Rasa Kehilangan Tapi Semua Orang Akan Rasa Kehilangan.
Assalamualaikum, 13 Ramadan 1443 AH, Jumaat. 15 April 2022 M, Jumaat. Tarikh Muhammad Iqbal pergi ke destinasi seterusnya selepas alam dunia ni. Iqbal dah dipanggil dulu untuk pegi next step Alam Kubur. Manusia memang mampu merancang, tapi akhirnya yang menentukan dan perancang sebenar cuma Allah. Nina dah apply cuti lama dah. Sampai 3 minggu supaya kita dapat keluar ramai ramai satu family. Ada masa untuk luangkan dengan keluarga lepas asyik fokus dengan kerja. Tapi rupanya cuti yang nina apply untuk kasi nina masa muhasabah diri. Bila kita dah hilang someone, baru kita terfikir kenapa kita tak beri yang terbaik untuk dia masa dia masih ada kat sini. Terfikir, kalau nina yang pegi hantar iqbal pegi intern, mungkin ke iqbal masih ada kat sini. Terfikir, kalaulah dari awal kita setuju je untuk dia tak selesaikan intern mungkin dia masih kat sini. Tapi Allah dah kata setiap apa yang Allah tentukan, ada hikmah. Siapa kita nak pertikaikan ketentuan Allah. Semua yang kat dun