12 Tahun Penjara Adakah Keadilan Untuk Nayoung? [Nayoung Case]
Nayoung Case merujuk kepada satu kes pemerkosaan kanak - kanak yang kejam pada 11 Disember 2008 yang menggemparkan Korea Selatan pada waktu itu. Kejam dan tidak berperikemanusian adalah apa yang saya rasa memang selayaknye digelar kepada Cho Doo Son, pelaku jenayah ini.
NAYOUNG CASE
Pernah tak anda semua tengok filem Hope yang direleasedkan pada tahun 2013. Kalau belum, sila pergi tengok sekarang dan jika sudah, saya teruskan dengan perkongsian ini. Tahukah anda filem ini dibuat berdasarkan peristiwa sebenar yang pernah berlaku di Korea Selatan 12 tahun lepas yang dikenali dengan Nayoung Case.
Nayoung Case merujuk kepada satu kes pemerkosaan kanak - kanak yang kejam pada 11 Disember 2008 yang menggemparkan Korea Selatan pada waktu itu. Kejam dan tidak berperikemanusian adalah apa yang saya rasa memang selayaknye digelar kepada Cho Doo Son, pelaku jenayah ini.
APA YANG TERJADI?!
Dalam kejadian ini, seorang kanak - kanak perempuan berusia 8 tahun yang dikenali sebagai Nayoung (bukan nama sebenar), dalam perjalanan ke sekolah ketika dia ditegur oleh Cho Doo Son. Cho ketika itu berusia 57 tahun berasal daripada Ansan, selatan Seoul dalam keadaan mabuk. Cho telah menekup Nayoung dan membawanya ke tandas gereja berhampiran dan meminta Nayoung melayannya dari segi seksual. Cho membuka seluarnya dan mengeluarkan alat kelaminnya sebelum memasukkannya ke mulut Nayoung. Nayoung kemudian menangis tanpa henti. Disebabkan itu, cho do son telah menggigit Pipi Nayoung sehingga pipinya terkoyak.
Cho Doo Son kemudian telah memukul dan merogol Nayoung berulang kali secara paksa di faraj, di dubur dan telinga Nayoung. Setelah dia puas, lelaki yang kejam ini memukul, mencekik Nayoung dan menenggelamkan Nayoung di tandas berulang kali sehingga Nayoung tidak sedarkan diri. .
Tidak hanya menyerang Nayoung secara seksual beberapa kali, malah Cha Doo Son telah berusaha menghilangkan air maninya yang dipercayai ditinggalkan di kemaluan dan dubur Nayoung sehingga menyebabkan usus Nayoung pecah dan terkeluar dari lubang duburnya.
Cho Doo Son kemudian cuba untuk memasukkan semula usus Nayoung ke dalam tubuh Nayoung kembali dengan menolak usus tersebut masuk semula. Kemudian, dia membuat Nayoung berada dalam posisi duduk supaya organs Nayoung tidak lagi keluar dan, sekali lagi merogol mangsa.
Kecederaan ini berlaku kerana cho doo son berusaha untuk menghilangkan bukti atas tindakan yang dia lakukan kepada Nayoung. cho doo soon telah mencuci kesan darah dan air mani yang ada pada tubuh na yong dan lantai tandas tersebut. malah, kemaluan Nayoung juga dijolok dengan pam tandas untuk menyedut keluar air mani dari tubuh Nayoung. Inilah yang menyebabkan kerosakan teruk pada organ dalaman Nayoung.
Segala aktiviti tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan ini dipercayai berlaku selama 30 minit.
Selepas 6 jam barulah polis berjaya mengesan tiga cap jari cho doo son yang berada di bahagian pintu tandas. Memang lambat sikit la sebab cho doo son dah berusaha untuk hilangkan jejak jenayah dia.
Selepas tersedar dari pengsan, Nayoung segera keluar daripada tandas tersebut untuk mendapatkan pertolongan. Beberapa individu yang berapa berhampiran dengan gereja terus menghubungi pihak polis selepas melihat keadaan Nayoung. Keadaan Nayoung pada waktu itu tidak terurus dengan kesan darah pada tubuhnya. Terdapat usus atau organ dalaman yang sudah terkeluar dari duburnya. Pihak hospital sedaya upaya menyelamatkan Nayoung dan pihak berkuasa pula terus bergerak menyiasat kes ini.
