Road to Chemical Engineering Internship 2019 [ Resume & Cover Letter Check | Proper Way To Apply For Internship Through Email | Internship Application & Feedbacks | Interviews For Internship Trainee Position ]

Assalamualaikum,

Hai korang semua, first and foremost, sorry sebab blog aku macam serabut sikit, biasalah aku ni macam acah - acah busy, kemas rumah pun tak menyempat apetah lagi nak mengemas blog yang takde perabot ni.. anyway, so as you all knew (if you knew la) .. supposedly aku cuti this semester but things happen and aku tak jadi cuti. So, aku agak rushing dalam preparation aku untuk internship. Early this sem, aku busy with my own stuff dengan kepala serabut sikit.. So, later on March gitu baru aku update all my particulars terutama on my resume. Basically update latest curricular activities, work experiences and software yang aku belajar. 

So, after aku dah update aku punya particulars, aku check my latest resume and cover letter dengan industrial training coordinator aku, Madam Hawaiah. Minta beliau review and kasi improvement apa yang perlu aku improve untuk particulars aku supaya, later bila aku apply internship takdelah teruk sangat, takdelah company2 tu semua baca resume aku pastu nak campak ke laut ke hape.. So, antara improvement yang madam suruh aku buat is, past tense kan semua work description kat part work experiences and part curricular activities. Untuk aku punya career objectives pun madam ad suruh tukar sesikit, korang tengok la sendiri kat bawah perbezaan resume aku before aku submit pada madam and after aq submit pada madam.. 

RESUME & COVER LETTER CHECK

1) Career Objective
Before 
After
2) Educational Background
     This part if you notice, aku cuma add on numbering je, sebab madam cakap takut flow tak cantik at least kalau ade nombor, jadi kemas sikit la bahagian ni. 
Before
After

3) Selected Curricular Activities
    So kat sini, tukar daripada present tense kepada past tense. 
Before
After
4) Working Experiences
Before
After

PROPER WAY TO APPLY INTERNSHIP THROUGH EMAIL

Okay, sekarang kita go for the next step. how to make sure your internship application is in proper way. Kita tengok step by step process untuk compose email tu. Anyway, sebelum email, perlu aku ingatkan di sini, better korang hubungi , get in contant with HR of the company you want to apply for internship to ensure that there are vacancy for internship trainee position and get the email from HR. If you just directly email the email placed by the company at their website, most probably they will not reply back your email since they don't even realize you actually email them. (Tertiber jadi english, cui)

#ThisGonnaBeAVeryLongPost

Aku buat gaya - gaya bahasa baku ye dekat section ni, pfffft @_@

1) Pilihlah jalan yang betul untuk anda membuat email anda. Silalah klik COMPOSE untuk memaparkan ruangan NEW MESSAGE


2) Setelah terpampang ruangan NEW MESSAGE. Anda akan dapat melihat Blank Space untuk di isi di bahagian RECIPIENTS dan SUBJECT. Setelah anda mendapatkan email HR daripada syarikat pilihan anda, silalah dan jangan segan silu untuk ditaip di bahagian RECIPIENTS, perlu di ingatkan di sini, jangan sekali -sekali anda dengan beraninya, meletak beribu alamat email di bahagian RECIPIENTS. Hal ini kerana anda akan menunjukkan kejahilan anda pada tahap maksima. Sekian. 

Seterusnya, pada bahagian SUBJECT, pastikan anda taip tajuk yang sesuai untuk permohonan anda. sebagai contoh, jika anda ingin memohon jawatan sebagai internship trainee, anda boleh lah menaip 'Application For Internship Trainee Position'. Pastikan di bahagian SUBJECT ini, dapat menunjukkan purpose anda email kepada syarikat pilihan anda dengan jelas. 


3) Setelah anda mengisi ruangan tersebut, mohon ampun sepuluh jari, jangan tinggalkan bahagian BODY MESSAGE kosong seperti hati anda, sepi seribu bahasa. Di ruangan BODY MESSAGE, anda boleh letakkan sama ada versi keseluruhan COVER LETTER anda, atau versi ringkasan COVER LETTER anda. Saya secara amnya, lebih meminati untuk meletakkan versi ringkas kerana dapat menyampaikan maklumat dengan lebih padat dan padu selain dapat menjimatkan masa untuk mereka yang akan membaca email tersebut. 


4) Kemudian, apa yang anda perlu lakukan sebelum menghantar email tersebut. Kepilkan segala dokumen berkaitan dalam versi pdf. Bagi sesiapa yang kurang jelas, bagaimana untuk kepilkan dokumen anda. Silalah tekan di ikon KLIP KERTAS BERSAMA KERTAS yang tertera di bahagian bawah ruangan MESSAGE anda. 


Kemudian, anda hanya perlu memilih dokumen yang perlu di kepilkan bersama sebelum menghantar email tersebut kepada pihak HR company pilihan anda. 


Berikut adalah antara dokumen penting yang perlu anda kepilkan bersama - sama email permohonan jawatan kosong tersebut, namun jika syarikat pilihan anda minta untuk dokumen - dokumen lain, silalah ikut sahaja arahan mereka. Sekian. 

  • RESUME
(image from Ms Word)

  • COVER LETTER
https://www.seek.com.au/career-advice/free-cover-letter-template

  • TRANSCRIPT

  • CONFIRMATION OF STUDENT STATUS (for internship)

  • PLACEMENT FORM (for company reply)


5) Untuk menhantar email anda, sila pastikan anda mematuhi waktu pejabat dimana kebiasaannya pada pukul 8.00am sehingga 5.00pm. Jadi, jika anda tidak sempat untuk menghantar dalam tempoh waktu ini, anda tidak perlu risau. Hal ini kerana, anda boleh menjadualkan penghantaran email anda tersebut seperti berikut. 

Klik button kecil di bahagian sebelah SEND yang mempunyai anak panah kecil menghala ke atas. Kemudian akan tertera SCHEDULE SEND


Anda boleh memilih sama ada untuk memilih waktu yang sudah tersedia, atau anda boleh memilih sendiri pada waktu dan hari tertentu untuk anda menghantar email tersebut di ruangan PICK DATE & TIME.


Dan klik SCHEDULE SEND, email anda akan dihantar secara automatik oleh google pada hari dan waktu yang telah anda tetapkan. Sekian. 




INTERNSHIP APPLICATION & FEEDBACKS

Selesai je aku edit semula resume aku, aku terus lah mulakan misi untuk mohon jawatan internship trainee dekat mana - mana company terdekat yang boleh tercapai dek motor skuter aku (mak aku punya skuter).. Aku list la semua company yang aku submit application aku through email and jobstreet. So that korang tau yang aku memang ada effort untuk cari placement internship walaupun aku sebenarnya belum sedia nak jalani kehidupan sebagai seorang trainee. 

1) Email
  • Forest Research Institute Malaysia (FRIM) (29th March 2019)
  • Watson - Marlow Fluid Technology Group - Malaysia (3rd April 2019)
  • The Baker's Cottage Sdn Bhd (3rd April 2019)
  • Paynt Manufacturing and Laboratory Sdn Bhd (3rd April 2019)
  • FRIMEC Manufacturing Sdn Bhd (3rd April 2019) 
  • Chempro Technology (M) Sdn Bhd (3rd April 2019)
  • Pathgreen Energy Sdn Bhd (4th April 2019)
  • Kapar Energy Ventures (4th April 2019)
  • Denso Malaysia Sdn Bhd (4th April 2019)
  • Pusat Latihan Kimia Malaysia (16th April 2019)
  • CCM Chemicals Sdn Bhd (6th May 2019)
  • Lembaga Koko Malaysia (6th May 2019)
  • Top Glove Corporation Berhad (24th May 2019)
  • Hyrax Oil Sdn Bhd (28th May 2019)
  • JKS Engineering Sdn Bhd (5th June 2019)
  • PS Poly Pack Sdn Bhd (11th June 2019) & (24th June 2019)
  • Envisafe Training & Consultant Sdn Bhd (15th June 2019)

2) Jobstreet
  • Kossan Latex Industries (M) Sdn Bhd (19th March 2019)
  • Powertex Asia Pacific Sdn Bhd (19th March 2019)
  • Glasfil Polymer Sdn Bhd (6th May 2019)
  • Ancom Crop Care Sdn Bhd (6th May 2019)

3) Whatsapp
  • Purnabina Sdn Bhd (15th June 2019)

Tak semua company yang aku apply bagi feedback. Since, some company memang aku call untuk dapatkan email dyorang but some others, aku just email je email yang ade mention kat website dyorang. Mostly tak bagi feedback apa - apa. antara feedback pertama yang aku terima adalah daripada pihak FRIM. Nak tau tak aku diterima ke tidak? anyway, aku actually apply FRIM in the first place bukan sebab dekat ke apa, actually jauh jugak dari rumah aku yang kat Klang ni, FRIM tu kat Kepong. So, kalau naik motor dalam 1 hour and a half la. Aku apply sana dengan harapan if member aku, Shida, if dy apply situ jugak, boleh aku stay rumah dy and pergi ke FRIM sama -sama dengan dy. Sambil dapat hang out dengan dia, sebab lama tak jumpa and lepak sana. Shida is one of the best friend I have and had, so since lama tak jumpa actually rindu la nak lepak sama.. tu je.. So, basically FRIM give me the following news,

FRIM
Siap dapat title Puan lagi aku even though aku masih single and available lagi - lagi untuk warga - warga melayu berwajah korea di luar sana tu.. 
Walaupun di reject, aku tak patah hati. Aku tetap mengucapkan terima kasih sebab pihak FRIM at least review application aku. Yang paling penting, aku tak digantung tak bertali dengan jawapan yang diberi. Cui, skema je ayat aku an. 

Feedback kedua yang aku terima adalah daripada Pusat Latihan Kimia Malaysia, and yes sekali lagi aku ditolak sebab kuota dah penuh. Yelah sebenarnya aku tahu, aku apply agak terlewat banding dengan orang lain semua. Tapi kelewatan aku disebabkan aku ingat aku akan cuti for the whole sem, tertiber tak jadi cuti pulak. 

PUSAT LATIHAN KIMIA MALAYSIA

Seterusnya, aku terima feedback daripada Lembaga KOKO. Aku apply lembaga KOKO yang terletaknya kat negeri sembilan jauh nun di sana disebabkan takde company yang bagi feedback lagi dah kat application aku, jadi aku macam lantaklah, apply jelah kat mana - mana, janji dapat placement. and at the first place aku happy tau sebab aku di isytiharkan BERJAYA kat sini, tapi itulah memikirkan soal tempat tinggal dengan transport untuk ke sana buat aku dilemma untuk accept ke tak nak tawaran KEBERJAYAAN aku ni... 


Tapi pihak lembaga KOKO takde mention pun tempoh masa untuk aku terima atau tidak tawaran KEBERJAYAAN aku ni, so aku assume actually maybe dyorang lupa nak mention kat aku. A good thing la actually, sebab aku masih berusaha untuk cari tempat internship yang lain yang mungkin dapat beri aku hostel kalau jauh, or company yang dekat area klang and Shah Alam supaya aku boleh stay kat rumah je. Yelah weyh, imagine la aku punya duit elaun dah lame habis, dengan takde duit, takde tempat tinggal, elaun pun tak diberi sebab institusi kerajaan, macam mana aku nak survive. Aku tak rasa aku mampu survive. 

Anyway, after 2 weeks dapat email yang kat atas ni, aku email pihak KOKO untuk dapatkan surat tawaran. Sebab aku ade overheard conversation budak kelas lain. Aku tak taulah dyorang kelas mana, tapi hasil aku curi dengar perbualan dyorang adalah, dapatkan dulu surat tawaran then baru buat keputusan sama ada nak terima atau tolak tawaran LI yang aku dah terima tu. Dy cakap kat member dy, tapi aku apply la situasi tu kat aku. hahahak. 

Official Surat Tawaran yang aku terima
Seperti yang korang boleh tengok sendiri kat official surat tawaran pun mention yang pihak lembaga KOKO cuma dapat sediakan tempat latihan sahaja, elaun and tempat tinggal takde. Aku sebenarnye tak kisah sangat pasal elaun sebab bagi aku internship period ni actually masa untuk aku belajar selok belok chemical engineering kat dunia pekerjaan. Tapi, kalau dah duduk jauh dari rumah, dengan takde modal, agak mustahil untuk aku tolak secara total kepentingan elaun dalam tempoh latihan industri ni. Jadi, aku senyapkan dulu tawaran ke Lembaga KOKO ni sementara aku usaha lagi cari tempat internship yang lain.

Actually, untuk intern dekat Lembaga KOKO ni, kawan aku dia kata dia boleh tolong la dari segi tempat tinggal and transport. Cuma aku tak seronok jugak nak menumpang kat situ, satu hal sebab kawan aku tu dia dah kawin, berfamily ada anak semua. Satu lagi hal, rasa menyusahkan pihak dyorang. sebab kawan aku pun nanti akan dihantar oleh keluarga dia yang lain and bukan bawak kereta or motor sendiri. Then, kat rumah tu the whole family is there. Jadi aku rasa macam tak sedap menumpang. Aku pun tengah xde duit langsung, tapi kalau dah menumpang tu takkan la aku tak hulur - hulur langsung, memang kawan aku kata takpe, tapi yelah kita kena ada perasaan sedar diri jugak lau nak menumpang pun.

So two weeks after that, aku dah finalize keputusan aku mengenai Lembaga KOKO and aku decide untuk tolak tawaran yang diberi. Aku sedih jugak, sebab bawah lembaga KOKO aku dapat bawah department R&D (aku suspect je) [sebenarnye bawah Bahagian Teknologi Hiliran Koko] sebab my supposed Supervisor punya jawatan pegawai penyelidik. Aku suka sebenarnya buat report and lab testing, aq suspect jelah tu under jobscope aku, aku pun tak sure sebab aku tolak kan.

Korang kalau nak tolak offer yang korang dapat, tolong la buat in proper way and jangan biar je company tu gantung tak bertali. Jangan sampai, bila tiba je hari yang sepatutnya korang lapor diri tu, korang takde datang sebab korang dah terima tawaran lain TANPA inform lebih awal pada pihak tersebut. (okay, done bagi peringatan kat junior)

Feedback yang ke-empat aku terima daripada FRIMEC. Tapi FRIMEC punya feedback bukanlah untuk terus terima aku intern. FRIMEC kasi aku sedikit task untuk buat short essay pasal diri aku.. hahak aku dah la dah lama tak buat essay in english. Pastu nak goreng kasi wow sikit diri aku ni. Lagi la payah sebab aku ni biasa je, takde yang wow pun. 

FRIMEC
Jawapan aku memang agak cringey sikit, haha saksikanlah jawapan aku di bawah ni untuk tontonan umum, haha aku rasa aku macam menggoreng kaw2 je. Personally, aku rasa mcm acah2 gempak dah ayat aku, tapi yelah I'm sure korang boleh buat ayat gorengan yang jauh lebih mantap daripada aku. 

Hehehehe
Macam good - good je kan ayat aku. hahahak, tapi lepas tu the next day aku dapat call daripada pihak FRIMEC yang tanya pasal adakah program chemical engineering yang aku tengah amik sekarang ni sesuai dengan job scope intern yang pihak FRIMEC cari, so aku tanya lah apa job scopenya, FRIMEC pun forwardkan the following job scope,

Job Scope Intern di FRIMEC
Aku tengok benda ni memang aku tau, relate sangat dengan Chemical Engineering. tapi disebabkan pihak HR FRIMEC tak confident yang program aku memang relate dengan job scope ni, so aku tanya jugak dekat Madam Hawaiah untuk confirmation. After that, aku confirmkan semula dengan pihak FRIMEC through email. Tapi lepas tu, FRIMEC pun menyepi. After 2 weeks, member aku try follow up dengan pihak FRIMEC untuk application dy, sebab dy pun apply kat situ jugak and pihak FRIMEC cakap FRIMEC dah tak ambil intern. So, aku tak sure sama ada pihak FRIMEC dah reject permohonan kawan aku, atau memang company tu dah dapat Sales & Application Engineer. Sebab actually aku apply situ disebabkan nampak iklan kekosongan jawatan tu, bukan jawatan intern pun. Aku pakai tibai je apply. hahahahak. Ape pun, aku assume dyorang dah dpt orang untuk kekosongan jawatan tu, and that's why dyorang tak perlukan internship trainee lagi.

Jadi, disebabkan aku masih tak menerima jawapan daripada pihak FRIMEC sendiri and tinggal lagi 2 minggu je sebelum internship period aku. Jadi, aku pun hantar email untuk follow up and tanya pasal status permohonan aku.


Dan akhirnya FRIMEC pun memberi keputusan final say, and as expected la, memang kena reject pun application aku.. perlu nangis tak ni?

Inilah pengakhiran kisah aku dan FRIMEC
Seterusnya dekat jobstreet, tiga permohonan aku selain daripada Ancom Crop Care Sdn Bhd, semuanya ditolak lepas berkali - kali di review. Sedihhh. Tak laku rupanya aku ni. hahahahak. Sedih dalam tawa la ni kiranya aku ni. 

3 reject, 1 tak bagi feedback
Kossan Latex Industries Sdn Bhd dekat Meru, Klang memang ade satu kilang baru terbina and hasil pemerhatian, aku agak mampu mengagak yang dia akan buka peluang pekerjaan untuk rakyat - rakyat sekitar meru. Then, aku ada pergi job fair dengan abang aku and dapatkan email untuk internship daripada kossan kat situ. Tapi aku tak email la, since aku jumpa through jobstreet untuk application intern ni jugak. So, aku just apply through jobstreet. Tapi lepas pihak Kossan review application aku for about 9 times, akhirnya sampailah ke masa penamat iaitu keputusan dyorang untuk reject aku. cui. Yelah, compete dengan more than 200 applicants yang kebanyakkan jauh lebih power dari aku. Selling points dyorang kaw2 gamaknye, aku time degree ni plak tak aktif sangat. Jadi, makin tak wow la.. ceyt.. terima jelah nasib.. 

Aku actually nak jugak kat Kossan ni, elaun pun dapat and the most important thing is dia punya jarak dengan rumah dekat. Itu faktor utama untuk aku buat pilihan tempat internship aku. Sebab apa tau aku nak yang dekat dengan rumah, supaya aku ada transport untuk ulang alik sepanjang tempoh internship and jimat dari segi faktor perbelanjaan makanan. Yelah, elaun aku dah habis ni. Aku nak cekau duit dari mana lagi lau xde transport and xde tempat tinggal. Tambah2 pulak kene fikir soal makanan sendiri kalau aku duduk jauh dari family. Memang tak selamat lah sis..

Glasfil Polymer Sdn Bhd pulak actually tawaran internship placement tu untuk budak mechanical engineering, cuma aku apply sebab masa diploma ada member aku yang dapat buat internship kat sini. Aku fikir, kalau aku apply sini, and member aku tu apply sini jugak, dapatlah kitorang pegi sekali. Sama mcm kes Shida tu. Tapi sayangnya, dapat info dari member aku tu, dia kata Supervisor dy before this masa internship diploma, inform yang placement untuk pelajar chemical engineering dah full quota, that's why, kawan aku dan aku, dua - dua pun tak dapat la intern kat situ. So in short, kat Glasfil pun kne reject jugak lah aku, haha yeay kne reject bertubi - tubi. Excitednyelah~

Powertex Asia Pacific Sdn Bhd pun offer internship placement untuk budak - budak mechanical engineering, bukan untuk chemical engineering. Tapi disebabkan chemical belajar jugak apa yang budak mechanical belajar, cuma bezanya takdelah sedetail pasal machine macam budak mechanical belajar, so aku pun try jelah, mana tau ade rezeki. Tapi tulah, kene reject la jugak. hurmm.. Sadis je nasib orang kena reject bertubi - tubi.

Ancom Crop Care Sdn Bhd pulak menyepi je. Company ni aku memang takde follow up ke apa. Aku just tunggu je keputusan through jobstreet. Tapi yang buat aku terkejutnya, bila ada budak batch aku yang dapat placement kat company ni. Aku mcm, eh kenapa dy tak cakap pape pulak pasal aku punya application sedangkan dekat jobstreet tu tulis yang Ancom Crop Care ni memang tengah actively processing application yang ada. cui. Apa pun, aku sure that student yang dapat placement tu mesti rajin follow up dengan company ni. That is why dy dapat placement kat situ. 

Company ke - lapan yang beri feedback kat aku adalah TOP GLOVE, tapi bukan guna nama TOP GLOVE. Nama syarikat ni Purnabina Sdn Bhd, tapi dy memang adik beradik and boleh dikatakan sebahagian daripada roh TOP GLOVE. (ape do aku merepek pun aku xtau). Aku jumpa hebahan pasal kekosongan internship placement daripada pihak Purnabina through whatsapp,

Sorry la kena censored sebab kalau tak kang korang kacau pulak no ni..
At first, aku memang tak fikir pun nak apply TOP GLOVE ni, reason pertama aku apply sebab Aishah (member aku ah cui) dia apply kat company ni. Aku ragu - ragu jugak disebabkan as you can see, location dia kat Kluang, masalahnya aku stay Klang dude, bukan kat Kluang, so amatlah jauh dari rumah aku.. As mention in the above above statement, korang patut tau reason utama or faktor terpenting dalam pemilihan tempat internship aku bukanlah elaun tapi distance from home, So, memang besarlah keraguan aku.. tapi disebabkan dalam fikiran aku at the time, if Aishah pergi and some others of my friend apply sini and dapat placement, boleh lah kitorang pergi ke tempat kerja sama -sama. So, aku fikir soal makanan and transport dapat la kongsi ramai - ramai. Kalau kena jalan kaki pun, takdelah aku berjalan sorang sebab ada ramai member yang berjalan sekali. Jadi, bila ada kawan susah senang, benda yang rasa susah pun jadi senang. (Dalam fikiran akulah, cui)

Mesti korang tertanya - tanya an kenapa apply TG yang kat Kluang, sedangkan punyalah banyak TG factory yang ada kat Klang. (kalau tak tertanya - tanya pun aku nak cerita la jugak), you see I don't know why, each and everytime I applied for internship position at Top Glove yang dekat Meru ni, memang aku tak dapat apa - apa panggilan interview. Aku suspect mungkin aku kena selalu call HQ dia kut baru dia nak consider application aku. Anyway, masa diploma dulu before aku apply kat Bodibasixs Sdn Bhd, aku memang apply Top Glove as my first choice. At that time, aku isi borang through online application and email jugak. In fact, aku hantar kat 3 orang yang berbeza tau email tu, tapi not even 1 call for interview aku dapat. Cui, kawan - kawan aku semua yang hantar particulars dyorang kat tiga -tiga email tu semua dipanggil iv, cuma aku sorang je yang tak dipanggil.

Dalam fikiran aku waktu tu, aku assume, mungkin ke sebab aku punya CGPA tinggi sangat jadi dyorang tak nak aku, mungkin dyorang nak orang yang dapat CGPA biasa - biasa je. tapi sangkaan aku ni kira meleset la sebab time degree ni, CGPA aku dah biasa - biasa je, tak segempak macam masa diploma dulu tapi still aku tak dapat jugak any call for interview untuk dapatkan placement dekat TG meru. Cuma, aku tak gigih macam masa diploma dulu la, kali ni aku just minta kawan aku yang tolong forwardkan application aku kepada HR TG.. sebab aku tak nak pisang berbuah banyak kali sangat, that is why aku fikir kalau member aku yang memang engineer kat situ yang forwardkan aku punya application, pihak HR akan lebih pandang aku punya application.. (dalam fikiran aku lah).. tapi rupanya sama je, so memang TG meru ni memang tak nak aku la gamaknye.. cui

Back to Purnabina, aku actually dah dapat dah pun email PIC yang mention dalam hebahan whatsapp tu (Aishah kan dah email orang tu), and memang dah schedulekan untuk submit all my particulars kat Ms R pkul 9 pagi on the dot. Tapi, yelah, aku masa tu kunun2 and acah2 whatsapp la untuk tunjukkan keseriousan aku untuk apply kat Purnabina ni. Lagipun, mention kat hebahan tu minta aku whatsapp kat Ms R and bukan suruh email ke apa ke, so aku whatsapp jelah, mentioning yang aku interested dengan kekosongan yang Purnabina ada. Pastu terkejut pulak aku dengan kepantasan Ms R reply whatsapp aku, terus dia tanya aku punya duration internship then terus mintak aku datang interview petang the next selasa.

