BAB 7 - Lapar

“Dah mak, mak jangan risau. Soal solat, Aus takkan pernah tinggalkan dengan sengaja.”

“Bagus anak mak.” Mak Yak mengusap kepala Firdaus. Aus kemudian terfikir sesuatu yang sangat penting untuk hidupnya. Sangat penting! Ini soal hidup dan mati!! Dia masih belum makan tengahhari! Kemudian dia melihat pada Mak Yak dengan penuh pengharapan dan membuat muka kesian.

“Mak, Aus lapar." 

"Hmmmm ... Aus nak makan nasi impit, dengan lemang pastu lauknya Aus nak ayam rendang dua ketul. Kalau boleh bahagian peha. Lepas tu, kuah lodeh lebih sikitlah dengan sayur – sayurnya tau Mak. Air pulak Aus nak air ribena laici. Desertnya Aus nak ais krim 3 rasa. Lagi banyak perasanya lagi bagus.” Firdaus bersemangat memceritakan demandnya pada Mak Yak.

Memang kuat makan budak Firdaus ni. Untunglah kerana ada Mak Yak yang melayan kerenah perutnya, Kalau tidak, dengan wajahnya yang hodoh dan mentalnya yang sebelum ini terencat pasti Firdaus sudah mati kebulur kerana tidak cukup makan.

“Aus, Aus. Macam –macamlah kamu ni. Nantilah mak sediakan. Oh ya Aus, mak ada berita gembira ni untuk kamu.” Pandangan mata Mak Yak jelas tertera ketidak sabarannya untuk memberitahu berita itu kepada Firdaus.

“Okay mak, bagi tau jelah. Tak yah suspen – suspen.”

“Bulan depan, Aus akan dapat masuk sekolah.  Firdaus tak pernah pergi sekolah kan. Ha, nanti akan daftar sekali dengan Farah dan Sarah. Lepas ni Aus boleh lah belajar berkawan, jumpa kawan baru. Kenal ramai orang. Takdelah Aus duduk sorang – sorang je kat rumah macam selalu.”

‘Jap, jap. Lain macam je ni. Ade sesuatu ni, takkan lah ayah tetiba je kasi aku pegi sekolah. Selama ni beria – ia tak kasi aku keluar rumah. Ni siap kasi pegi sekolah pulak. Something is definitely wrong somewhere.’ Firdaus memandang Mak Yak dengan perasaan tidak percaya.

“Hmmm.. Serious ke mak?Mak ni janganlah bergurau time aus tengah lapar ni.”

“Betullah, buat apa Mak nak bohong pulak. Ayah yang suruh mak bagi tau kamu kot. Kamu ingat ayah kamu rajin pulak nak tipu mak.”

“Eh! FIRDAUS!!” Mak Yak tiba – tiba menjerit nyaring. Bergegar gegendang telinga Firdaus.

“Adui mak, ye mak kenapa? Sampai jerit kuat sangat ni? Hampir nak berdarah telinga Aus.”  Firdaus yang ketika itu sedang leka melipat sejadah, terduduk terkejut.

“Aus,.. Aus.. kamu faham mak?” Mak Yak yang terlalu gembira selepas Pak Yok beritahu dia akan daftarkan Firdaus ke sekolah bulan depan baru saja perasaan yang dia dapat berbual secara normal dengan Firdaus. 

Kebiasaanya Mak Yak perlu mengulang berulang kali untuk membuat Firdaus faham tapi tidak kali ini. Bukan saja Firdaus tidak lagi tergagap semasa bercakap, malah dia juga tidak lagi merengek seperti budak kecik. Firdaus seperti sudah dikurniakan akal semula. Dia kini berperwatakan sesuai dengan remaja seusianya.

“Mak, mestilah aus faham. Mak cakap Bahasa Malaysia kot. Kalau mak cakap Bahasa Uganda ke Korea ke barulah Aus tak faham.” Firdaus kini mampu balas dengan sarcastic lagi. 

