Food Review 8 : Aidil Sanji Char Kuew Teow :)

Assalamualaikum~

Open Daily 5.00pm - 11.00pm
Post kali ni, nak cerita pasal gerai kuew teow yang marbeles.. hahak dengan harga serendah Rm4.00 tau dah boleh dapat CHAR kuew teow yang sangat sedap.. 

Mula - mula tu aku takdelah berharapan sangat, sebab yelah kuew teow kan.. tak semua orang pandai buat char kuew teow.. kadang tu, bila order CHAR kuew teow, tak dapat CHAR nye pown.. dpt kuew teow biasa.. pastu dengan harga yang macam tu, selama ni aku p makan kat tempat lain, isi dia alahai ciput je.. macam tak berbaloi.. 

Tapi Aidil Sanji ni berbeza la nampaknya dari tipikal gerai Char Kuew Teow lain, sebab bukan aja harga yang dia offer murah, tapi dia tambah lagi dengan rasa yang sedap dan isi yang lumayan.. jadi kita nak p makan tu rasa berbaloi and sentiasa terpahat di hati untuk pergi berulang kali~ hahak

Location:
Belakang Sekolah Kebangsaan Sementa, Jalan Kapar, Kampung Sementa, Kampung Sementa, 42000 Klang, Selangor
~agak2 tak jumpa tu, pm jelah dyorang ye~

Mak aku ajak dah p sekali makan kat gerai.. tapi aku malas nak keluar rumah, so aku order bungkus je ah dengan mak aku.. bila mak aku balik je, aku yang waktu tu duduk kat ruang tamu, dah bau dah kuew teow tu.. hahak bau dah cukup menyelerakan.. bila aku makan je.. amboi.. aku yang waktu tu dah kenyang sebab makan banyak sangat siangnye.. boleh laju je habiskan kuew teownye.. hahak so, aku kasi thumbs up for the kuew teow.. 

berapi - api.. hahak kalah chef kat hotel

Antara MENU yang gerai ni offer :



Char Kuew Teow Kosong
RM4.00

Char Kuew Teow Udang 
RM5.00

Char Kuew Teow Kerang 
RM5.00

Char Kuew Teow Special 
RM6.00

Selain tu, ada jugak 
Lontong, Nasi Lemak, Ayam Goreng Berempah, Mee Rebus

hapeeh? ingat kosmetik je ke ade testimoni? #SayaSudahAndaBilaLagi
Selain tu, boleh buat tempahan jugak, apa yang korang kena buat hanyalah menghubungi no yang tertera di bawah :-

017 - 6181889 (En Aidil)
017 - 2386270 (Pn Fiza)
016 - 5436093 (En Jasni)


Bukan main gembira lagi tukang masak Aidil Sanji bila ramai customer datang nak makan air tangan dia.. senyumnye hingga ke telinga~ hahak

Satu keluarga datang singgah gerai semata - mata nak menikmati keenakkan CHAR KUEW TEOW AIDIL SANJI~

Char Kuew Teow Udang .. memang CHAR habislah~ 

Yang ini, tuan badan yang makan tu, dah telan dengan kulit-kulit udang sekali~ yang tinggal sisa hanyalah kepala udang.. masih menjadi misteri kenapa dia tidak habiskan sahaja kepala udang tu..
Sampai licin kau!! Sedap sangat gamaknye.. hahak Untung aje tak biasa makan kulit udang, kalau tak, habis kulit udang pun diratah gamaknya kerana penangan kuew teow Aidil Sanji~

p/s: Segala ape yang tertulis, hanyalah opinion and penceritaan aq.. please jangan terasa in case of rudeness in any of my writings, yelah.. aku hanya manusia biase yang banyak kesilapan dan masih mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN