Isabella Guzman | Paranoid Schizophrenia Pertengkaran Berakhir Pembunuhan
Disebabkan penyakit yang tidak terzahir nyata, ditegur ayah, ibu pula menjadi mangsa. Kecoh seketika di internet mengenai seorang anak perempuan yang membunuh ibu kandungya sendiri dengan sangat kejam. Sebanyak 151 tikaman di muka dan leher si ibu yang menyebabkan akhirnya si ibu mati di tempat kejadian. Kalau lihat dari wajahnya, pasti tiada siapa yang sangka Isabella sanggup membunuh. Isabella Guzman adalah seorang gadis yang berasal dari Colorado, Amerika Syarikat. Dia dilahirkan pada bulan Jun 1995. Ya, pada tahun 2020 dia masih muda, dan baru berusia 25 tahun. Kejadian pembunuhan ini berlaku pada 28 Ogos 2013 iaitu 7 tahun lepas. Isabella Guzman membunuh ibu kandungnya, Yun Mi Hoy, yang pada waktu itu berumur 47 tahun dengan cara yang sangat mengerikan. Autopsy awal mendedahkan Yun Mi Hoy menerima sebanyak 79 tikaman di bahagian wajah dan lehernya. Tapi further autopsy mendedahkan sebenarnya Yun Mi Hoy menerima 151 tikaman dan bukannya 79 tikaman. Sedangkan 79 tikaman p...