Walaupun Nayoung selamat, tapi dia telah mengalami kecacatan kekal pada kemaluan, dubur dan usus akibat daripada kejadian tersebut. Malah, beberapa organnya yang hilang terpaksa digantikan dengan organ tiruan. menurut pemeriksaan pakar kesihatan, organ dalaman Nayoung terutama di bahagian kemaluan hilang fungsi sebanyak 80%.
CHO DOO SON
Isteri Cho Doo Son juga mempertahankan suaminya walaupun memang sudah jelas tertera, cho doo son telah melalukan jenayh tersebut. Tak kiralah dia mabuk ke tidak, benda ni tak mengubah pun fakta yang dia adalah si Pelaku. kata isterinya, cho doo son adalah seorang lelaki yang baik dan sopan, selalu membantunya dengan kerja-kerja dirumah. cuma, ya , cuma, apabila dia minum arak dan mabuk, dia akan menjadi sedikit agresif.
Cho Doo Son mempunyai 17 rekod jenayah sebelum ini dan pernah dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara atas jenayah rogol pada tahun 1983. Selain itu, CHo jugak pernah dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun 4 bulan kerana penggunaan kekerasan. Namun, dengan rekod seperti itu, polis sepertinya kurang peka dan cho doo son tidak dikenakan apa - apa pengawasan atau sekatan kepada cho, walaupun rekod jenayahnya yang tidak bersih.
Cho Doo Son meninggalkan Nayoung separuh mati di lantai tandas tersebut dan melarikan diri pulang ke rumah sebelum ditangkap pihak berkuasa tiga hari selepas hari kejadian. Dia ditahan dalam keadaan mabuk, 500 meter dari lokasi kejadian.
Cho Doo Son telah menukar warna rambutnya ke warna putih untuk mengelirukan Nayoung. selain itu, dia juga tidak mengakui kesalahannya melakukan jenayah itu. malah, dia berpura - pura seperti seorang yang baik apabila berdepan dengan hakim dan public.
Okay la, logic la, sapa yang percaya? Sapa yang nak percaya. saya sendiri kurang percaya. Kalau betul pun, saya tak nak percaya jugak.
HUKUMAN
Jahat kan Cho Doo Son ni, budak perempuan tu cuma 8 tahun, masih di sekolah rendah, tapi dia pegi minum arak, lepastu dia hilang akal pulak sampai rogol and pukul budak tu sampai cacat kekal. Senang senang je dapat hukuman 12 tahun lepas dah buat macam ni dengan alasan mabuk, tak dapat fikir dengan rasional and tak ingat apa - apa yang berlaku.
Sebuah petition di laman portal internet yang ditandatangani lebih 400,000 netizen yang marah dengan kejadian ini telah meminta hukuman mati untuk Cho Doo Son. Cha Doo Son bagaimanapun telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh pihak mahkamah. Dan hal ini sempat menjadi kontroversi dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Pada waktu kejadian, Cho Doo Son dipercayai mabuk yang membawa kepada pengurangan tahun hukuman penjara daripada 15 tahun kepada 12 tahun sahaja. Namun, hal ini menyebabkan ibu bapa Nayoung dan orang ramai tidak puas hati dan marah kerana hukuman tersebut dianggap terlalu ringan dan tidak setimpal dengan jenayah dan perbuatan terkutuknya kepada Nayoung.
Masyarakat mengutuk pihak pendakwaraya kerana tidak membuat rayuan kepada mahkamah tinggi dan hanya menerima sahaja keputusan yang diberikan hakim kepada cho doo son. Hal ini kerana, mengikut procedure undang - undang jenayah di korea selatan, mahkamah tinggi tidak boleh menjatuhkan hukuman yang lebih berat berbanding hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah yang lebih rendah kecuali jika pihak pendakwa membuat rayuan.
Tapi cuba fikir logic la, kalau betul dia tak boleh berfikir waktu dia buat kesalahan tu, takkanlah dia boleh sedaya upaya nak hilangkan bukti yang ada? kan?
