Posts

Showing posts from February, 2018

Food Review 8 : Aidil Sanji Char Kuew Teow :)

Image
Assalamualaikum~ Open Daily 5.00pm - 11.00pm Post kali ni, nak cerita pasal gerai kuew teow yang marbeles.. hahak dengan harga serendah Rm4.00 tau dah boleh dapat CHAR kuew teow yang sangat sedap..  Mula - mula tu aku takdelah berharapan sangat, sebab yelah kuew teow kan.. tak semua orang pandai buat char kuew teow.. kadang tu, bila order CHAR kuew teow, tak dapat CHAR nye pown.. dpt kuew teow biasa.. pastu dengan harga yang macam tu, selama ni aku p makan kat tempat lain, isi dia alahai ciput je.. macam tak berbaloi..  Tapi  Aidil Sanji ni berbeza la nampaknya dari tipikal gerai Char Kuew Teow lain, sebab bukan aja harga yang dia offer murah, tapi dia tambah lagi dengan rasa yang sedap dan isi yang lumayan .. jadi kita nak p makan tu rasa berbaloi and sentiasa terpahat di hati untuk pergi berulang kali~ hahak Location: Belakang Sekolah Kebangsaan Sementa, Jalan Kapar, Kampung Sementa, Kampung Sementa, 42000 Klang, Selangor ~agak2 tak jumpa tu, p...

BAB 4 - Jurus Pusingan Objek

Image
Pulang dari bilik bacaan Pak Nok, Pak Yok duduk di beranda rumah sambil memandang ke arah anak – anaknya yang sedang bergelak ketawa bermain gasing bersama sepupu mereka. Pada pandangan mata kasar, tiada apa yang luar biasa dengan permainan gasing yang mereka sedang seronok lakukan, namun hanya Kaum Heitus yang dapat melihat gasing tersebut berpusing menggunakan salah satu Jurus biasa yang dapat dipelajari walaupun golongan bawahan Kaum Heitus iaitu Jurus Pusingan Objek.  Jurus ini mudah dipelajari dan biasanya Kaum Heitus yang berumur 5 tahun pun boleh dapat mahir peringkat pertama Jurus ini dengan satu demonstari sahaja daripada Guru mereka. Jadi, tidak hairanlah Farah dan Sarah sudah pun mahir dalam Jurus yang mudah ini di peringkat yang lebih tinggi kerana bakat mereka dalam penguasaan Jurus Kaum Heitus adalah luar biasa.   Jika mereka dapat mahir dengan peringkat tertinggi Jurus ini, mereka bukan sahaja dapat memusingkan objek yang kecil seperti gasing, malah ...