Rasa Kehilangan Tapi Semua Orang Akan Rasa Kehilangan.
Assalamualaikum,
13 Ramadan 1443 AH, Jumaat.
15 April 2022 M, Jumaat.
Tarikh Muhammad Iqbal pergi ke destinasi seterusnya selepas alam dunia ni. Iqbal dah dipanggil dulu untuk pegi next step Alam Kubur. Manusia memang mampu merancang, tapi akhirnya yang menentukan dan perancang sebenar cuma Allah.
Nina dah apply cuti lama dah. Sampai 3 minggu supaya kita dapat keluar ramai ramai satu family. Ada masa untuk luangkan dengan keluarga lepas asyik fokus dengan kerja. Tapi rupanya cuti yang nina apply untuk kasi nina masa muhasabah diri.
Bila kita dah hilang someone, baru kita terfikir kenapa kita tak beri yang terbaik untuk dia masa dia masih ada kat sini. Terfikir, kalau nina yang pegi hantar iqbal pegi intern, mungkin ke iqbal masih ada kat sini. Terfikir, kalaulah dari awal kita setuju je untuk dia tak selesaikan intern mungkin dia masih kat sini.
Tapi Allah dah kata setiap apa yang Allah tentukan, ada hikmah. Siapa kita nak pertikaikan ketentuan Allah. Semua yang kat dunia ni, semuanya cuma pinjaman je dari Allah untuk nina. Tapi nina sejak kebelakangan ni, nina terlupa. Mungkin, ni jugak satu teguran dari Allah untuk nina.
Kematian Iqbal buat nina betulkan mindset kehidupan nina. Dunia ni sementara, yang kekal tu nanti kat syurga. Nina kena usaha untuk dapat tempat kat syurga and stay kumpul sama sama dengan family nina kat syurga.
Sebelum ni, tak terfikir nak cari tau pasal kehidupan lepas mati walaupun nina memang percaya adanya hidup lepas mati kat dunia ni. Sedih bila tengok iqbal pergi dan masuk dalam liang lahad sorang sorang. Tapi nina pun x sedia nak pegi teman. Nina masih banyak nak kena perbetulkan diri.
Ustaz Wadi bagitau kat youtube tu, Alam Kubur atau Alam Barzakh tu dah intro untuk kita tau kehidupan kita sama ada kita akan masuk syurga atau neraka. Rupanya, soalan munkar dgn nakir bukan selamanya, hanya untuk satu tempoh. Then, kita akan proceed untuk terima balasan kita kat alam tu atas tindakan kita kat dunia.
Kalau kita golongan yang beriman, InsyaAllah ada peluang kita untuk jumpa dengan roh orang beriman yang lain. Sama2 duk berkumpul kat taman taman syurga. Tapi kalau kita bukan golongan beriman, kita tak dapat jumpa dgn yang lain, sbb kita dah sibuk dengan seksaan yang kita dapat di Alam Kubur.
Nina nak percaya iqbal dapat kematian yang baik. Iqbal meninggal hari jumaat, hari pengebumian pun redup je suasana, tak panas terik macam selalu. Segala urusan pun dipermudah.
Few days before dia pergi, dia mimpi jumpa dengan Rasulullah dengan sorang lagi sheikh. Nina tak ingat nama sheikh tu. Dia kata dia tak pernah dengar nama sheikh tu. Dia nak sangat cari tahu alamat mimpi dia. Dia tanya aus. Dia tanya nina. Tapi nina tak berani nak tafsir2 mimpi. Nina cakap nina tak tau iqbal. Kau kena tanya orang yg lebih tahu.
Jumaat tu pun sepatutnya dia jumpa dengan ustaz dia. Untuk tanya pasal mimpi tu, sebab dia nak tau sangat. Dia nak kan jawapan. Tapi Allah dah panggil dia dulu. Tak sempat jumpa pun ustaz tu.
Malam khamis tu pun rupanya dia cerita dengan kawan dia, dia mimpi ada dua orang pakai jubah hitam dan putih datang jumpa dia untuk bagi pesanan. Jadi pagi jumaat tu hati dia tak seronok, sebab dia tak dapat nak ingat pesanan tu. Dia tak pergi pun intern, dia duduk dapatkan ketenangan tengok sungai kat Sungai Tua. Dia bagitau kawan dia, dia tak sorang2 kat situ, ada yang teman.
Inilah gambar yang dia share kat kawan dia. Dia bagi tau ada yang teman dia kat situ. Tak yah risaukan dia. And tengahhari tu dia bagitau, dia mcm rasa sakit jadi dia endcall dengan kawan dia, dan mungkin after tu dia gerak nak balik ke rumah.
Iqbal accident terlanggar belakang lori, ade yang beritahu iqbal sebenarnya dah break dari jauh, tapi yelah Allah dah tetapkan ajal manusia. Iqbal pergi jugak dekat situ. Sedih. 10min je jarak nak sampai rumah. Tiga benda yang jadi rahsia Allah, ajal, jodoh dengan rezeki. Manusia takkan tahu, hanya tahu bila dah sampai masanya.
Apa pun nina bersyukur, jasad sempurna. Biasa kan if accident and meninggal, jasad kurang sempurna. Tapi jasad iqbal sempurna, aus bagi tau, dari luaran, xnampak luka teruk cuma darah keluar dari hidung and mulut. Nina walaupun sampai kat tempat tu, nina tak boleh nak tengok, hati nina tak cukup kuat.
Sedih sebab procedure kat dunia ni, bila accident wajib buat post mortem untuk tau punca kematian. Dapat la tau puncanya; Severe head and abdominal injury. Cuma jasad ada kesan post mortem.
Iqbal sempat berbakti dekat mak before dia pergi. Dia bersihkan rumah and kawasan rumah, cat rumah, masak kat rumah. Walaupun biasa dia mintak upah, tapi kalini langsung tak mintak. Minggu last sebelum dy pergi, walaupun lauk tak cukup, dia okay je tak dapat makan, dy masak telur je. Takde complain apa. Cuma nina jelah tak dapat makan, sebab iqbal cakap nak masakkan hujung minggu. Tapi xsempat hujung minggu.
Rasa kehilangan tapi semua orang akan rasa kehilangan.
Allah memang dah rancang cantik untuk iqbal. Dia pergi tak bawak apa apa hutang ke sana. Kalau hutang ngan adik beradik, kita semua anggap dah settle. Duit sumbangan orang ramai, cukup untuk buat upah haji untuk iqbal.
Sebelum ni selalu dia cakap, dia nak pegi umrah. Tak kisah pergi sorang, tapi dia memang nak sangat pergi. Allah beri lebih baik, bukan umrah ja, dia dapat haji sekali. Walaupun tak tertunaikan oleh diri sendiri.
Semua manusia akan jumpa kematian. Nina harap kita semua dapat kumpul sama sama dekat taman syurga masa kat alam barzakh. Kemudian masuk syurga sama sama. Aminn. Semoga Allah makbulkan doa nina.
Muhamad Iqbal Bin Md Tahir
16/9/1999-15/4/2022
Anak ke 6 dari 7 adik-beradik.
Cuaca yg redup. Kehujanan.
Akhirnya kau pulang ke hadrat Ilahi. 23 tahun Allah pinjamkan kau untuk kita sekeluarga. Waktu kecil dulu, kau la budak paling nakal dalam keluarga. Tapi kau juga yg paling cepat berdikari.
Waktu arwah ayah sakit, kau dan aus Firdaus Tahir paling banyak bantu jaga dan uruskan segala hal berkaitan ayah. Jarang merungut.
(Bayangkan..setiap kali waktu rehat sekolah menengah dulu, dia sanggup lompat pagar sekolah sebab nak kena tengok ayah kat rumah. Sampai la cikgu sekolah tau, baru dia balik guna laluan biasa.)
Waktu orang lain sibuk sambung belajar, kau sanggup ketepikan hal tu untuk jaga ayah. Sebab kakak2 dan abang2 tengah belajar dekat uni. Kau mengalah. Kau sambung belajar bila aus dah habis diploma. Aus pula ganti tempat kau kat rumah.
Kau selalu senyum, ketawa dan ramah walaupun kau sebenarnya sakit di dalam. Kau sanggup berikan pertolongan pada mereka yg memerlukan tanpa meminta balasan.
Waktu hidup kau, banyak masa dihabiskan untuk perbaiki diri. Belajar ilmu agama. Belajar mengaji Al-Fatihah dengan imam sampai elok bacaannya. Kagum kakak dengan kau sebab masa tu kau masih muda remaja.
Itu baru secebis jasa yg kau bagi pada semua. Baru sebahagian kebaikan yg kau buat. Banyak lagi sampai tak tertulis.
Anak yg baik pada mak ayah.
Adik yg baik pada kakak2 dan abang2nya.
Anak murid yg baik pada gurunya.
Seorang yg baik pada teman-temannya.
Semua orang yg kenal kau, semua cakap benda yg sama.
"Ibal tu baik budaknya."
"Dia pandai masak. Sedap."
"Rajin tolong kat rumah."
Yg baik-baik belaka.
Mungkin sebab tu kau selalu dimurahkan rezeki.
Kematian yg..insyaallah husnul khotimah Allah berikan pada kau. 'Perginya' pada hari jumaat, pada bulan ramadhan yg penuh mulia. Waktu nak balik untuk pergi solat jumaat.
Ibaratnya kau bersahur didunia, dan berbuka diakhirat.
Kitorang yg masih hidup ni pun tak tahu penghujung hidup macam mana.
Bila kitorang berkumpul sambil bercerita, baru kitorang tersedar. Rupanya kau dah rasa yg kau akan 'pergi'. Banyak sangat tanda sampai kau rasa resah.
Kau rasa kau nak kena buat sesuatu, tapi kau tak tau apa.
Rupanya.. kau sedang bersedia untuk perjalanan ke alam 'sana'.
Alhamdulillah, kau dah tenang dan bahagia. Cepat dan senang urusan pengebumian kau. Ramai sini yg mendoakan. Cikgu-cikgu sekolah lama, kawan-kawan, saudara mara.
Semoga kita dapat bertemu kembali di syurga Allah.. aminn insyaallah. Moga cukuplah atau ada amal yg Allah terima supaya kita dapat bertemu.
Selamat berehat adikku.
Al-fatihah untuk arwah.
ReplyDeleteThank you so much to share such useful information and makes me more knowledgeable.
ReplyDeletehttps://printmygame.com/