Paling sukar dipercayai bila mereka ni boleh mengarahkan Nayoung untuk memberi kesaksian atas jenayah yang berlaku kepada dirinya di hadapan Cho Doo Son, Si Pelaku. Padahal sebenarnya, pihak pendakwa lambat mempamerkan bukti penting iaitu rakaman video penangkapan cho doo son. Yang mana, jika video ini terlebih dulu diberikan kepada mahkamah, tidak perlu pun Nayoung untuk datang memberi kesaksian di mahkamah sehingga meninggalkan trauma yang mendalam kepada diri dia.
Mampu ke 12 tahun tu untuk balas kejahatan yang dia buat? Tak terbalas. Kesan kepada Nayoung seumur hidup. Akhirnya, nasib mangsa tak terbela dengan sebaiknya. Sebab, undang - undang yang termaktub di korea selatan bagi jenayah seksual hanya maximum 15 tahun penjara walau seteruk mana pun jenayah itu berlaku kalau pelaku tu dalam keadaan mabuk atau tak mampu berfikir. Di sebabkan itulah, cho doo son hanya mendapat 12 tahun je hukuman penjara, sebab dia mabuk dan katanya tidak mampu berfikiran rasional.
PIHAK PENDAKWA & PASUKAN PENYIASAT
Kerajaan telah diarahkan untuk membayar ganti rugi bernilai 13 juta won (lebih kurang RM46,000) kerana menyebabkan trauma yang ditimbulkan sewaktu sesi soal jawab kepada mangsa berikutan kes pemerkosaaan ini.
Pihak pendakwa kes ini sepertinya kurang empati dan simpati kepada mangsa atau mungkin mereka juga seperti tidak mampu berfikir dengan rasional dalam usaha menyelesaikan jenayah yang kejam ini. Mereka telah memaksa Nayoung untuk disoal siasat dengan segera padahal Nayoung waktu itu baru sahaja selesai pembedahan ovari, usus kecil dan duburnya. Nayoung terpaksa duduk dalam keadaan yang tidak selesa di kerusi selama berjam - jam untuk menjawab soalan daripada pasukan penyiasat.
logik ke? dah la baru je selesai operation? Nayoung, si mangsa yang perlu pergi ke pasukan penyiasat dalam keadaaannya yang macam tu, dan bukannya pasukan penyiasat tu yang datang kepada na yong, kalau ye pun mereka perlu jawapan dengan kadar segera., patut ke buat macam tu?
Bukan sekali, malah berkali - kali. memang speechless.
Rekod mahkahmah juga menunjukkan sesi soal jawab yang dihadiri Nayoung sebenarnya tidak perlu selama itu, xperlu sampai berjam - jam dan sampai berulang kali. Nayoung jugak dipaksa menjawab soalan yang sama sehingga empat kerana pihak pendakwa kurang berpengalaman dalam menggunakan peralatan electronic yang digunakan untuk merakam statement daripada Nayoung. lain kali, kalau tak pandai, praktis dlu dengan team, supaya takdelah keluar alasan, kurang pengalaman la, peralatan rosak la. tu semua alasan. Mereka gagal mengikuti protokol dalam mendapatkan keterangan daripada budak bawah umur.
PERKEMBANGAN NAYOUNG
Prof Han Seok Ju daripada Severance Children's Hospital telah menawarkan pembedahan untuk memulihkan fungsi duburnya. Sekiranya berjaya, Nayoung tidak perlu lagi menggunakan beg kolostomi tersebut.
Berdasarkan laporan daripada Asian Correspondent pada december 2009, seorang wartawan daripada JoongAng Ilbo, telah berjumpa dengan Nayoung setahun selepas kejadian. Nayoung pada tahun itu semakin pulih dengan baik daripada jenayah kejam yang dialaminya. Namun, selepas kejadian itu, Nayoung mengalami kemurungan dan tekanan disebabkan kecederaan yang dia alami. Nayoung hanya berkomunikasi melalui lukisan dan tidak lagi bersuara atau bergelak ketawa. kesakitan dan penderitaan yang dia alami digambarkan menggunakan lukisan-lukisan.
Nayoung akan berasa takut apabila ada pergerakan daripada orang sekeliling. Bila ada kedengaran bunyi secara tiba-tiba walaupun perlahan, Nayoung akan terkejut sehingga dia akan menutup mukanya dengan kedua dua tangannya.