Masalahnya sekarang ni, aku kena pergi ke Kluang untuk interview. Kalau korang perasan, aku dah mention kat atas, waktu dan ketika ini, elaun aku memang dah habis kering kontang, aku ada duit sesikit untuk isi minyak motor untuk pergi final exam ni pun sebab Pak Cik aku kasi aku zakat pendidikan (kira sumbangan untuk aku la), and aku buat untuk isi minyak pergi ke U. and duit topup pun aku dah habis dah, Alhamdulillah la semester ni ada raya, dapat duit raya boleh la guna untuk topup handphone aku. sedih kan.. wakakakaka itulah manusia dah kaya - kaya tak reti bersyukur, cui..

Okay sambung balik, aku ade satu lagi problem, hari rabu tu aku ade exam Speaking EET, and if aku datang interview hari selasa, risau aku tak sempat sampai untuk exam Rabu tu, so aq mintak Ms R tukar hari, aku nak iv hari isnin instead of Selasa. Nasib baik, dia bagi lepas dia tanya kat orang yang sepatutnya IV aku on Tuesday tu (kot). Tapi sekarang ada satu lagi masalah, Aishah asalnya pun dipanggil iv jugak, and dy pun tukar jadi hari isnin. Masalahnya bukan pasal hari tu, masalahnya BMI aishah tak jatuh dalam normal weight. TG sangat pentingkan BMI and BMI mesti dalam range normal weight, selain tu CGPA mesti above 3.00 pointer. So, sekarang ni kira Aishah dah tak dapatlah untuk teruskan permohonan dia kat Purnabina ni. Even though aku try tanya Ms R tu untuk Aishah pun, aku mentioned yang Aishah ni memang aktif orangnya, tapi tetap Ms R tak boleh pandang sebelah mata je dekat tang BMI tu.
Formal Interview Invitation from Purnabina Sdn Bhd
Then, aku dah takde kawan nak pergi iv. Jadi, nanti urusan grab ape semua aku kena settle sendiri, Masalahnya, aku dah kering kontang ni takde duit. haha Adudui pening, so at that time aku dah malas dah actually untuk pergi ke iv kat Purnabina ni. Tapi ade jugak ray of hope datang bila Aini cakap dia pun dapat panggilan interview kat Purnabina cumanya dia iv hari selasa. Ayah Aini boleh hantar untuk iv, tapi iv aku isnin, kalau Aini iv selasa, sama je masalah aku tak settle. Jadi, aku jadi malas semula. Aku ingat nak whatsapp semula Ms R and cakap aku tak dapat datang interview. Tapi later on that day, petang tu, Aini akhirnya dengan baik hati cakap dia akan tukar hari iv dia so aku ngan dia boleh pegi sekali. That's why aku berjaya jugak datang pada hari interview tu. 

So, aku interview hari isnin (17/06/2019) and hari jumaat (21/06/2019) dapat call daripada Ms R yang permohonan aku berjaya. Jadi untuk offer letter, dia suruh aku confirmkan dulu sama ada aku nak terima atau tidak KEBERJAYAAN aku ni. Tapi aku tak confirmkan lagi sebab aku actually waktu tu, tengah tunggu result iv aku dengan JKS Engineering Sdn Bhd. tapi memang pantas kan dyorang buat keputusan, aku actually terkejut sikit la.. sikit je tak banyak, sebab masa interview tu gaya abang tu macam nak reject aku je, aku pun xde wow points pun kat diri aku, banding dengan kawan aku yang Aini ni, Aini dia aktif tau kat degree, tapi Aini tak dapat pulak panggilan berjaya, and aku dapat. Masalahnya, aku nak aini dapat sekali cui. Bukan aku dapat sorang - sorang. @(-__-)@ GG

Feedback ke - sembilan iaitu JKS Engineering Sdn Bhd. Actually JKS inform tentang panggilan interview ni on the day and waktu aku interview dekat Purnabina. Tapi masa tu aq silentkan phone, supaya aku boleh fokus time interview dengan pihak Purnabina. Jadinya, aku tak perasan langsung la ade call masuk, in fact quite few times jugak JKS call aku tapi tak berangkat la, aku kan tengah gigih jawab soalan yang Purnabina bagi, haha cui. Selesai je interview dengan Purnabina, aku main phone la kat lobby, then baru perasan ada few miss call and whatsapp masuk daripada JKS Engineering,


Time tu jugak, aku check google maps jarak antara JKS dengan rumah aku, and yeayyyy cuma 45 mins je, bearable la. Sebab biasa aku pun memang hari - hari gerak dari rumah untuk pergi ke UiTM, jarak dy kadang aku amik masa 30 to 40 min jugak untuk sampai, jadi 45 mins to 50 mins, bagi aku okay je lagi. Cuma yang malasnya, perjalanan ke JKS ni lalu laluan yang jem, tu je annoying, aku malas nak bertarung nyawa dengan jem tu,. area klang and shah alam kan sekarang ni tengah gigih buat jalan semua, bertambah la jem Klang tu.


Time ni aq excited giler weyh, aku memang nak yang dekat dengan rumah kot. Tiber dapat panggilan iv lak. Harapan aku besar dah kat company ni. So, anyway, aku berjaya jugak sampai ke JKS Engineering tepat pkul 9.40 am pada hari khamis tu. Patutnya aku boleh sampai awal lagi, tapi ade la sesat - sesat sikit, gigih tengok maps cari mana JKS ni. Dengan pakai baju kurung, kasut formal semua naik skuter pergi ke sana. hahaha dah la banyak giler lori - lori besar, trailer bagai (betul ke aku eja trailer.. trelar ke entah la, faham2 jelah)..

Banyak jugak kan feedback yang aku terima, and yes belum habis lagi sis, ade lagi satu feedback iaitu feedback yang ke sepuluh daripada Envisafe Training & Consultant Sdn Bhd. Aku apply syarikat ni sebab Aishah dapat placement kat sini, cumanya dia dah tolak la. Aku then, try la nasib jugak. Cuma aku dapat feedback agak lambat, dua minggu sebelum start date untuk internship, sebab tu aku sampai ke Kluang interview untuk internship sebab at the time, aku ingat aku tak dapat placement selain Lembaga KOKO. Pening jugak memula dapat reply daripada pihak Envisafe sebab aku tak sure apa yang dimaksudkan, adakah aku berjaya dengan application aku, atau dia just let me know yang aku punya application dah received and sedang di review.


Tapi Alhamdulillah, lepas aku hubungi pihak Envisafe sendiri, memang betul lah yang aku diterima untuk intern kat sini, walaupun takdelah dekat sangat dengan rumah aku, tapi disebabkan aku dah biasa berulang alik daripada rumah ke UiTM, jadi aku tak rasa masalah sangatlah dengan jarak dia yang lebih kurang 35 minit daripada rumah aku. Aku waktu dapat je email macam yang tertera kat gambar atas ni, actually dalam hati aku, dah tolak dah semua yang setakat ni aku terima. Cumanya, yelah aku dah gigih sampai ke Kluang untuk interview intern and elaun kat sana pun agak lumayan. Jadi, dilemma melanda. anyway, kat part CONCLUSION nanti, aku rumuskan pilihan aku, and pro and cons for every choice yang aku dapat. 

Dan feedback terakhir, iaitu PS Poly Pack Sdn Bhd. company ni antara company yang aku gigih call. Sebab serious dekat dengan rumah aku, tak sampai 5 minit sampai. Tapi selalu bila call mesti tak dapat sambung. Aku hantar email dua kali kat company ni, first hantar dekat email yang ada kat website Poly pack, then kali kedua hantar after dapat reach out HR Poly Pack, so dapat jugak la make sure yang HR baca email aku. So, aku terus dapat keputusan kepada permohonan aku pada hari aku hantar email yang kedua tu. Sebab orang yang jawab call aku suruh aku call semula tengahari tu. Tapi aku tak call tengahhari, aku call petang dalam pukul 4.53pm, sebab aku tertidur dah tengahari tu masa edit benda ni lah, edit posting kali ni. So, dapatan aku hasil aku hubungi PS Poly pack, dyorang cuma amik intern lelaki je untuk program aku, mean budak chemical engineering tapi lelaki la. perempuan tak amik.

Okay la, at least aku dapat jugak jawapan dan tak digantung tanpa tali oleh PS Poly Pack. kenapa aku macam boleh agak sebab aku tengok video budak yang pernah intern kat sini. Jom tengok video ni,..


Tergelak la jugak aku tengok video ni, penceritaan yang dia buat memang agak honest la. saya kasi 5 bintang.


INTERVIEWS FOR INTERNSHIP TRAINEE POSITION

Okay, bahagian ni aku nak share antara benda yang aku ingat and related untuk interviews yang aku dapat untuk dapatkan position internship trainee kat company - company yang panggil aku interview. Sebab dah beberapa hari berlalu, jadi aku tak dapat nak share semua dapatan aku, but insyaAllah dapat kasi sedikit gambaran untuk korang yang akan jalani interview kat mana - mana lah.. hehe

1) PURNABINA SDN BHD

  • Hari     : Isnin (17/06/2019)
  • Waktu : 2.00 pm - 5.30pm

Macam yang korang boleh baca kat ruangan waktu tu, yups, interview dengan TG memang lame more than 3 hours. Tsk tsk tsk, Okay la aku cerita flow aku sepanjang that 3 hours,.. 

Aku sampai dengan Aini kat depan gate Purnabina tu dalam pkul 2.00pm, (sebenarnya dari pkul 1.30 dah sampai dah, cuma kitorg lepak dalam kereta dlu, sebab dalam email invitation letter tu, suruh lapor diri pukul 2.15pm sbb tu tak nak masuk awal sangat) then lapor diri. Aini punya interview sepatutnya pukul 3.00pm tapi mak dia suruh dia masuk sekali dengan aku. hahaha padan muka aini... Kat gate tu, aku bagi tau pak cik tu yang aku nak jumpa Ms R untuk interview internship (mention dalam email, suruh bagitau benda ni). Kat situ, kena bagi ic untuk pihak Purnabina record kedatangan kitorang and aku dapat pas Pelawat. Siap selfie lagi depan komputer untuk record dyorang. cui, aku pulak entah bila pakcik tu snap gambar tak bagitau, time aini dy bagitau bila nak selfienye. cui.. Then, pak cik guard tu tunjuk arah untuk pergi ke lobby office Purnabina. Aku and aini follow je la.

At that time, Aini cuak tau sebenarnye. Sebab aini dy lupa bawak kasut formal dy balik. Kat rumah pun kasut formal dia hilang tak tahu kat mana. Masalahnya, terpampang dekat merata area TG tu pasal kena pakai kasut bertutup. Aini pulak pakai sandal yang tak bertutup. Gelabah ayam la dia. Tapi, pastu aku terbaca kat situ, kat makluman - makluman yang tampal tu, dy kata pakai kasut bertutup kat production line yang wajib, dy takde mention pun masuk office kena pakai kasut bertutup. So, aku suruh dia rilek je, and just cover - cover sikit la kaki dia dengan labuhkan lagi kain baju kurung dia tu. Tapi yelah, jarang - jarang lah orang datang interview tak pakai kasut formal. haha Aini ni macam2 hal la.. 

Bende yang wajib bawak time interview kat TG ni adalah, 


Tak lama lepas kitorang duduk sekejap kat sofa yang ade kat lobby Purnabina tu, Ms R turun bawah dengan bawak sets of Test yang memang dyorang dah mention kat email untuk aku jawab. Tapi dy terkejut sbb Aini ade sekali, and dy cuma bawak satu set je, so dy pas kat aku dlu baru dy pegi amik lagi satu set untuk Aini. 


So, basically kitorang ada 45 mins untuk selesaikan jawab semua test yang ada, aku lupa actually test yang ade, tapi dalam 4 - 5 set soalan la. Antaranya IQ Test, Common Test, Math Test, yang lagi dua or satu tu aku tak ingat nama dy apa tapi maybe Personality Test and Behavior Test (xsure). Ade set 20 soalan, ade set 10 soalan, ade set 5 soalan. Basically memang banyak lah soalannya. And mostly, aku kena bagi reason kepada setiap jawapan aku. Aku tak ingat semua soalan yang ade, so aku just mention few yang aku ingat lah ye, 

//IQ Test // 

Kat part ni, kalau - kalau korang pernah jawab soalan untuk masuk sekolah PERMATA PINTAR, memang lebih kurang jelah soalannya. personally bagi aku, takdelah susah soalan IQ Test ni, cumanya yelah soalan IQ Test kan, kadang baca soalan macam soalan merepek je. Tak susah kat sini maksud aku, boleh jawab cuma tak taulah betul ke tak. Sebab apa tau, sebab dy objective, wakakakaaka so agak - agak tak tau tu tibai jelah. 

  • Ade satu soalan ni dy tanye huruf apa yang sesuai untuk letak kat tempat kosong tu. Dy ade la bagi list huruf dalam kotak 4X4 tak silap aku. Yang ni takde pilihan jawapan, so ade 26 kemungkinan yang aku boleh masukkan. cui.. memang tak taulah sis. Soalan ni aku tibai taruk L untuk Lina. hahak
lebih kurang macam ni, tapi dia huruf, bukan nombor. and takde pilihan jawapan. So, aku tibai jelah
  • Satu lagi ni dy tunjuk gambar keratan rentas cube yang dah dibukak, kat setiap surface cube tu ade corak yang berbeza. Then, dalam pilihan jawapan, dy suruh pilih mana cube yang betul based on keratan rentas yang diberi tu. Ni pun, aku tibai je, sebab corak yang dia bagi tu buat mata aku pening bila lama - lama tengok. 

  • Lagi, soalan yang ade banyak bentuk, and cuba teka bentuk yang sepatutnya kat tanda soal tu bentuk apa, weyh yang aku share ni bentuk soalan dy, soalan sebenar dy memang tak ingat la nak.. 

  • Soalan number series, kena teka agak - agak no seterusnya no apa ek
  • Soalan teka berapa banyak certain bentuk tu ada dalam gambar yang diberi, 
ha, itu jelah yang aku ingat untuk part IQ Test. Basically, sama je macam IQ test yang ade kat pasaran. haha Apa pun, soalan yang aku share kat sini bukan soalan sebenar, tapi bentuk soalan dia lebih kurang, so apa pun, boleh la rajin - rajin praktis jawab soalan IQ test yang ada. Atau korang boleh tengok Korean Show Problematic Men, uish kat situ memang dyorang discuss soalan - soalan IQ test, so sambil tengok oppa handsome boleh asah sekali minda jadi minda kelas pertama.. 

// Math Test //

untuk math test, memang tak dibenarkan pakai calculator. So, jadikanlah kepala korang calculator bergerak sebelum korang berani - berani nak melangkah kaki untuk amik test ni. Soalan dia, personally bagi aku bukannya susah, cuma dia agak mengelirukan. And worst tak boleh pakai calculator sedangkan nilai - nilai yang dia bagi ade jawapan perpuluhan. Jadi, aku pishang gak nak kira. Tapi, sebagai seorang yang mengaku bijak, aku kira and just pilih jawapan yang terdekat dengan jawapan aku tu. Contoh if no dy 413 aku jadikan 410. so senang lah untuk aku kira.

