohair

Benang Mohair terhasil daripada serat seperti sutera yang berasal dari kambing Angora. Benang ini mudah diwarnakan dan selalunya diblend bersama serat fiber yang lain seperti sutera atau bulu utnuk kasi dia lebih berat sikit. Benang ni mungkin boleh buat korang gatal - gatal sikit sebab texture benang dia berbulu bulu. Tapi benang ni elastik, jadinya bila korang stretch kan dia, dia masih boleh kembali ke bentuk asal dengan selamat (jangan tarik lebih - lebih sudahlah, kang putus pulak). Benang jenis ini perlu dicuci kering atau menggunakan mesin pada kitaran slow atau lembut.

1.4 Acrylic / Akrilik

Benang ini diperbuat dari polimer asid akrilik atau akrilat (acrylic acid or acrylates). Harga benang akrilik berpatutan dan mudah dicuci. Benang sintetik ini sangat lembut untuk disentuh dan terdapat dalam pelbagai warna dan tekstur. Akrilik biasanya dicampur dengan benang lain untuk menambahkan daya tahan. Tapi pengalaman aku pakai benang ni, aku kurang minat sikit, sebab yang aku beli, texture dy agak kasar. Jadi aku tak berapa minat sangat la nak pakai type ni. Tapi, ramai je yang suka type ni, semuanye personal preferences la. Benang jenis ini boleh dibasuh dengan mesin basuh dan juga basuhan tangan. 

1.5 Alpaca

Dengan serat yang panjang dan halus, benang alpaca kadang-kadang kelihatan berbulu, tetapi ia adalah salah satu bulu paling hangat dan mewah di luar sana. Serat benang ini adalah hypoallergenic, jadi those yang ada kulit sensitif boleh mengait pakai benang ni. Untuk baby apetah lagi, excited la baby hang dapat pakai benang mahal. haha. Benang jenis ini perlu dicuci tangan atau dry cleaning.

Sebenanrnya ada banyak lagi jenis, tapi tengoklah lain kali kalau aku rajin nak topup information kat sini. 

Selain daripada jenis material berbeza, benang tersebut boleh juga hadir dengan saiz yang berbeza. Setakat ni, yang aku pernah pakai saiz 4-ply, 5-ply dan 16-ply. bezanya cuma berapa banyak strain yang dipakai untuk blend sekali jadi satu benang, kalau 4-ply means ade 4 strain la kalau korang pisahkan dia. kalau 16, so ade 16 helai benang yang digabungkan. So, basically ketebalan yang berbeza, in a simple word. 

Masa beli benang tu, biasanya akan tertera pada printed label size hook yang sesuai untuk korang guna pakai bagi benang yang korang beli tu, so no worries. untuk tahu lebih lanjut pasal saiz benang ni, maybe boleh rujuk gambar di bawah dan buat pembacaan melalui buku - buku mengait. supaya nampak lebih jelas.

2. Crochet Hooks / Cangkuk Mengait


Cangkuk pun macam benang, ada pelbagai saiz dan bahan yang berbeza. yang aku pakai, macam tertera kat gambar adalah jenis aluminium. Jangan memulakan dengan plastik atau cangkuk kayu kerana benang tidak meluncur lebih daripada jenis mata kail. Walau bagaimanapun, cangkuk jenis ini sangat sesuai untuk pengait yang lebih experience. Bagi yang baru berjinak - jinak dengan dunia mengait macam aku, better pakai jenis aluminium ni, sebab mudah untuk kita grab benang tu dan tarik benang masa proses mengait. 

Saiz hook yang berbeza buat korang punya size produk yang berbeza. jadi, bukan je kena make sure korang guna saiz hook yang sesuai untuk ketebalan benang yang korang guna. Korang perlu juga take note, besar mana produk yang korang nak buat, makin besar hook, makin tebal benang, makin besar lah produk yang korang akan dapat. 

Tapi boleh jadi, ketegangan ikatan kaitan korang jadi loose bila guna benang yang lebih halus pada saiz hook yang lebih besar. Apa pun semuanya bergantung kepada korang la, korang nak produk korang tu, akhirnya macam mana.

Fav aku size 3.5mm hook, sebab setiap kali buat amigurumi, size dy just nice je hasilnya, and untuk aku yang masih noob lagi, ikatan kaitan tu tak terlalu ketat atau longgar bila guna size ni. 

3. Scissors / Gunting atau Yarn Cutter / Gunting Benang


Gunting juga penting. yelah, takkan nak gigit pakai gigi lepas siap kait. mestilah nak potong dan kemaskan apa yang korang dah kait. Tapi, jangan beli gunting yang besar gedabak tu, beli gunting kecil atau memadai gunting benang, yang penting make sure tajam supaya bila kita potong benang tu, hujungnya takdelah berbulu - bulu. 

4. Yarn Needles / Jarum Benang


Yarn needles ataupun jarum benang ni, kita guna untuk kemaskan lebihan benang lepas kita potong tadi.  Kita perlu tenun dia masuk kemas dalam project kita supaya kita dapat produk yang cantik dan kemas la. Takde lah berjuntai - juntai benang tu. Memandangkan biasanya crochet ni benang dia besar sikit, jadi korang kena jarum benang dengan mata yang lebih besar. Supaya benang senang masuk, and ketajaman jarum tu takdelah sampai tetas benang korang. 