Nayoung selalu merasakan kejadian yang menimpa dirinya adalah salah dirinya sendiri. dia menerima rawatan kesihatan mental selama dua bulan selepas itu bagi membantu pemulihan mentalnya yang terganggu akibat kejadian ini.
Yonsei University Professor Shin Ui Jin, telah membantu Nayoung untuk menghilangkan rasa bersalah dalam diri Nayoung. katanya pada Nayoung, "kejadian ini bukan salah Nayoung, tetapi salah lelaki yang jahat itu".
Berkat bantuan orang ramai yang prihatin kepada nasib Nayoung, telah membuahkan hasil. Nayoung sudah mahu pergi ke sekolah dan mula berinteraksi kembali dengan rakan - rakannya.
Walaupun sebelum ini dia bercita - cita ingin menjadi seorang chef, kini dia mempunyai impian baru untuk menjadi seorang doktor. kerana katanya, ketika dia sakit, doktor yang membantunya.
Satu pengusaha perniagaan peralatan perubatan telah membantu Nayoung dalam menyesuaikan beg kolostomi orang dewasa ke badannya yang masih kanak - kanak.
JENAYAH SEKSUAL KANAK - KANAK
Rentetan daripada kes jenayah sexual kepada kanak - kanak yang berlaku di korea selatan, kerajaan di sana akhirnya mewujudkan akta baru iaitu Akta Perlindungan Kanak - Kanak dan Remaja dari Penderaan Seksual pada 9 June 2009. Yang mana, akta ini bertujuan untuk memperuntukkan kes-kes khas berkenaan hukuman kerana melakukan kesalahan seks terhadap kanak - kanak atau remaja. Tahniah Korea Selatan. Tapi, selepas meneliti akta tersebut, pada pendapat saya hukuman yang dikenakan kepada pelaku tetap masih lagi tidak setimpal dengan jenayah dilakukan kepada mangsanya. Sekian.
DIBEBASKAN PADA 13 DISEMBER 2020
Cho Doo Son akan dibebaskan dari penjara pada 13 December 2020. dan Orang ramai masih mengharapkan Cho kekal dipenjara kerana dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat. Perlu anda semua tahu, cho tidak menunjukkan sebarang penyesalan langsung atas kesalahan yang dilakukan kepada Nayoung.
Namun, pihak berkuasa telah memberi jaminan bahawa apabila cho dibebaskan dari penjara, dia akan memakai gelang kaki elektronik yang dapat mengesan keberadaan cho doo son selama tujuh tahun. Malah, maklumat peribadinya juga akan didedahkan kepada umum selama 5 tahun supaya orang awam dapat lebih berwaspada dengan Cho Doo Son.
Tapi, mampukah gelang kaki elektronik itu menjadi benteng kepada perilaku tidak berkemanusiaan ini? kerana sudah ada peristiwa di korea pada tahun 2012, yang mana seorang bekas banduan pada waktu itu telah pun memakai gelang kaki elektronik, tetapi pihak berkuasa gagal dalam mengawasi tindak tanduk si pelaku dan gagal menghalang kejadian pembunuhan itu daripada berlaku.
CREDIT & SUMBER MAKLUMAT
Filem Hope yang direleasedkan pada tahun 2013 diadaptasi daripada Nayoung Case.
Youtuber Yang Cover Kes Ini
Indonesia - Korea Reomit (https://www.youtube.com/watch?v=Airn7NJBLAU)
English - Grazy TV (https://www.youtube.com/watch?v=Ypg2R32Ng6c)
(few clip is taken from MBC PD Note for more clear understanding on the case)
Korea - MBC PD Note (https://www.youtube.com/watch?v=lcyCxl9QpgI)
Maaf kalau ada kekurangan atau kekeliruan fakta and dah settle edit baru perasaan silap patut Nayoung bukan Nayoung, but faham - faham jelah. Anyway, berikut antara sumber yang saya baca for this video.
Sumber Video
Sumber Penulisan
Sumber Background Songs:
Youtube Audio Library (Esther Abrami - No.6 In My Dreams)
Comments
Post a Comment