Air mata MakYak terus mengalir laju. Anaknya sudah sembuh. Anaknya tidak terencat lagi. Pasti tiada yang akan menghina dia terencat bila dia mula bersekolah nanti. MakYak terlupa agaknya, muka Firdaus masih hodoh, jadi dia masih akan di hina lagi walaupun dia sudah tidak terencat.

“Firdaus!” Mak Yak kemudian memeluk Firdaus dengan sangat erat. Asalnya Firdaus relakan saja. Tapi bila sudah sampai dia susah nak bernafas kerana terlalu erat, Firdaus pun cuba melepaskan diri dari pelukan Mak Yak.

“Urgghhh.. Mak,.. mak.. Aus tak leh nafas dah ni.. Uhuk Uhuk” Dia acah - acah terbatuk.

Mak Yak kemudian melonggarkan pelukkannya. Dia pegang bahu Firdaus.

“Aus, kamu dah tak terencat lagi?” Mak Yak mengelap sisa air matanya yang mengalir. 

‘Mak ni, dia tak nak orang hina Aus. Tapi dia pulak hina kita.’

“Baru je tadi elok. Hahaha” Firdaus menjawab dengan selamba seolah – olah terencat itu hanya demam yang mampu kebah selepas 3 hari.

“Aus terlanggar almarim asa kena kurung tadi. Kepala aus terhantuk. Sakit jugak mak, tapi pengsan sekejap pastu tetiba dah elok dah ni. Hahaha” Dia hanya ketawa dengan awkward.‘Tipu sunat, hehe’ 

Dia tidak beritahu cerita sebenar kerana dia masih belum habis hadam lagi kejadian tadi. Dia mahu kepastian apa yang berlaku, barulah dia buat keputusan untuk beritahu atau tidak peristiwa tadi pada Mak Yak.

“Kamu tak apa – apa Aus? Nanti mak panggil Dr Joseph untuk periksa keadaan kamu ya.” Mak Yak risau selepas mendengar cerita Firdaus.

Dr Joseph adalah doktor peribadi keluarga Pak Yok. Satu – satunya yang melayan Firdaus dengan normal tanpa sebarang diskriminasi selain daripada Mak Yak. Asalnya disebabkan ikrarnya sebagai seorang doctor, jadi berjumpa dengan pesakit seperti Firdaus membangkitkan semangat kedoktorannya. Kalau dia mampu sembuhkan penyakit Firdaus,pasti dia akan mendapat pengiktirafan tinggi dalam dunia kedoktoran. 

Tetapi selepas bertahun menjaga kesihatan dan melihat Firdaus membesar sejak Firdaus masih bayi, Dr Joseph sudah menganggap Firdaus seperti anaknya sendiri. Niat asalnya sudah tidak lagi menjadi tujuan utama dia merawat Firdaus. Seperti Mak Yak, dia mahu Firdaus sembuh dan hidup normal seperti orang lain.

“Aus okay je mak. Tapi Aus okay je kalau mak nak Dr Joseph periksa aus. Tapi mak, aus ada satu je masalah sekarang.”

“Masalah? Kalau pasal barang – barang untuk sekolah, Aus tak yah risau. Nanti, mak uruskan untuk Aus. Sekarang ni Aus prepare diri je dan buat masa ni jaga perangai depan ayah. Mak tak nak ayah kamu tiba – tiba berubah fikiran pulak.” Mak Yak pesan pada Firdaus.

“Bukan pasal tu mak, masalah Aus sekarang lagi besar daripada tu.” Firdaus kelihatan sangat serius. Jadi Mak Yak sudah mulai risau.

“Mak, sebenarnya Aus dah lapar sangat dah ni. Bila mak nak sediakan makanan aus? Aus tersangat lapar, terlalu lapar. Kalau Aus masih tak makan, Aus tak tahulah dapat teruskan hidup ni atau tidak” Aus punya statement macam sudah lama tidak makan. Padahal, bukan main banyak lagi dia makan nasi lemak waktu sarapan pagi tadi.

Mak Yak hanya menggelengkan kepala, dia fikirkan Firdaus ada masalah serius tadi. Rupanya dia hanya lapar. ‘Aus, Aus.’ 


Comments

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN