BAB 6 - Bintang Biru

Apabila azan zuhur berkumandang, Pak Yok teringat Firdaus yang masih terkurung di stor. Dia dengan perasaan yang tidak berapa rela pergi untuk lepaskan Firdaus untuk memberi peluang Firdaus melaksanakan solat zuhur. 

Walaupun Pak Yok tidak suka pada Firdaus, dia masih menitik beratkan soal solat yang menjadi kewajipan umat Islam dan keluarganya. Tapi dia memang merancang untuk mengurung Firdaus kembali selepas dia selesai solat nanti.

Pada masa yang sama, Firdaus tersedar dari pengsan. Dia hanya tersedar apabila azan berkumandang. 

‘Dah Zuhur ni, nak kena solat.’ Firdaus kemudian mengetuk pintu bilik stor dengan kuat.

“Sesiapa kat luar!! Tolong bukak pintu ni!!” bergegar pintu itu tapi tiada sahutan dari luar. Firdaus pun menggelabah sendiri.

‘Aduh, macam mana ni? Boleh ke guna habuk kat stor ni untuk tayammum?' 

'Hmmmm ... Lantaklah, yang penting ada debu.’ 

Firdaus sendiri tidak tahu bila dia akan bebas dari kurungan Pak Yok jadi dia fikir memandangkan air pun takde,debu suci pun takde yang ada cuma habuk. Allah takkanlah nak salahkan dia pula.

Kcing! Kcing!

Baru sahaja selesai menyapu habuk – habuk yang ada di stor itu ke mukanya. Tiba – tiba, pintu bilik stor tu terbuka. Firdaus berpaling ke arah pintu tersebut. Cahaya matahari yang menjengah masuk menyilaukan pandangan Firdaus yang pada waktu itu sedang mencangkung  membelakangkan pintu stor tersebut.

‘Pengotor punya budak! Baru tinggalkan sekejap dah macam ni!’ Pak Yok melihat dengan pandangan mata yang tajam terhadap Firdaus. Habuk yang disapu tadi menyebabkan muka Firdaus kehitaman. Firdaus pula hanya tersengih seperti kerang busuk kerana aktiviti ‘tayammum’nya diganggu oleh Pak Yok.

“Pengotor!! Aku kasi kau 20 minit untuk solat dan jangan keluar dari bilik kau selagi aku tak kasi arahan untuk keluar!!” Pak Yok memberi arahan seperti seorang komando tentera.

Firdaus kemudian terus bergegas meninggalkan Pak Yok dan cepat – cepat pergi ke biliknya. Pak Yok hairan melihat Firdaus yang tidak membantah seperti selalu dan seperti faham apa yang dimarahkan olehnya.

‘Budak ni, dah kenapa?’ Pak Yok berkerut. Firdaus seperti berubah menjadi orang lain.  Tapi kemudian Pak Yok buang fikiran itu jauh –jauh dan berasa mungkin dia terlebih fikir agaknya.

‘Dah kenapa nak kasi limit waktu nak solat? Kan aku solat pun dalam bilik jugak’ Firdaus mendengus dalam hatinya.

Selesai solat, Firdaus perasan terdapat corak bintang di tapak tangan kanannya. Dia cuba untuk basuh tapi bintang tersebut tidak hilang. 

‘Pulak dah, ape benda ni?’ Firdaus perhatikan bintang tersebut. Dia terfikir semula kejadian di stor pagi tadi.

‘Ada kaitan ke bintang ni dengan bebola Kristal biru tadi? Bintang ni pun warna biru. Lain macam jer, bintang sepatutnya warna kuning.’

Firdaus kemudian tersentak.

‘Eh, apesal aku macam dah tak terencat nih?’ Firdaus berasa aneh. Dia dapat rasakan semua ni ada kaitan dengan bebola Kristal biru yang dia jumpa di bilik stor tadi. Dia berteleku di sejadah cuba menghadamkan ape yang terjadi.

Mak Yak berdiri di luar pintu bilik Firdaus. ‘Maafkan mak sebab mak tak pergi pada kamu masa kamu kena kurung dengan ayah. Ayah kamu dah warning kalau mak lepaskan kamu, dia akan hantar kamu duduk sendirian di Villa Ok. Tiada siapa di sana. Mak tak mahu kamu sorang – sorang, Firdaus.’ Bergenang air mata Mak Yak sebelum dia kemudiannya memaksa dirinya untuk senyum.

Tok! Tok! Tok!

“Aus, kamu dah solat Zuhur?” Aus berpaling dan melihat Mak Yak masuk ke biliknya sambil tersenyum.

‘Mak ni kenapa pulak tiba – tiba terlebih happy ni?’ Mak Yak kemudian duduk di sebelah Firdaus.


Comments

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN