Isabella Guzman | Paranoid Schizophrenia Pertengkaran Berakhir Pembunuhan
Disebabkan penyakit yang tidak terzahir nyata, ditegur ayah, ibu pula menjadi mangsa. Kecoh seketika di internet mengenai seorang anak perempuan yang membunuh ibu kandungya sendiri dengan sangat kejam. Sebanyak 151 tikaman di muka dan leher si ibu yang menyebabkan akhirnya si ibu mati di tempat kejadian.
Kalau lihat dari wajahnya, pasti tiada siapa yang sangka Isabella sanggup membunuh. Isabella Guzman adalah seorang gadis yang berasal dari Colorado, Amerika Syarikat. Dia dilahirkan pada bulan Jun 1995. Ya, pada tahun 2020 dia masih muda, dan baru berusia 25 tahun. Kejadian pembunuhan ini berlaku pada 28 Ogos 2013 iaitu 7 tahun lepas.Isabella Guzman membunuh ibu kandungnya, Yun Mi Hoy, yang pada waktu itu berumur 47 tahun dengan cara yang sangat mengerikan. Autopsy awal mendedahkan Yun Mi Hoy menerima sebanyak 79 tikaman di bahagian wajah dan lehernya. Tapi further autopsy mendedahkan sebenarnya Yun Mi Hoy menerima 151 tikaman dan bukannya 79 tikaman. Sedangkan 79 tikaman pun dah cukup ngeri, ini apetah 151 tikaman, korang boleh bayangkan ke tidak? betapa dahsyatnya, betapa takutnya si ibu apabila diperlakukan sebegitu oleh si anak.
KRONOLOGI PEMBUNUHAN
Kejadian pembunuhan ini berlaku pada 28 Ogos 2013. Pagi hari kejadian, Isabella dipercayai bertengkar dengan ibunya, Yun Min Hoy. Isabella juga dikatakan telah menghantar satu email berbentuk ancaman kepada ibunya di mana di dalam email tersebut, Isabella turut menyatakan bahawa ibunya akan menerima balasan.
Disebabkan si ibu yang terkejut dan takut dengan ancaman yang diberikan Isabella kepadanya. Dia kemudian telah melaporkan hal ini kepada pihak polis. Pihak polis kemudian telah datang memberi nasihat kepada Isabella.
Apa yang mereka katakan kepada Isabella adalah jika dia terus berperangai yang tidak elok, ibunya boleh sahaja menghalaunya dari rumah. Waktu itu pihak polis beranggapan masalah family antara Isabella dan ibunya telah selesai, jadi mereka kemudian beransur pulang.
Ryan Hoy menyatakan selepas pihak polis pulang, Isabella masuk ke biliknya dan tidak keluar sepanjang petang. Manakala Yun Mi Hoy pula kembali ke tempat kerjanya.
Disebabkan Yun Mi Hoy masih bimbang dengan ancaman yang diberikan oleh Isabella, dia telah meminta bekas suaminya iaitu Robert Guzman untuk menasihati anaknya itu. Robert kemudian telah bertemu dua muka dengan Isabella dan bercakap dengan Isabella. Dia menasihati anaknya supaya sentiasa menghormati orang tua dan taat kepada mereka. Isabella juga harus berusaha untuk mendengar kata - kata mereka supaya keadaan semuanya dapat berjalan dengan baik dan lancar.
Jadi, bapanya, si Robert beranggapan bahawa dia telah sedikit sebanyak membaik pulih permasalahan yang berlaku antara Isabella dan ibunya, tapi ternyata dia silap kerana tiga jam selepas itu, Yun Mi Hoy telah dibunuh dengan kejam.Pada jam 9.30 malam waktu tempatan, Yun Min Hoy pulang dari tempat kerja. Dia kemudian naik ke bilik air di tingkat atas untuk mandi dan membersihkan diri. Tetapi tidak lama selepas itu Ryan Hoy, suami Yun Min Hoy, terdengar suara memukul dan menjerit dari isterinya (30 minit lepas Yun Min Hoy pulang).
Ryan, yang segera bergegas ke tingkat atas, kedengaran bunyi pancuran shower air masih terbuka tetapi Isabella menyekat laluan ke pintu bilik mandi. Ryan melihat darah mengalir dari balik pintu bilik mandi dengan segera menghubungi polis pada pukul 10.05pm.
Ryan kemudian naik semula ke tingkat atas, dan dia melihat Isabella keluar daripada bilik air sambil memegang sebilah pisau di tangan kanannya. Isabella kemudian tanpa mengucapkan sepatah kata pun memandang straight ke depan dan jalan melewati Ryan dan turun ke tingkat bawah.
Ryan berkata dia melihat Isterinya sudah terbaring kaku di lantai bilik air dalam keadaan penuh berdarah dan di samping Yun Mi Hoy terdapat sebatang kayu besbol. Tekaknya juga telah terpotong.
Selepas menikam ibunya sebanyak 151 kali di muka dan lehernya, Isabella menghabiskan nyawa si ibu dengan melibaskan kayu besbol tersebut kepada ibunya. Hal ini mengakibatkan wajah Yun Mi Hoy luka dengan cukup besar. Yun Min Hoy disahkan mati di tempat kejadian sekitar jam 22.38 malam waktu tempatan.
Setelah membunuh ibunya, Isabella kemudian melarikan diri ke pasar mini berhampiran dengan rumahnya. Isabella berbohong kepada pemilik pasar mini itu yang curiga dengan keadaannya itu dengan mengaku telah diperkosa.
Hal ini justeru memudahkan Isabella untuk membersihkan kesan darah ibunya yang terdapat pada tubuh dia, mencuci rambutnya di singki dan menukar pakaiannya di pasar mini tersebut. Tambahan lagi, Isabella juga meminta pemilik pasar mini itu untuk tidak melapor hal tersebut kepada polis.
Walaupun begitu, polis akhirnya berjaya menangkap Isabella 16 jam selepas pembunuhan itu iaitu kira - kira pukul 2.15 petang, keesokkan harinya.
PENANGKAPAN ISABELLA GUZMAN
Polis berjaya menahan Isabella selepas menerima panggilan 911 sekitar jam 11.30 pagi untuk melaporkan kehadiran seorang "mayat" di dalam sebuah kereta di garaj parking si South Parker Road. Susulan daripada panggilan itu, pihak polis pergi ke lokasi berkenaan dan memeriksa kereta tersebut. Namun, mereka tidak menjumpai 'mayat' tersebut. Sebaliknya tiada siapa pun di dalam kereta itu.Pihak polis turut menjumpai barang - barang yang terpercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Yun Min Hoy di kereta tersebut. Mereka percaya Isabella bersembunyi di garaj parking tersebut.
Jadi disebabkan itu, pihak polis telah melakukan satu aktiviti perisikan dengan melakukan penyamaran di sekitar garaj parking tersebut dalam modus menangkap si Isabella. Salah seorang anggota polis yang berpakaian seperti geng motosikal dengan berjalan ke garaj parking. Sempat seketika si polis berbual dengan Isabella sebelum si polis berpaling dan berjalan ke tempat letak kereta.
Tiga pegawai polis lain yang juga sedang menyamar mengikuti Isabella. Mereka kemudian mengepung Isabella yang ketika itu membawa sebuah beg membeli belah plastik. Isabella yang pada waktu itu duduk di sebelah semak di median tempat letak kereta tersebut diacukan pistol oleh ketiga - tiga polis berkenaan.
Akhirnya, Isabella ditangkap dalam keadaan yang sangat lancar dan profesional kira - kira pukul 2.15pm keesokkan harinya. Selepas diburu polis selama 16 jam.
PERBICARAAN MAHKAMAH
Hakim Daerah Arapahoe Stephen F. Collins telah memerintahkan Isabella Guzman untuk tetap dipenjara tanpa ikat jamin kerana telah melakukan pembunuhan tingkat pertama. Pada hari itu, Isabella hadir dalam keadaan pergelangan tangan kanannya berbalut dan memakai baru penjara warna oren. Dia ditahan di Penjara Daerah Arapahoe.
Isabella yang berusia 18 tahun pada bulan June 2013, didakwa sebagai orang dewasa dan layak untuk hukuman mati jika disabit kesalahan.
Yang membuat kisah ini begitu mendapat perhatian adalah bahawa semasa perbicaraannya, Isabella didapati tidak bersalah dan tidak dipenjarakan. Selain itu, senyuman Isabella di dalam mahkamah menjadi perhatian. Dia tersenyum seperti tidak bersalah.
Hal ini kerana Isabella dinyatakan mengalami gangguan mental. Akibatnya, dia dihantar ke Hospital Kerajaan di Pueblo untuk mendapatkan ubat dan rawatan psikiatri.
Berdasarkan maklumat Doktor Richard Pounds, doktor yang merawat, Isabella didiagnosis menghidap paranoia skizofrenia.
Dikatakan bahawa Isabella sering menatap ke ruang kosong, bercakap dengan dirinya sendiri walaupun tidak ada orang lain yang tertawa pada dirinya sendiri.
Doktor juga mendedahkan bahawa Guzman telah berdelusi bahawa Yun Min Hoy bukan ibu kandungnya. Dia mengatakan Cecela adalah wanita yang dianggap sebagai ibu kandungnya.
Isabella yakin bahawa dia akan membunuh Yun Min Hoy untuk menyelamatkan dunia. Kerana kejadian ini, Isabella berkemungkinan berada di hospital jiwa seumur hidupnya.
Peguam Daerah Kehakiman ke-18, George Brauchler, mengatakan Isabella akan tetap berada di sana sehingga dia tidak lagi menjadi ancaman kepada orang ramai dan dirinya sendiri.
PERTENGKARAN IBU DAN ANAK
Robert berkata Isabella adalah seorang anak yang baik. Namun, dia tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi sehingga mem provokasi anaknya sampai sanggup membunuh ibunya sendiri.
Isabella dan Yun Min Hoy sebenarnya sudah sering sangat bertengkar. Antara punca pertengkaran mereka termasuklah teman lelaki Isabella dan tiada kesefahaman antara dua beranak tersebut.
Teman lelaki Isabella pernah menyelusup masuk ke rumah mereka tanpa pengetahuan si ibu. Jirannya yang waktu itu curiga apabila melihat seorang lelaki memanjat pagar untuk masuk ke rumah Isabella, telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Hal ini kemudian telah membuat kan Yun Min Hoy maklum mengenai kehadiran teman lelaki Isabella yang sering mengunjungi rumah mereka secara rahsia.
Ryan Hoy, bapa tiri kepada Isabella telah memberitahu pihak berkuasa bahawa Isabella sering bertengkar dengan ibunya. Malah Isabella juga pernah meludah muka ibunya selain mengancam, mengugut dan tidak menghormati ibunya sendiri dua hari sebelum hari pembunuhan. Yun Min Hoy dikatakan takut dengan ancaman anaknya yang kemudian meminta Ryan Hoy untuk tidur sebilik dengannya.
Namun, hal ini kemudiannya berakhir dengan kematian ibunya pada 28 Ogos 2013 tersebut.
Ryan Hoy juga mengatakan si Isabella ni, sejak kecil lagi sudah bertengkar dan memberontak dengan ibunya, Dan pernah pada usianya 7 tahun, Isabella di hantar untuk tinggal bersama Robert Guzman untuk seketika.
YUN MIN HOY
Joshua Padilla, jiran kepada Yun Min Hoy memberitahu CBS4 bahawa dia telah mengenali Yun Min Hoy lebih daripada 10 tahun. Dia menjelaskan bahawa Yun Min Hoy adalah seorang yang baik dan seseorang yang berorientasikan perniagaan.
Robert Guzman menyatakan bahawa bekas isterinya seorang wanita yang sangat rajin bekerja. Yun Mi Hoy sangat berusaha keras untuk keluarganya, tetapi Isabella tidak menghargai apa yang Yun Mi Hoy lakukan untuknya.
PARANOID SCHIZOPHRENIA
Isabella telah didapati tidak bersalah Robert Guzman sebenarnya beranggapan Isabella sedang dalam fasa pemberontakkan remaja. Siapa tahu, sebenarnya Isabella mengalami satu penyakit mental iaitu paranoid Schzerphonia.
Mengikut penjelasan daripada MyHEALTH KKM, Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan, nyanyuk dan multiple sclerosis. Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia, ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara.
Antara tanda dan gejala penyakit ini termasuklah gangguan pemikiran, gangguan persepsi dan gangguan tingkah laku. Hal ini semuanya dapat diperhatikan ada pada Isabella Guzman. Akibat tidak dibendung awal, sama seperti penyakit fizikal, sampai satu tahap Schizophrenia akan berubah ke peringkat yang lebih kronik. Hal inilah yang terjadi pada Isabella Guzman.
Ibu bapanya menyangka Isabella hanyalah seorang gadis yang sedang mengalami isu seperti remaja lain yang suka memberontak dan tidak menghormati ibu bapa. Malangnya, mereka terlepas pandang gejala yang mungkin sudah secara tidak sedar ditunjukkan oleh Isabella Guzman.
Comments
Post a Comment