BAB 4 - Jurus Pusingan Objek
Jika mereka dapat mahir
dengan peringkat tertinggi Jurus ini, mereka bukan sahaja dapat memusingkan
objek yang kecil seperti gasing, malah objek sebesar bangunan pun mereka akan
mampu pusingkan dengan mudah. Tapi untuk mencapai sehingga ke tahap itu tidaklah
mudah. Farah dan Sarah sehingga kini hanya mampu mencapai tahap keempat Jurus
Pusingan Objek. Jurus ini menggunakan angin sebagai medium perantaranya. Untuk
mengawal angin pastinya tidak mudah. Di tahap keempat, mereka dapat melihat
angin dengan mata kasar dan mengawal jumlah kawalan angin yang lebih besar.
Pak Nok memberitahu Pak
Yok supaya menyiapkan anak – anaknya untuk masuk ke sekolah khas Kaum Heitus,
iaitu Sekolah Menengah Heitus yang terletak di Kuala Lumpur. Sekolah ini pada
pandangan orang biasa adalah sekolah elite yang melahirkan 100% pelajar SPM straight
A’s sejak penubuhan sekolah ini lagi. Menjadikan sekolah ini sekolah sasaran pelajar
– pelajar di seluruh pelusuk Malaysia.
Namun, syarat kemasukannya adalah menjadi rahsia pihak sekolah dan tiada
sesiapa yang tahu kriteria yang diperlukan untuk menjadi salah seorang pelajar
sekolah ini. Akademik yang cemerlang? Penglibatan sukan yang membanggakan? Ramai
yang tahu bukan itu kayu pengukurnya kerana ada juga yang dapat masuk tanpa
mempunyai kekuatan dari segi akademik mahupun sukan.
Tapi siapa sangka,
sebenarnya kriteria yang perlu ada hanya satu iaitu pelajar tersebut mestilah
berasal daripada Kaum Heitus. Lemah atau kuat tidak menjadi suatu halangan. Jadi,
sudah tentu mereka yang bukan Kaum Heitus tidak berpeluang sama sekali untuk
menjadi pelajar di sekolah yang dianggap terbaik di Malaysia ini.
Pak Yok sebenarnya tidak
risau untuk anak kembarnya memasuki sekolah itu, tapi apa yang dia risaukan
ialah Firdaus. Pak Nok sudah memberikan dia peringatan keras supaya Pak Yok
mendaftarkan Firdaus masuk ke sekolah
itu bersama dengan kakak – kakaknya tanpa memberi alasan apa pun.
Pak Nok
percaya dengan kebolehan guru – guru dari kalangan Kaum Heitus, yang diketuai
oleh pengetua sekolah itu Steven King yang terkenal dengan kebolehannya dalam
Jurus Perubatan Kaum Heitus. Pak Nok percaya insyaAllah, Firdaus ada peluang
untuk sembuh.
Sekurang – kurangnya dia boleh berdikari apabila dia sudah dewasa
nanti. Hanya itu harapan Pak Nok untuk cucunya yang malang itu. Lagipun, Steven
sudah berjanji dengan Pak Nok untuk cuba mencari ikhtiar bagi menyembuhkan Firdaus
bagi membalas jasa Pak Nok yang menyelamatkan nyawa dia suatu ketika dahulu. Pak
Yok pula tiada pilihan selain menurut kata – kata bapanya kerana adat kaum Heitus,
segala arahan bapa adalah satu kewajipan yang perlu dituruti.
Farah yang sedang leka
bermain gasing apabila melihat riak muka Pak Nok yang serius ketika duduk di
beranda rumah kampong itu, terus berasa pelik. ‘dah kenapa dengan ayah ni? Aus
buat hal lagi lah ni, memang lah aus ni menyusahkan ayah aje!’ Farah pun
berhenti sebentar dari bermain dan bergerak ke arah Pak Nok.
“Ayah. tengok Farah dah berjaya
kalahkan dyorang. Ini baru Farah guna jurus pusingan objek tahap tiga belum
tahap empat lagi tau ayah!” Farah berkata pada Pak Nok sambil tersenyum bangga
dengan kebolehannya.
Pak Yok bangga dengan Farah
dan Sarah. Mereka mampu belajar jurus – jurus kaum Heitus dengan mudah dan
mereka sudah jauh meninggalkan anak – anak yang sebaya dengan mereka. Pak Yok
hanya mengangguk tapi jelas dari pandangan matanya kebanggaan yang tinggi
terhadap Farah. Walaupun,Farah hanya menang dalam permainan gasing yang tak
memberi impak apa pun sebenarnya.
“Farah, panggilkan Sarah,
ayah mahu beri kamu berdua sesuatu. Penting! ayah tunggu di bilik bacaan ayah
ya?”
Rumah kampong milik
keluarga mereka tidak sama dengan dengan rumah kampong biasa walaupun luarannya
sama. Rumah kampong ini mempunyai dimensi yang berbeza untuk Kaum Heitus. Jadi
dalamannya sangat luas dan mempunyai banyak bilik. Tidak keterlaluan untuk
cakap bahawa rumah ini dapat menempat lebih 50 keluarga dalam sesuatu masa.
“Baik ayah, ayah tunggu
sekejap ye, sepantas kilat kitorang menyusul.” Farah memberi signal kepada Sarah
untuk masuk ke rumah dan pergi ke bilik bacaan. Mereka kembar, jadi tanpa perlu
berkata apa, Sarah sudah dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Farah
walaupun jarak mereka sangat jauh. Hubungan mereka sangat istimewa kerana
mereka memahami satu sama lain dan lebih mengejutkan adalah mereka masing –
masing dapat mengesan kedudukan masing – masing walaupun mereka berada di dua
tempat yang berbeza tidak ubah seperti GPS dalam konteks masyarakat Malaysia
zaman sekarang.
Hati mereka berdebar
ketika mereka melangkah masuk ke bilik bacaan Pak Yok. Pak Yok hanya memanggil
mereka ke bilik bacaannya untuk perkara yang penting sahaja. Jadi mereka
tertanya – tanya ape sebabnya.
Comments
Post a Comment