BAB 7 - Lapar
“Dah mak, mak jangan risau. Soal solat, Aus takkan pernah tinggalkan dengan sengaja.” “Bagus anak mak.” Mak Yak mengusap kepala Firdaus. Aus kemudian terfikir sesuatu yang sangat penting untuk hidupnya. Sangat penting! Ini soal hidup dan mati!! Dia masih belum makan tengahhari! Kemudian dia melihat pada Mak Yak dengan penuh pengharapan dan membuat muka kesian. “Mak, Aus lapar." "Hmmmm ... Aus nak makan nasi impit, dengan lemang pastu lauknya Aus nak ayam rendang dua ketul. Kalau boleh bahagian peha. Lepas tu, kuah lodeh lebih sikitlah dengan sayur – sayurnya tau Mak. Air pulak Aus nak air ribena laici. Desertnya Aus nak ais krim 3 rasa. Lagi banyak perasanya lagi bagus.” Firdaus bersemangat memceritakan demandnya pada Mak Yak. Memang kuat makan budak Firdaus ni. Untunglah kerana ada Mak Yak yang melayan kerenah perutnya, Kalau tidak, dengan wajahnya yang hodoh dan mentalnya yang sebelum ini terencat pasti Firdaus sudah mati kebulur kerana tidak cukup makan. ...