Satu lagi langkah bijak, bila aku rasa aku tak mampu kira, memandangkan ade 25% untuk aku dapat jawab jawapan yang betul, so daripada aku waste time, aku tibai jelah. Kalau aku rasa nak A, aku jawab lah A, kalau nak B, aku jawab je B. v(>_<)v

Aku share soalan yang aku igt, tapi ape yang berbaki dalam fikiran aku, and kemungkinan nilai dy lain daripada soalan asal, tapi well intipatinya sama je, so antara soalannya:- (Math Test semua objective tau, so ada pilihan jawapan)

  • If harga barang tu dijual 30% lebih rendah, macam mana nak markup harga jadi 100%. 
  • If tahun sebelum ni TG dapat keuntungan 40% daripada harga cost, kalau tahun ni harga jualan tu turun 15%, berapa percentage keuntungan yang TG dapat untuk tahun ni. 

Tu jelah yang aku ingat, yang lain aku tak ingat dah. Tapi mostly banyak critical thinking la, kena fikir pasal harga jual, harga untung, harga cost. macam amik finance pulak tertiber. haha 

// Test - Test Yang Lain //

Disebabkan terlalu banyak set soalan, aku dah lupa dah soalan - soalan yang seterusnya ni jatuh under what test, tapi layan jelah, semua soalan asalnye dalam bahasa english tau, cuma aku bagitau melalui interpretasi aku sendiri kat sini.. 

  • Ceritanya macam ni, contoh company kau terbitkan satu article ni tapi tajuk title dy salah print pulak, and kesalahan tu memang ketara sangatlah. apa tindakan kau pasal hal ni. Soalan ni, aku jawab, aku pilih untuk tanya orang yang incharge kenapa boleh jadi bende ni. and reasons kenapa aku pilih jawapan ni adalah sebab, at least kalau SV aku tanya nanti, aku adelah jawapan nak jawab kat superior aku. macam gampang kan jawapan aku. cui

  • Apa cabaran yang kau hadapi selama kau bekerja/ yang pernah kau hadapi. Apa benda yang paling buat kau stress masa kau kerja. 

  • Kalau contoh, kau propose satu project ni, Tapi proposal kau ditolak. Apa tindakan kau untuk kasi management terima proposal kau ni.

  • kau before this kerja as Engineer A (xsure engineer apa), tapi segala kerja atau jobscope yang kau buat sepanjang kau kerja as Engineer A, adalah tugasan Engineer B (maksud cth kau kerja engineer tapi kau buat kerja admin, analoginya lah) . Sekarang kau nak pergi apply kerja tempat lain, and kau nak apply utk job Engineer B, (so kira mcm skrg kau nak kerja admin pulak la) apa yang kau akan buat untuk kasi future employer kau yakin dengan credibility kau untuk buat job Engineer B. Antara tiga pilihan yang dia bagi, antaranya proceed je dengan title Engineer A kau, and pilihan yang aku pilih buat satu job title baru yang menerangkan pasal job task aku masa jadi Engineer A tu. then bagi reason kenapa, tak silap aku lah, aku tulis supaya future employer aku tahu yang aku memang mampu untuk buat job tu.  
dan banyak lagi soalan - soalan yang aku perah kepala jugak nak jawab sebab aku pun tak tau nak jawab apa.

// Interview - En Clement Ng (Assistant Manager) //

Masa aku tengah 'sedap2' jawab soalan exam yang menguji keimanan aku tu, Ms R panggil aku and bagitau aku dah dipanggil untuk jumpa interviewer aku. Masuk - masuk je aku senyum la kat En Clement tu, benda pertama aku perasan kat En Clement ni adalah, dia memang handsome, hahahaha cui, jauh menyimpang dari purpose aku datang interview kan. haha anyway, then dia kasi aku duduk, aku pun duduk la.

Encik Clement ni dia cakap bahasa english, aku dalam hati, adui nak tak nak memang kena speaking la ni, english aku memang muet dapat band 5 tapi aku power bab listening je beb, bab speaking hancus sis. Jadi, memang habuk - habuk semua keluar lah time aku speaking tu. Tapi personally bagi aku, interview dengan En Clement ni memang santai. Dia suruh aku cerita pasal diri aku. Aku tak banyak sangat cerita, sebab aku nak cerita apa pasal diri aku ni? macam takde apa yang menarik untuk dibuat cerita jer.. Then dy la yang sambung tanya untuk tahu lebih lanjut pasal diri aku, tanya pasal family, sekolah, tempat tinggal and etc..

Then, masa aku beriya cerita pasal diri aku tu, aku mention baru - baru ni aku belajar pakai software Aspen Hysys. Then, pap terus dia tanya aku pasal project yang aku buat guna software tu. Aku pun semangat la cerita. Then, dia tanya pasal proses separation yang aku pakai kat distillation column aku. Satu - satu beb dia tanya, dari product keluar kat Distillation pertama sampailah Distillation kedua. Untuk korang lebih jelas pasal project aku tu, klik link kat bawah.

CPE603 - Assignment : ASPEN HYSYS Simulation (DME Production Plant) (2019)


and untuk pengetahuan korang semua, untuk DC-1 top product aku adalah DME and bottom product adalah methanol and water. En Clement tanya aku, macam mana aku pisahkan methanol dengan water kat DC-2. Aku pulak dah dapat kesan something is wrong bila dia tanya macam tu. Takkan la dia tanya kosong, mesti ada something wrong dengan process separation methanol and water. Aku bagitau la, yang aku just letak je equipment DC-2 kat dalam HYSYS and HYSYS yang pisahkan sendiri. hahaha jawapan macam gampang je kan. Waktu ni aku masih tak dapat rungkai lagi, ape isu sebenarnye. Aku explain la yang aku just follow bulat - bulat reference yang aku rujuk and text book. Aku tak sure pulak apa isu methanol and water.

Then baru dia bagitau yang nak separate methanol and water sangat susah. and dy curious macam mana aku boleh dapatkan high purity of DME and methanol utk dua - dua DC aku tu. Dia tanya aku kenapa susah nak separate? cui, manelah aku tau cui. Aku cakap aku tak sure la, maybe sebab boiling point methanol and water dekat - dekat la kot. Then, dapat lagi soalan. Berapa boiling point water and methanol. Aku pun jawab, kalau water memang 100 degree celcius tapi methanol aku tak ingat. pastu aku gelak2 awkward. 

Then after dia tanya2 lagi pasal isu separation ni and curiousity pasal percentage purity methanol yang aku dapat. Aku pun try nasib lagi, aku cakap mungkin sebab dyorang ni azeotropic kot, that's why susah nak separate. haha tibai jelah. Aku pun mane tau. Hasil perbincangan dengan En Clement ni, aku jadi terfikir, kenapalah interview ni tak buat awal sikit, kalau buat awal mesti aku sempat buat tambahan dalam report aku pasal isu separation azeotropic mixture. Serious aku tak perasan yang dyorang dua ni actually azeotropic mixture. Terdiam jugaklah aku time jawab soalan En Clement pasal project aku tuh. hahaha

Then, dia tanya aku ada apa - apa ke yang aku nak tanya dia. Aku pun teruslah kemukakan soalan yang paling penting iaitu Hostel dengan Purnabina jauh ke dekat. Dia cakap dekat, tapi tak boleh jalan kaki. Paling - paling kena naik basikal. Aku speechless je, That's why masa tu aku tanya banyak kali kat dia. Aku confirmkan lagi betul ke tak boleh jalan kaki. Dia pun gelak and kata memang tak boleh jalan kaki, kena naik basikal. Then aku tanya jugak, bila aku boleh start, pastu dia main - main pulak cakap sekarang kalau nak start pun boleh. cui je. Dia pastu tanya bila aku start intern, aku bagitau lah 8th July, then dy kate in a week dyorang akan bagi respond sama ada aku berjaya atau tak sebab kira urgent jugak. 

Pastu lepas aku tak tau nak cakap ape lagi ngan En Clement, dia pun tak tau nak cakap apa dengan aku, Kitorg pun berpisah. Aku akhiri dengan thank you la. Disebabkan waktu Ms R panggil aku untuk jumpa En Clement tu, aku tak habis jawab lagi exam yang dyorang suruh aku buat. Aku tanyalah nak kena habiskan ke jawab semua paper ni. Then yes la obviously, then terus gerak ke bilik bersebelahan lobby untuk sambung jawab exam.

// Interview - En Taufiq (Assistant QA) //

Kalau interview session dengan En Clement tadi santai, interview session dengan En Taufiq ni agak berat. kalau nak kasi analogy, En Clement ni kepedasan level 2 yang En Taufiq ni kepedasan level 7 ke 8 gitulah. sebabnya En Clement tak banyak tanya soalan yang perlukan critical thinking, lain pulak dengan En Taufiq, berderet - deret weyh soalan yang mencabar minda aku yang tak berapa kelas pertama ni. At first, soalan wajib tanya soalan untuk tell me about yourself tu la, dengan En Taufiq ni aku cakap bahasa melayu. #Alhamdulillah 

Aku pun pumpang pumpang pasal diri aku. Best je jawab soalan En Taufiq ni, tapi bila tang aku tak dapat jawab tapi dia nak jugak dengar jawapan aku, memang mcm ade gagak terbang la kat atmosphere bilik tu. Aku tak ingat semua soalan yang dia tanya, tapi antaranya lah:-

  • Apa yang aku define as success? 
Masa tu, aku jawab kalau aku happy dengan apa yang aku capai, aku consider tu success. Tapi dia tak terima jawapan aku, sebab dia kata aku cakap general sangat. Then dy bagi lagi another analogi. 

  • Ada dua botol air, satu harga contoh rm2. satu lagi RM 5. Apa yang aku nak comment tentang mana satu product yang lebih success and pasal quality product tu.
Aku jawab la, kalau lagi banyak orang beli, jadi lebih success la product tu. Kalau tak ramai yang beli, means tak berapa success la product tu. Kalau pasal quality, aku cakap yang biasanya orang expect yang lebih mahal tu lebih berkualiti, tapi sebenarnye tak semestinya lagi mahal lagi berkualiti.  Jadi, En Taufiq then cakap yang maksudnye pada pendapat aku, success product tu depends on consumer acceptance la? aku pun jawab, boleh lah kalau nak cakap macam tu, cui.. @_@ Tapi pastu, dia cakap jawapan aku 20% je betul. Kalau bagi dia, dia kata success tu bila kita capai goal yang kita set. Dalam hati aku ape tau, lah bukan sama ke apa yang aku cakap awal tadi. Cuma ayat je beza. Tapi En Taufiq cakap, jawapan dia 40% tepat, lagi 60% dia nak tunggu aku jawab bila aku dah intern kat situ nanti. Adudududui

  • Kalau aku propose satu project ni, tapi management reject. Ape yang aku nak kena buat supaya management terima project aku tu. 
Aku dalam hati, aduh dah kena reject, tak okay la tu maknanya. Then, aku tanya dia, memang nak kena buat sampai management terima ke proposal ni? pastu dia kata, ya. Aku pun tak tahu nak buat ape. Aku tibailah aku cakap, mungkin aku boleh try lagi cari loopholes yang ade kat project aku and cari improvement yang boleh aku buat untuk kurangkan kos. Tapi muka En Taufiq ni aku tak boleh rungkai samada jawapan aku tepat ke tidak. 

  • Lagi satu soalan yang susah, sekarang ni QA nak kena kejar quality, production nak kejar output. Macam mana nak selesaikan masalah kalau Quality tak lepas lagi tapi production push jugak untuk QA lepaskan product tu.
Aku dah pening, terang - terang sebelum kita kejar output kita kena utamakan quality dulu, So, aku cakap la yang nak tak nak kena pastikan quality lepas dulu, Sebab kalau kejar production pun tapi quality tak lepas, kalau customer complaint, barang tu akan sampai balik kat kita. Dah jadi satu hal lagi. Tapi En Taufiq cakap masalah tak selesai jugak. Dia nak aku selesaikan masalah tu, Aku dah blurr.. jawapan ape agaknya yang dia nak sebenarnya. So, aku cakap la, pening jugak ni, tapi nak tak nak quality la lagi utama. Pastu aku tanya dia, glove tu kalau dah keluar boleh ke cairkan balik, dy kata tak boleh, Tu lah masalah glove, jadi kalau dah salah buat, takleh patah balik. Dalam kepala aku, dah betul la tu jawapan aku, biar je lah production nak cakap ape, yang penting kita kejar quality dlu, cui. tapi En Taufiq masih tunggu jawapan aku yang lebih tepat. Aku takde skema jawapan. Jadi aku diam jelah. hahahaha


  • Apa berbezanya aku berbanding orang lain, apa yang wow nya aku ni untuk pihak Top Glove amik aku as intern dyorang. Basically, tanya selling points aku la. 
Time ni aku jawab aku biasa - biasa je, semua orang lebih hebat and lebih pandai dari aku. Then, En Taufiq cakap, janganlah mengalah dulu. haha actually bukan isu mengalah tau, tapi dah memang reality, aku takde selling points yang membezakan aku berbanding orang lain. and aku tak nak menjanjikan something yang aku sendiri tak pasti aku boleh bagi. Apa yang aku boleh buat adalah buat apa yang terbaik mampu aku buat bila aku intern nanti. Aku memang takde yang 'wow'nye berbanding orang lain. Aku just biasa je. Kalau aku nak cakap aku pernah intern bahagian QA masa diploma, orang lain pun pernah jugak. So, takde beza kan. haha Aku tau, orang lain akan pumpang2 time dia interview supaya dia boleh dapatkan jawatan tu, tapi aku tak weyh, aku tak nak janji atau cakap yang benda yang tak betul atau janji kosong. Kalau aku dapat jawatan tu dengan berlaku jujur, means memang rezeki aku la, kalau tak, then bukan rezeki aku. As simple as that.

  • At the end of interview tu, En Taufiq tanya aku, nak tanya dia apa - apa  ke tidak. 
Aku pun cakap, aku takde bende nak tanya dari segi penempatan, elaun semua. Aku then tanya soalan yang apa nak buat kalau QA and production ade isu pasal output tu kat dia. hahaha aku fikir supaya aku ada jawapan la kalau nanti time dapat intern kat situ, aku dah dapat dulu skema jawapan daripada dia. tapi nampaknye, En Taufiq ni bijak, dia tak bagi aku jawapannya. Dia kata dia tunggu aku intern kat situ, and bagi aku jawapan tu. cui je, tadi tanya, aku nak tanya apa. aku dah tanya, dia tak nak jawab pulak,..

Okay, aku rasa tu jelah antara yang aku ingat, actually banyak lagi, since for your information, interview dengan En Taufiq consume masa more than an hour. So, memang banyak, cuma aku share apa yang aku mampu ingat waktu aku tengah taip benda ni semua. Maka bila berakhirnya interview aku dengan En Taufiq, maka selesailah sesi interview aku dengan Purnabina. Aini lagi lawak, muka dia macam dah penat sangat kat lobby tu, then bila aku bagitau dia yang En Taufiq tu panggil dia masuk untuk sesi interview yang kedua, terkejut bukan kepalang la kalau nak dikasi penyedap cerita.

Muka Aini waktu tu serius lawak, terkejut sangat dia. Tapi aku tau, banding aku, Aini lagi power tang Interview kat Purnabina ni, aku tak dapat GOOD pun, aini dapat GOOD compliment waktu tu. Selesai je Aini interview, masuk kereta family Aini. Mak aini cakap ape tau, mak dia cakap, kitorang interview lama sangat.. dah macam interview untuk jawatan manager, padahal intern je.. aku dah gelak - gelak dah dengar mak aini cakap gitu. Kesian jugak kat dyorang, sanggup hantar jauh - jauh dari Melaka, semata - mata untuk lepaskan kitorang interview dekat Kluang. Actually at the time, dyorang ingat nak raya rumah saudara sekali after kitorang selesai interview, tapi sebab dah nak pukul 6pm baru settle, cancel la rancangan raya tu and terus balik ke rumah dyorang.


2) JKS ENGINEERING SDN BHD

  • Hari     : Khamis (20/06/2019)
  • Waktu : 10.00 am - 11.00 am
Kalau korang baca betul - betul and takde skip - skip, korang akan perasan yang aku ada mention kat atas pasal aku dapat call interview dengan JKS on the day aku interview dengan syarikat Purnabina. So, JKS tanya bila aku boleh datang untuk interview, and aku bagitau hari khamis sebab rabu and jumaat aku ada exam. Aku gementar jugaklah sebenarnya, gementar bukan sebab nak interview, tapi sebab perjalanan nak pergi ke JKS ni aku dulu selalu jugak lalu masa nak hantar kakak aku intern, dalam 2 bulan. and aku boleh cakap la, jalan dia serius teruk. Tak menipu kalau nak cakap, cukup bulan tayar rosak la lau lalu situ hari - hari. Motor aku pun bukannya sihat sangat sekarang ni, dia ada bunyi something yang mencurigakan, tapi setiap kali aku hantar servis, orangnya kata okay. and bila aku tukar bengkel pun, orang bengkel kedua takde cakap pape. Eh dah menyimpang cerita lain.. okay jom masuk semula ke JKS.

So, pagi tu pukul 8 aku dah siap - siap, pakai baju kurung yang sama masa aku pegi interview kat Purnabina sebab tak tau kenapa aku rasa macam confident sikit bila pakai baju tu. Mula - mula aku rancang nak pergi naik motor adik aku, tapi dah dalam 2 -3 minit perjalanan, aku patah balik sebab aku tak selesa dengan motor dia. Aku tukar balik, bawak motor mak aku. Aku pakai earphone and on kan maps ke JKS. sebab aku tak sure exact location JKS tu. Aku mulakan perjalanan dalam pukul 8.40 am something la. Then, sampai kat situ pukul 9.40am. Sebab ada la sesat - sesat sikit and aku bawak slow je, tak berani laju - laju. kat situ ada banyak trelar and lori besar - besar. Jalan pun kemain lagi lubang sana lubang sini macam parut jerawat kat muka aku nih.

Sampai je kat situ, aku dapat pas pelawat daripada Pak Guard and di escort masuk ke lobby. JKS kat Klang tak besar sangat sebab dia more kepada Head Office and R&D Department. Then, lepas aku pas semua particulars aku kat sorang akak ni, aku diminta untuk tunggu sampai pukul 10 am sebab orang yang interview aku akan panggil aku waktu tu.

Sampai je pukul 10, Ms V panggil aku untuk mulakan sesi temuduga aku. Aku pun follow je dia masuk ke meeting room.  After that, mcm biasa la, sesi perkenalan diri sama je macam sesi - sesi interview kat tempat lain. Then, kalau nak dipendekkan cerita, Ms V tanya mostly based on apa sijil - sijil yang aku bawak ke sesi interview. SEMUA sijil dia tengok and aku cerita semua apa yang aku buat based on sijil - sijil yang aku dapat waktu aku kat degree and diploma.

Tapi agak spoilnya bila aku ni jenis yang cepat lupa, jadi banyak benda aku lupa apa yang aku buat tu, so bila disoal dengan lebih lanjut, aku tak dapat jawab sebab aku lupa apa yang aku buat. Contoh masa diploma dulu aku buat Plant Design untuk Styrene Production. Aku boleh lupa raw material yang aku pakai untuk project aku ni. Cui je..

Interview kat sini lebih santai berbanding interview dekat Purnabina, Ms V bagi aku sangat ramah. And if aku diterima untuk intern kat JKS, means aku akan berada di bawah supervision Ms V iaitu berada di bawah department Research and Development (R&D). Melihatkan persekitaran tempat kerja di JKS banting ni, memang buat aku rasa nak kerja kat JKS ni. Tapi itulah, ramai calon yang interview jadi possibility sama ada aku dapat atau tidak placement masih boleh diragui.

One new thing yang aku terima dalam sesi interview aku adalah, teknik untuk cleankan equipment or part of equipment yang berminyak menggunakan minyak. Means, JKS ade technology untuk bersihkan minyak menggunakan minyak. Amazingkan. First time aku dengar, serious! Kalau kita cuba fikir, macam mana minyak boleh jadi agent pembersih an, bukan lagi berminyak ke nanti benda yang kita nak bersihkan tu, tapi serious tak. But anyway, aku tak dapat belajar technology ni pun. Sebabnya, result interview ni aku sampai ke sudah takde terima berita apa - apa. Tapi aku anggap bukan rezeki la. Lagipun, aku dapat tempat intern yang terbaik untuk aku dah.


KESIMPULANNYA

Sebelum aku bagi kesimpulan untuk tempat yang aku pilih untuk buat internship aku, korang kena tahu faktor - faktor yang menjadi kepentingan sepanjang tempoh internship aku. Supaya korang FAHAM kenapa aku nak intern kat tempat yang aku pilih.


Sebelum korang baca hypothesis aku yang merepek kat bawah ni, korang kena faham pada waktu dan ketika ini, aku memang elaun belajar dah habis langsung, jadi sekarang ni survive pakai loan dengan family and kawan. Totally zero.

Eh, aku bukan macam korang yang cakap takde duit, tapi dalam poket ada RM100 agi, aku lau cakap takde duit, dalam poket maybe ada tinggal RM10 je. Cukup - cukup lepas duit minyak. cui.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  • JARAK DENGAN RUMAH
Hypothesis
 >> Semakin dekat lokasi intern dengan rumah, semakin kurang kos perbelanjaan untuk bergerak ke lokasi intern.<<

  • TRANSPORT

Hypothesis
 >> Apabila aku mempunyai kenderaan untuk ke lokasi intern, semakin jimat masa untuk bergerak pergi dan balik <<


  • TEMPAT TINGGAL
Hypothesis
 >> Jika hostel disediakan, kurang kebergantungan terhadap orang lain a.k.a tidak menumpang rumah member <<

  • MAKAN // DUIT MAKAN
Hypothesis
 >> Semakin puas aku makan, semakin bertenaga untuk aku kembali ke alam pekerjaan pada keesokkan harinya <<

>> Tanpa duit makan, pasti tidak akan puas makan kerana tiada duit untuk makan <<

  • ELAUN

Hypothesis
 >> Semakin banyak elaun yang aku terima, semakin kurang duit yang aku keluarkan dari poket sendiri sepanjang intern, semakin puas berbelanja apabila mendapat elaun <<

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun aku dah ada faktor yang membuatkan aku sepatutnya lebih senang untuk buat keputusan, aku masih pening untuk buat pilihan. If, korang mana satu antara yang kat bawah menjadi pilihan korang?


Jadi sebagai penamat cerita, aku akhirnya memilih untuk melaksanakan tuntutan Internship aku di Envisafe Training & Consultant Sdn Bhd disebabkan jarak syarikat yang boleh dikatakan dekat dengan rumah aku, ada kenderaan untuk sampai ke sana dan tidak perlu untuk aku terlalu memikirkan soal duit untuk mulakan hidup sebagai seorang pelajar intern yang sudah sengkek. 

Kelebihan syarikat ni yang memberi PLUS POINTS after dah sebulan aku intern kat sini adalah, 


p/s: Segala ape yang tertulis, hanyalah opinion and penceritaan aq.. please jangan terasa in case of rudeness in any of my writings, yelah.. aku hanya manusia biase yang banyak kesilapan dan masih mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.. :)

Comments

  1. Thank you for this detailed information! This is some of the highest quality content I’ve ever come across....
    Employment Checks and Screening
    Pre Employment Screening

    ReplyDelete
  2. Hello, may I know the contact number of the person you contact for the interview of Purnabina, Kluang?

    ReplyDelete
  3. Hello! May I know the contact number or the email address of Envisafe Training and Consultancy? I've been trying to call them but it is not reachable.

    ReplyDelete
  4. Hello, I'm also a chemical engineering student from India. It was fun reading your story about getting internships. In India also, getting selected as an intern is veeeerrrryyyy tough. I was wondering whether the BMI is needed for getting an internship(I never knew this).
    Cool!

    ReplyDelete
  5. thank you so much, great writing. Btw saya belaja di uitm juga tapi bidang kimia analysis. Penulisan awak sangat teratur dan banyak ilmu saya dapat alhamdullilah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN