Bengkel Pengurusan Jenazah Meru #GirlsOnly

Assalamualaikum~

Aku dapat tau pasal talk ni pun dari mak aq.. kebetulan time aq cuti kan.. pastu semua pergi.. so aq pown... why not kan.. bila lagi nak pergi belajar benda2 fardu kifayah ni.. and aku pun xpernah buat solat jenazah.. pergilah menuntut ilmu agama sikit.. asyik dengan hal dunia aje.. bila nak pikir hal akhirat kan?

So, aku just nak share sedikit sebanyak apa yang aku dapat time bengkel ni.. huhuk

1) Bila anak Adam meninggal ade 4 bende kita kena settlekan untuk dy ..
(anyway aq juz share yg ade kaitan dgn tajuk post ni okay~)
  • Mandikan
  • Kapankan
  • Solatkan
  • Kebumikan
p/s : Setiap hari, malaikat tengok manusia sebanyak 77kali.. haaa.. seram dan xseram la kan.. hahak

2) Antara Tanda-tanda Kematian ..
  • Telinga & hidungnya nampak terjatuh
  • Tumit kakinya lembut, acah2 macam baby punya la
  • Kulit mukanya jadi tegang
  • Bila baring, punggungnya rapat ke lantai
  • Berpesan2
  • Berperangai ganjil (luar kebiasaan la gitu)
  • Peluh-peluh kecil keluar kat dahi

 Okay now proceed to the main part of the bengkel~

SENARAI TUGASAN PENGURUSAN JENAZAH

1) KETIKA NAZAK
  •  Ajarkan Syahadah (Takyah panjang2, tengah nazak kot, kadang dy xmampu nak sebut.. so pendek2 macam Allah, Allahuakbar, laillahaillallah (semoga aq type dgn betul) :S , and sebut sepatah2 kat telinga dy, jangan la korg dok cakap mengucap2 tapi tak sebut the right term, cakap Allah2, Allahuakbar gitu la lebih kurang.. ajar dy mengucap)
  •  Hadapkan mukanya ke arah kiblat dengan kakinya melunjur ke arah kiblat. 
  • Titiskan air ke dalam mulut pesakit. (kadang tu syaitan datang menyerupai orang/family terdekat, maybe syaitan yg nak minum)
2) SETELAH MATI
#After mati, terus report pada polis, jangan dok memandai mandikan dulu. And kene suruh dr confirmkan kematian org tu. Jangan decide sendiri yang orang tu dah mati. kang lau dy belum mati dah kena tanam.. tak memasal pulak an..
  • Tanggalkan pakaiannya. (gunting pakaian dy) 
  • Selimutkan dengan kain yang bersih.
  • Pejamkan kedua mata, ikat dagu dan pergelangan kaki, kiamkan tangan (kalau ada tudung bawal, guna tudung bawal, jangan ikat guna tali yang halus gitu. kesian pada si mati,) dan senamkan sendi-sendinya (boleh guna minyak ape2.. tapi janganlah pakai minyak panas pulak.. pakailah minyak zaitun ke ape ke yang appropriate la)
  • Hubungi pegawai masjid/surau.
  • Report polis.
  • Uruskan pembelian kain kapan, peralatan mandi, papan keranda mengikut keadaan dan keperluan. (Boleh jugak lau kita daftar dengan khairat kematian dengan masjid, lau mcm masjid As-Syariff setahun mencarum dalam rm40, so nanti lau dah meninggal, semua kos dari persediaan kapan sampai ke liang lahad dah cover, lau x.. bende2 ni semua boleh makan kos sampai nak seribu.. and lau ade duit lebih tu boleh beli kain lepas banyak2 sikit dalam 6 helai ke.. untuk urusan jenazah)
  • Hubungi kereta jenazah dan penggali kubur
3) MEMOTONG KAIN KAPAN
#Sukat kain kapan untuk jenzah : sukat atas badan jenzah, biasanya 2 meter setengah (prepare 3 helai) untuk tali, kena prepare 5 tali (kepala, badan, pinggang, punggung, kaki), kita cabut tepi kain kapan tadi koyak jadikan 5 tali kecik2 maybe dalam lebar satu inci la.. pastu jangan ikat mati lepas siap kapan.. ikan reben..sebelah kiri si mati.
  •  kain kapan 3 helai.
  • kain mandi 1 helai.
  • kain lap 1 helai.
  • jubah/telekung 1 helai.
  • sarung tangan 3 helai.
  • kain penyugi 15 gulung.
  • kapas ukuran panjang 3 rol (mengikut ukuran jenazah)
  • kapas ukuran pendek 3 rol (2 kaki)
 #baju/jubah dalam ukuran 2mx2m and kalau si mati ade pesan cakap nak pakai telekung, okay je tapi untuk senangkan urusan pengurusan jenazah tu, kita potong telekung

4) MANDI
  • senamkan sendinya
  • siram dengan air mutlak
  • angkat jenazah 10-15 darjah tekan perutnya dengan tangan kanan dan istinjak dengan tangan kiri (berbalut)
  • bersihkan jari kuku tangan dan kaki, cuping telinga, hidung dan sugi giginya.
  • wuduk (boleh di awal atau di akhir)
  • siram dan gosok bahagian atas badan dengan air sabun.
  • siram dan gosok bahagian rusuk kanan.
  • siram dan gosok bahagian rusuk kiri.
  • iringkan dengan rusuk kanan di atas dan gosok.
  • iringkan dengan rusuk kiri di atas dan gosok.
  • telentangkan dan bilas dengan air mutlak.
  • siram dengan air sembilan. (kalau nak)
5) KAPAN
  • bentangkan kain kapan 3 helai
  • tabur kapur barus dan kayu cendana
  • bentangkan jubah atau telekung.
  • bentangkan kapas 2 rol panjang dengan ditaburkan kapur barus dan kayu cendana.
  • letakkan jenazah di atas kapas yang disediakan
  • bentangkan kapas satu rol panjang di atas dada jenazah hingga ke kaki dan dua belah tangan, dan kepala
  • pakaian serban bagi lelaki
  • lipat kain kapan di dahului sebelah kiri
  • simpulkan tali pengikat sebelah kiri.
6) SEMBAHYANG JENAZAH
  • sunat dibuat 3 saf
  • imam berdiri berbetulan dengan kepala jenazah lau jenazah tu lelaki.
  • imam berdiri berbetulan dengan pinggang jenazah lau jenazah tu perempuan.
  • kepala jenazah lelaki hendaklah di sebelah kiri imam.
  • kepala jenazah perempuan/khunsa hendaklah disebelah kanan imam.

p/s: Aq post je dlu,, nanti aq jumpa balik notes aq.. aq re-update balik.. hahak











Comments

Popular posts from this blog

Penerapan UiTM From Diploma to Degree & Permohonan PTPTN Kali Kedua & Kolej Preview :)

13 Barang Asas Yang Perlu Ada Sebelum Mulakan Aktiviti Crochet (Major in Amigurumi)

Berjaya Ditawarkan PIDN 2018 Tapi Stay Dengan Peduli Siswa | Memilih PIDN 2018 instead of PTPTN