5. Stitch Markers / Penanda Jahitan


Stitch marker ni kita guna untuk tanda jahitan kita. Biasanya kita akan tempatkan dia pada jahitan pertama atau terakhir, supaya kita tahu kat mana pemula row yang baru. Jadi, kita dapat make sure, kita buat ikut pattern yang kita rujuk tu. Stitch marker ada macam - macam jenis dan cara penggunaan berbeza. Aku akan buat posting lain untuk discuss macam mana nak guna stitch markers. 

6. Straight Pin / Pin Lurus


Bagi aku, memandangkan major aku dalam crochet ni adalah amigurumi. Penting juga untuk aku ada straight pin ni. Why? Cerita dia macam ni, bila kita crochet amigurumi yang memerlukan dua tiga part untuk bersambung, contoh kita nak sambungkan telinga teddy bear pada kepala dia, untuk secure placement dia sewaktu kita jahit tu, straight pin main peranan yang vital (penting). So, dengan adanya straight pin, kita dapat menjahit dengan tenang, dan hasil sambungan tadi akan kemas. 

7. Flexible Tape Measure / Pita Ukur Fleksibel


Biasanya aku guna pita pengukur ni untuk ukur project aku, contoh bila aku buat topi baby kan. So, kita akan custom size follow ukur lilit kepala baby. jadi untuk make sure aku buat size yang betul, then aku akan ukur pakai tape ni la, sebab dia fleksibel boleh la bengkok kan dengan mudah. 

8. Ruler / Pembaris


Pembaris biasanya aku pakai untuk ukur size amigurumi yang aku buat, sebab aku jual amigurumi, untuk inform kepada customer tinggi atau pendek amigurumi aku ni, so aku ukur pakai pembaris. Boleh je pakai pita ukur, tapi kalau jenis amigurumi kecik - kecik ni, malas la aku, baik pakai pembaris je. 

9. Safety Eyes 


Macam yang tertera di tajuk atas, majoring in amigurumi, perlu korang tahu yang aku mainly crochet amigurumi. Basically handmade doll using yarn. Jadinya, safety eyes ni adalah mata untuk doll tu, tapi beza sikit banding mata doll biase, safety eyes ada washers (mcm earring tu, yang secure placement things connected to it). So, kalau kita kasi budak budak amigurumi ni, takdelah bila dy ganas atau baling - baling ke, atau dy try nak cabut mata amigurumi ni, matanya akan in place je, takleh cabut. dah lock kat situ. 

Tapi it doesn't really matter pun kalau tak suka pakai safety eyes, nak pakai yang just gam je pun boleh, cuma aku memang prefer and aku rasakan, safety eyes is the best la utk amigurumi. Contoh kalau korang nak buat hair pin atau flatten keychain ke, then janganlah pakai safety eyes, pakai yang tampal - tampal punya. 

10. Toy Stuffing / Polyester Fibre / Fiber Poliester


Kata mudahnya, ini adalah kapas sintetik. Kita akan guna untuk masukkan dalam amigurumi, stuffing dalam tu. Ada jugak orang letak lebihan benang daripada projek sebelum - sebelum ni yang dyorang buat, tapi masalahnya sekarang ni, kau ada ke? ong baru nak start kok. 

11. Row Counter / Pengira Baris 


Row counter digunakan untuk menandakan berapa banyak baris yang telah kau buat. Jadi setiap kali kau dah settle satu baris, kau pusingkan row counter ni. Jadi takdelah pening, tiber2 lost count dah berapa banyak baris. Lagi - lagi kita yang masih noob ni, memang selalu gelabah baris ke berapa dah ni. 

12. Case / Bekas Simpan Barang Crochet


Personally bagi aku, kalau nak cakap hukum, dia lebih kepada wajib la ada case untuk simpan barang - barang crochet ni. Aku suka yang kecik, yang senang untuk dibawa kemana sahaja. kalau boleh cukup untuk letak satu bundle yarn la. Aku memang beli yang jenis macam dalam gambar tu. Memang satu set, yang aku beli. Dengan adanya, case ni, takdelah berselerak all those hooks, stitch marker semua lah. 

13. Book or Ebook / Buku atau Buku Dalam Talian

Biasanya, kalau orang yang takde bajet, kita akan tengok je free pattern yang ada di Pinterest ataupun tengok Youtube, follow step by step yang di ajar di dalam video. Tapi personally, aku suka tengok buku atau ebook lagi, sebab maklumat lebih lengkap and dalam satu buku, boleh ada terus lebih daripada 10 pattern. tinggal flip through je. Ada je pdf free online. Tapi ni maybe gerakan haram la, hahahak layan jelah janji free. 

Sumber Pembacaan & Maklumat:
Berikut adalah website yang aku rujuk untuk sampaikan maklumat post ini. Tapi aku selitkan pendapat aku, dan pengalaman aku sendiri juga. 

  1. https://www.crochetguru.com/crochet-supplies.html
  2. https://www.crochetforyoublog.com/2017/11/10-most-useful-crochet-tools-and-materials/
  3. https://knitfarious.com/everything-you-need-to-know-about-knitting-stitch-markers/

Comments

  1. Tq kak bagi bahan ii nye >.< , Sy teringin nk buat sweater hasil karya tgn sy sendiri . ♡

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN