Usrah

6 January 2018 / Saturday / Tarbiah Sentap

Sifat fitrah wanita ialah dia tak suka di pandang oleh ajnabi. Dia akan rasa MALU, TAK SELESA, rasa rimas dan dia akan tutup segala ruang fitnah yang ada.

Ia tidak menjual diri, tidak mendedahkan aurat, tidak melakukan sesuatu yang merobek maruahnya, dan dia JUAL MAHAL.

Tak mudah di goda lelaki, menjaga kehormatan diri, menjaga batas pergaulan dan ikhtilat, menundukkan pandangan dan baik akhlaknya.
Bagaimana dengan dirimu?

31 December 2017 / Sunday / Tarbiah Sentap

Kita selalu anggap orang yang tegur kita itu benci kita, atau dengki pada kita, atau ingin jatuhkan kita, atau memusuhi kita, atau apa-apa lagi yang sama maksud dengannya.

Tapi sebenarnya tidak. Mereka tegur kerana mereka sayang dan cinta. Mereka ingin kita jadi lebih baik, dan inginkan yang terbaik serta syurga untuk kita.

NAMUN, ada beza orang yang menegur kerana cinta dan orang yang menegur kerana ingin menjatuhkan. Ada beza.

Perbezaan paling ketara ialah, orang yang tegur agar kita jatuh ni, mereka tak iktiraf segala kebaikan kita. Mereka hanya menunggu kita buat silap, kemudian mereka akan terus bantai dan aibkan kita secara spesifik hingga kita jatuh. Perlian dan cacian mereka, langsung tak menggambarkan bahawa mereka tegur kerana cinta. Bahkan, bolej tahu bahawa mereka amat bencikan kita.

Jangan jadi orang yang macam tu. Tegurlah dengan perasaan cinta. Ubah dengan perasaan inginkan kebaikan untuk oranf tersebut. Jika orang itu buat baik, iktiraflah kebaikan mereka dan sokonglah mereka. Berlaku adillah dalam menegur.

Wallahua'lam.

10 December 2017 / Tarbiah Sentap

Mungkin ramai tertanya-tanya, apa yang kita mampu buat untuk bantu saudara kita di palestin? Apakah perkara yang paling utama? Demonstrasi? Kutuk israel dan amerika? Maki hamun pemimpin?

Di sini kami cadangkan 7 perkara yang PALING UTAMA kita perlu buat.

1) JAGA SOLAT 5 WAKTU.

Seperti yang kita tahu, nabi saw bersabda di dalam hadith yang sohih bahawa solat adalah tiang agama.

Bermakna, kalau kita MENINGGALKAN SOLAT, kitalah yang meruntuhkan agama kita sendiri. Kita marah-marah bila musuh rosakkan kita. Tapi kita lupa, yang meruntuhkan agama kita bukan sahaja musuh, tapi diri kita sendiri andai kita meninggalkan solat.

Nak islam bangkit? Nak tegakkan islam? Tegakkan tiang agama iaitu solat. InsyaAllah Allah akan berikan bantuan.

2) DOA

Dalam hadith yang sohih juga ada menyebut bahawa doa adalah senjata orang beriman. Jangan putus-asa dalam berdoa. Doa dengan sungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi di waktu mustajab.

Antara waktu terbaik untuk kita berdoa adalah selepas waktu solat, ketika qiamullail, sebelum buka puasa(jika yang berpuasa sunat) dan sebagainya. Pokoknya, doa sungguh-sungguh!


3) DERMA

Carilah mana-mana badan NGO yang menguruskan bantuan kepada Palestin. Antaranya ialah Aman Palestin, Aqsa Syarif dan sebagainya.

Biar sikit asalka ikhlas. Mana tahu dengan bantuan kita yang sedikit tu dapat meringankan beban mereka insyaAllah.

4) AMBIL PEDULI.

Dalam hadith yang sohih juga ada di sebutkan, siapa yang tidak ambil peduli tentang urusan umat islam, mereka bukan di kalangan umat nabi. Bermakna, nabi tak mengaku umat kalau kita buat tak tahu je dengan keadaan umat.

Maka, ambil peduli, CAKNA. Banyakkan pembacaan tentang isu ini, baca berita, share, sebarkan pada kawan-kawan agar semua orang cakna isu umat ini.

5) BOIKOT.

Kita sama-sama usaha apa yang termampu untuk boikot produk yang secara jelas membantu ekonomi israel. Tak mampu boikot semua, boikot sahaja apa yang termampu.

6) DAKWAH.

Dalam satu hadith ada menyebutkan bahawa kalau kita meninggalkan dakwah, Allah takkan kabulkan doa kita dan takkan hantar pertolongan buat kita. MAKA, kalau nak Allah bantu umat islam, laksanakanlah dakwah. Ajak manusia buat baik dan cegah manusia dari melakukan dosa.

Gunakan segala kepakaran, bakat dan kelebihan yang ada untuk dakwah. Pandai tulis? Tulis untuk dakwah. Pandai menyanyi? Nyanyi lagu dakwah. Pandai berlakon? Berlakon cerita dakwah? Pandai lukis? Lukis untuk dakwah. Guna segala kepakaran yang ada untuk amar makruf nahi mungkar.

7) BERSATU.

Tolonglah ketepikan hal politik dalam hal ni. Tak payah nak kecam parti ni parti tu, pemimpin ni pemimpin tu. Saat ini bersatulah dan jangan gaduh, jangan caci mencaci.

Kerana ada hadith menyebut bahawa andai umat islam caci mencaci sesama sendiri, Allah akan cabut kehebatan islam di mata musuh. Bermakna, kalau kita gaduh, musuh takkan gentar pada kita.

Wallahua'lam.

Moga usaha kita ni dapat pahala. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Yang pasti, SOLAT JANGAN TINGGAL.

Moga Allah beri bantuan pada saudara kita di Palestin!

24 November 2017 / Tarbiah Sentap

Mesti kita pernah tertanya, kenapalah susah sangat nak dapat ketenangan hati, hidup sentiasa positif, dan lain2.

Hari ni saya kongsi 8 PENYEBAB kenapa kita SUSAH untuk sentiasa kekal positif dan susah untuk mendapat ketenangan hati.

1. Selalu bersedih.

Maksudnya, kita tidak bersedih atas sesuatu perkara sehingga melampau-lampau. Contohnya kematian. Betul, memang sedih. Tetapi tidaklah melampau-lampau sehingga meratap dan seumpamanya. Sebab ia akan mengganggu ketenangan hati dan hidup sentiasa negatif.


2. Rasa gelisah.

Gelisah ini biasanya berkaitan dengan dosa. Sebab Rasulullah pernah beritahu dalam satu hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad, yang mana dosa adalah segala perkara yang membuatkan kita gelisah dan tak nak orang tahu. Maka, bertaubatlah!


3. Malas

Ini sikap yang semua orang maklum bahawa ia akan menjadi penyebab utama kita susah nak positif, dan hilang ketenangan. Sebab banyak kerja tertangguh.


4. Lemah

Rasulullah pernah menyebut dalam suatu hadis riwayat Muslim dan Ahmad, yang mana Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Hidup jangan lembik je.


5. Pengecut

Hidup kena berani, apatah lagi bila berhadapan perkara yang kita tak suka. Jangan jadi pengecut, lebih-lebih lagi kalau kita dah buat salah. Kena berani hadapi.


6. Bakhil

Apabila kita sentiasa kedekut, percayalah, hidup kita tak akan tenang, malah kita sentiasa akan merasa negatif dengan orang di sekeliling.


7. Cengkaman hutang.

Yang ini pun ramai sedia maklum. Berhutang ini membuatkan kita rasa gelisah, hidup tak tenang, rasa serba salah, dan macam-macam lagi.


8. Penindasan orang.

Apabila kita lemah, malas dan sentiasa bersedih, akan ada kemungkinan besar bahawa hidup kita akan sentiasa ditindas orang. Dan bila kita selalu di tindas, itu yang menyebabkan kita sentiasa rasa negatif dengan kehidupan, rasa sedih, gelisah, dan seumpamanya.


EXTRA.

Dan lebih menarik, semua ini adalah dalam doa perlindungan di dalam al-Mathurat. 
Kalau kita selalu baca al-ma'thurat, insyaAllah kita akan selalu baca doa minta perlindungan daripada perasaan bersedih dan gelisah, sikap malas dan lemah, jiwa pengecut dan bakhil serta keadaan cengkaman hutang dan penindasan manusia.

So, bacalah al-Ma'thurat selalu. Hehe.

Moga bermanfaat :)

2 November 2017 / Thursday / Tarbiah Sentap

Kalau kita benci seseorang, benda baik yang dia buat pun kita akan anggap benda tu jahat. Dan, benda kecil pun kita anggap besar. Bukan itu sahaja, kita akan sentiasa cari kesalahan dia dan berburuk sangka pada dia, serta menunggu peluang untuk "attack" dan menjatuhkan dia.

Kawan...

Jangan macam tu.

Berlaku adillah.

Kita jangan benci seseorang tu kerana dia. Tetapi, bencilah KESALAHANNYA sahaja, bukan dirinya.
Bermakna, andai dia buat salah, tegur kesalahan tu. Jangan benci dia pula. Benci dosa tu sahaja. Andai dia taubat dan andai dia buat benda yang baik, hargai, sokong dan terima.

26 October 2017 / Thursday / Tarbiah Sentap

Aku hanya terdiam pada ketika itu, tidak membalas apa2. Namun, dalam hati ada terasa sebak, boleh jadi terpamer di riak wajah aku.

Hati dihantui rasa bersalah, 'Cepat masa berlalu. Dulu, masa aku usia 13 hingga 17 tahun, aku dah mula berjauhan dengan mak abah sebab belajar sekolah berasrama penuh, jauh dari rumah. Usia 18 hingga 19 tahun pula, sambung belajar di kolej, jauh juga dari rumah. Usia 20 hingga 23 tahun pula, belajar di luar negara, memang lagi jauh la dari rumah. Usia 24 tahun hingga sekarang, rezeki kerja juga di negeri orang, jauh dari rumah.'

Bukan masalah homesick atau apa, tetapi risau masih banyak lagi hak2 sebagai anak kepada mak abah itu tidak tertunai. Aku sibuk tunaikan hak kepada diri sendiri, isteri, anak, kerja, dan kawan2. Tetapi, bagaimana hak kepada mak abah?

Sebab itu, setiap kali ada cuti, aku tak pernah berfikir panjang sama ada nak balik atau tak, sebab memang confirm akan balik kampung berjumpa mak abah.

Di rumah, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk tolong mak abah. Kalau ada saja peluang untuk buat kerja rumah, aku terus buat tanpa perlu tunggu mak atau abah yang minta tolong. Aku berusaha sebaik mungkin untuk buat mereka seronok dengan kehadiran aku.

Sedar tak sedar, usia mak pun sudah 50-an, usia abah pula sudah 60-an. Ajal maut itu rahsia Allah, boleh jadi aku yang akan meninggalkan mereka terlebih dulu, tapi boleh jadi mereka yang akan meninggalkan aku dulu.

Persoalannya, di saat jika mak abah meninggalkan aku...

Bersediakah aku menerima kehilangan mereka?

Sudah tertunaikah tanggungjawab aku kepada mereka, seperti mana mereka telah menjaga aku sejak dari kecil?

Sudahkah mereka memaafkan aku, di saat mungkin aku terguris hati mereka dalam keadaan aku sedar atau tidak sedar?

Dan... mampukah aku menguruskan jenazah mereka, mendoakan serta mengimamkan solat jenazah mereka?

Kepada korang yang terbaca emel ini, jika masih ada ibu bapa, hargailah mereka, ziarahlah mereka, gembirakan hati mereka,

sebab... boleh jadi itu peluang terakhir kita untuk bersama mereka.

12 October 2017 / Thursday / Tarbiah Sentap

Ada orang tanya:

“Soalan aku ni mungkin bermain kat fikiran ramai orang. Let say la, kita buat dosa yang ketagih. Contohnya, video lucah, onani, atau ketagih drama, obsess artis, atau couple, couple ketagih kot, sikit-sikit nak mesej dia. Huhu. So, macamana nak tinggalkan dosa yang kita ketagih ni eh? Susah beb…. Kadang-kadang dah taubat, tapi still buat balik…”

Hmm….

Macam ni la, sebenarnya, dosa ni, ada yang ketagih, dan ada yang tak ketagih. Dan, dosa yang ketagih ni, serius susah nak tinggalkan. Kita kena usaha dengan satu usaha yang luar biasa!

Aku pun takdela sempurna sangat. Aku pun tengah bergelut dengan dosa dan aib aku. Aku sendiri pun tengah struggle nak tinggalkan maksiat dan jahiliah yang masih bersarang dalam hati aku. Huhu… Kau doakan aku tau!

Apapun, aku nak kongsi sikitla beberapa tips, macamana nak tinggalkan dosa yang kita ketagih ni.
Aku nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat.

Cara ini saya namakan sebagai:

”Teori memanipulasikan syaitan”.

Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut” kita untuk tinggalkan maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat dan dosa!
Kita pun tahu, syaitan akan suruh kita buat benda yang menguntungkan dia, dan merugikan kita. Dan, syaitan akan elakkan kita buat benda yang kita untung dan dia rugi

Bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu cara nak memanipulasikan syiatan ni supaya boleh faham:

1) Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target:

”Setiap kali aku tengok drama yang ada aurat, pergaulan bebas dan lain-lain, rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!”

“Kalau aku tengok video lucah, aku akan sedekahkan RM50 kat surau, and then aku akan puasa 3 hari!!”

“Kalau aku tak pergi solat jemaah subuh kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!”

2) Macamana teori ni berfungsi?

Kita tengok eh.

Contohnya, kau buat dosa onani.

Kalau kau onani, jangan jadi macam orang munafik yang anggap dosa tu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap, dosa onani tu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!
Maka korang kena bertaubat dan menangis!

Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar seperti yang aku cakap tadi. Dah onani, denda diri baca quran satu juzuk ke, sedekah RM50 ke, puasa 3 hari ke, solat tahajud 1 jam ke. Apa-apalah.
So, meh aku tunjuk teori ni dalam bentuk matematik sikit.

Macam aku cakap tadi, syaitan akan suruh kita buat benda yang menguntungkan dia, dan merugikan kita. Dan, syaitan akan elakkan kita buat benda yang kita untung dan dia rugi.

Onani = Dosa = Syaitan untung = Kita rugi.

Tapi bila kau denda diri kau dengan amalan dan pahala yang besar, dia akan jadi macam ni.

Onani = Dosa = Syaitan untung = Kita rugi.

Denda dengan:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar, =

Maka perkara ini akan merugikan syaitan (<) dan="" mengutungkan="" korang="">), sebab:

Bila taubat korang diterima = maka dosa akan terampun.

Bila korang menangis = api neraka akan padam.

Bila korang mengganti amalan yang lebih besar = Darjat akan naik, pahala akan dapat banyak.
Dan, apa akan jadi?

3) Bila kita hukum diri kita, maka syaitan akan mula ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok ke, onani ke, tengok video lucah ke, drama bagai ke, apa-apalah dosa yang ketagih ni, syaitan tahu yang kita akan hukum diri kita taubat, menangis dan buat amalan yang pahala dia sangat besar.

Sebab, bila syaitan goda kita buat dosa, dia tahu kita dapat dosa.

Tapi, once kita taubat, menangis dan hukum diri dengan amalan, dosa kita tu akan terampun dan pahala akan banyak!

So, syaitan akan ragu-ragu nak goda kita!! Sebab syaitan tak nak kita untung!

Akhirnya, syaitan sendiri yang akan goda kita untuk tinggalkan maksiat!

Itulah namanya teori memanipulasikan syaitan. Hehe.

4) Kalau dalam bahasa arab, cara ini di namakan “Iqob” yang bermaksud “denda”. Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa contoh IQOB yang sahabat buat:

Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal takbir pertama dan akan beriktikaf selama 3 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal takbir pertama.

Dalam riwayat yang lain, Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal solat berjemaah dan akan beriktikaf selama 7 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal Solat Berjemaah.

Hazrat Abu Talhah telah mewakafkan kebun kerana tidak kyusuk dalam solat.

Saidina Umat RA menebus SAF pertama yang tertingal di belakang Nabi dengan pendapatan seharian.
Hazrat Abdul Rahman sedekah semua keuntungan dalam satu perniagaan kerana tertinggal Takbir pertama.

Dan lain-lain..

4) Aku nak kemukan bukti, betapa efektifnya cara ini , sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk tinggalkan maksiat! Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat!

Aku pernah dengar seorang ustaz menceritakan tentang kisah Abdullah b Ummu Maktum.

Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia tanya nabi, kalau buta, perlu ke dia pergi masjid ketika azan untuk solat berjemaah? Nabi kata, kena pergi masjid jugak.

So, ada kisah, dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dua kali benda ni terjadi. Dia nak pergi masjid tapi terjatuh. Dan, kali ketiga dia nak pergi masjid, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!

Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:
“Aku IBLIS!”

Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:

“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”

Iblis jawab:

“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!”

Tamat kisah.

Hehe.

Nampak tak? Iblis yang bawak dia pergi masjid.

Inilah namanya teori memanipulasikan setan.

Aku ada beberapa kawan.

Ada sorang ni, dia ketagih video lucah. Apa dia buat? Dia kata kat aku, setiap kali dia tengok video lucah dan onani, dia akan sedekah RM50. Kau tahu tak, dia kata dia dah sedekah lebih RM10,000! Dan, akhirnya dia berjaya tinggalkan video lucah. Nampak tak usaha dia?

Ada sorang lagi, dia kata, setiap kali dia buat satu dosa, dia akan denda diri dia dengan baca 50 muka surat buku agama. Sekarang, dia dah baca ribuan muka surat buku agama! Akhirnya dia jadi seorang ustaz yang cukup hebat!

Ada yang tengok drama korea 1 jam. Dia denda diri dia, baca quran 1 jam! Lama kelamaan, dia berjaya tinggalkan drama bagai tu.

So, tu la tips yang aku nak kongsi kat kau.

Moga bermanfaat!!

18 September 2017 / Monday / Tarbiah Sentap

Saya pernah bersembang dengan seorang kawan yang sangat baik. Dia menjaga solat, quran, dakwah dan tarbiah dia jugak sangat padu, akhlak dia baik.

TAPI, dia di uji dengan ujian yang sangat berat, sehingga saya pun agak sedih melihat dia di uji sebegitu dahsyat.

Saya tanya dia:

"Macamana kau boleh kuat hadapi ujian seberat ni? Pernah tak kau putus asa. Yela, kau dah jaga amal kau, solat quran kau semua kau jaga, tapi Allah masih uji kau. Time-time macam ni biasanya iblis suka cucuk supaya putus-asa. Tapi kenapa aku tengok kau steady je?"

Dia jawab dengan satu jawapan yang cukup padu sehingga saya sendiri terdiam kagum.

Dia jawab:

"Aku bersyukur pada Allah atas ujian ini. Ini adalah ujian bila aku taat Allah. Bayangkan, kalau aku buat maksiat, aku rasa, ujian yang aku bakal hadapi lebih dahsyat!! Kalau ujian bila taat pun dah seberat ni, apatah lagi bila aku buat maksiat. Kerana itu aku bersyukur Allah uji aku. Dan aku berlindung pada Allah dari maksiat.

Lagi pun, ni ujian untuk tahun ni. Tahun depan ujian lain pulak. Dua tahun depan, ujian lain pulak. Itulah kehidupan. Allah nak uji, siapa yang taat dan siapa yang bermaksiat. Sabar dan positif, serahkan segala pada Allah , jangan putus-asa..."

Huh.

Betul tu.

Nabi dan rasul di uji lagi dahsyat. Tapi mereka kuat kerana hati mereka ada ALLAH.

9 September 2017 / Saturday / Tarbiah Sentap

Sekarang kalau nak buat jahat ada potesi besar nak viral dekat media sosial. Lepas dah viral masyarakat pakat-pakat kutuk maki dan seumpa denganya. Hasilnya, ada diantara kita terus takut untuk membuat jahat di Public. Bagus la juga kan ?(Alhamdulillah)

Tetapi bagi mereka yang masih tak sedar, ingatlah di akhirat nanti amalan-amalan kita dipertontonkan oleh setiap tubuh badan dan muka bumi akan menjadi saksi dan menceritakan apa yang telah kita lakukan.

Semasa di dunia, kita boleh buat pengumuan, penjelasan, mohon maaf dan sebagainya. Tetapi di akhirat, habis macam itu sahaja. Tunggulah apa nak jadi.

Jadi, selagi mana ada masa dan peluang untuk kita bertaubat, grab ja betul-betul. Keep in mind, Allah itu Maha Pengampun dan tidak akan sia-sia kalau kita bertaubat dan kembali kepada Allah.

Sekian sahaja tazkirah pendek untuk pesan diri yang alpa ini. Moga Allah lindungi iman kita daripada melakukan perkara yang dikeji Allah SWT.

InsyaAllah!

22 July 2017 /  Saturday / Tarbiah Sentap

Ramai orang takut nak berubah, takut nak jadi baik, takut nak bangga dengan islam dan dakwah, kerana TAKUT KENA KUTUK.

Ni nasihat saya.

Kawan, kalau kau buat jahat pun kau kena kutuk jugak. Kenapa time kena kutuk bila buat dosa, korang tak terasa nak jadi baik pulak? Tapi bila kena kutuk time buat baik, terus down dan nak kembali pada kejahatan.

Jangan macam tu.

Kutukan dan pujian ni hanya ujian. Nak uji kita ni ikhlas atau tak dalam perubahan.

Rileks je. Anggap je segala kutukan tu motivasi dan kekuatan untuk kita jadi lebih baik insyaAllah.
Terus kuat insyaAllah! Jangan putus asa untuk berubah kalau kena kutuk tau😊

15 July 2017 / Saturday / Tarbiah Sentap

 ISTIQMAH ATAS JALAN DAKWAH DAN TARBIAH

Ramai orang, bila dia bergelumang dalam maksiat, atau di uji dengan musibah, dia memilih untuk tinggalkan dakwah dan tarbiah.

Sedangkan, dakwah dan tarbiah yang perlu di kekalkan, dan maksiat itu yang perlu di tinggalkan.
Tapi, entah kenapa, ramai yang menganggap, dengan meninggalkan dakwah dan tarbiah ini, masalahnya akan hilang. Dengan meninggalkan dakwah dan tarbiah ini, dia akan terlepas dari ujian hidup.

Kawanku...

Apapun keadaan, futur bukanlah solusi.

Saya ada kawan. Dia pernah berzina, dia pernah melanggan pelacur, dia pernah minum arak, dia pernah hisap ganja, dia pernah merokok, dia selalu tinggal solat, dia tak pandai baca quran dan sebagainya. Lalu, bila ada orang ajak dia ikut tarbiah, dia ikut. DAN, sehingga sekarang, dia amat komited dengan dakwah dan tarbiahnya, walaupun dia sedar dia penuh dosa.

Lalu saya tanya pada dia, apa faktor dia istiqamah dalam tarbiah ni?

Dia jawab, sebenarnya dia tak nak ikut dakwah tarbiah ni. Tapi dia tahu, kalau dia tinggalkan dakwah tarbiah, dia akan kembali ke lembah maksiat, dan dia akan jadi sangat teruk. Kerana dia nak jadi baik dan nak masuk syurga serta nak tinggalkan segala dosa silamnya, dia kekal dalam dakwah dan tarbiah.
LIHATLAH!

Sepatutnya, lagi kita rasa kita banyak dosa, lagi la kita perlu rasa yang tarbiah ni amat penting untuk kita!
Tapi, ramai yang lebih memilih untuk tertipu dengan tipu daya iblis.

Mereka lebih rela meninggalkan jalan dakwah dan tarbiah dan kekal dalam jahiliah, berbanding tinggalkan jahiliah dan kekal atas jalan dakwah dan tarbiah yang suci murni ini.

Moga Allah pelihara kita semua!

12 July 2017 / Wednesday / Tarbiah Sentap

Normalisasi yang telah berlaku pada Muslim di Malaysia beserta alasan cliche untuk membenarkan dosanya,

1. Melihat aurat - alasannya, macam mana nak tengok tv, jalan kat shopping mall, etc. Takkan nak duduk rumah mengadap buku je. Semua drama, movie ada buka aurat. Takkan nak duduk gua.

2. Mengumpat - alasannya, aku cakap benda betul.

3. Memfitnah - alasannya, aku cakap je, mana tahu betul?

4. Perempuan menjadi model - alasannya, biasalah marketing dalam bisnes. Marketing kan tujuannya nak menarik perhatian prospek.

5. Melihat seks kecil di tv seperti adengan bercumbuan - alasannya, ala, drama Melayu pun bersepah juga aksi lucah kecil ni. Takkan nak pangkah drama korea, jepun, hollywood, bangla, dll je?

6. Mengangkat orang kafir, menghina Muslim - alasannya, kita nak dakwah.

7. Pertahankan dosa / maksiat yang dibuat - alasannya, eleh, kubur masing-masing. Mak bapak aku pun tak marah. Kau peduli apa?

Dan banyak lagi. Normalisasi dosa yang mungkin akan berlaku kelak,

1. LGBT - atas alasan, apa salahnya, itukan hak masing2.

2. Membela anjing tanpa sebab - alasannya, kita nak tunjukkan Muslim tak benci anjing.

3. Seks bebas - alasannya, mak bapa dia pun tak kisah.

Dan sebagainya. Normalisasi dosa punca kepada hilangnya sensitiviti iman.

Tepuk dada tanya diri,

"apa khabar Iman aku?"

13 May 2017 / Saturday / Tarbiah Sentap

Hari ni, ruh dakwah makin lama makin hilang dalam jiwa para pendakwah.

Ramai yang menganggap dakwah itu sekadar mengajak manusia ke arah benda baik.

Tapi, ramai lupa, dakwah juga ialah mencegah kemungkaran.

Ramai yang tak berani nak cegah kemungkaran, sebab takut hilang follower, takut orang benci, takut di tuduh "tak berfikiran terbuka", tak kontemporari, tak hipster, dan sebagainya. Juga, mereka takut nanti ada musuh. Mereka kalau boleh tak nak ada musuh langsung dan nak semua orang suka mereka, sedangkan ianya mustahil!

Manakala, jika wujud pendakwah yang seiring mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka akan di tuduh sebagai suka menghukum, bajet suci, tak habis-habis nak cari kesalahan orang, dan sebagainya.

Akhirnya, ramai orang tak berani nak galas dakwah.

Dakwah yang tujuannya nak ajak orang ikut Allah, akhirnya berakhir pada orang itu sekadar menjadi pengikut dan penyokongnya. Ruh dakwah hilang, masyarakat terus keliru tentang mana haq dan mana batil, dosa masih di anggap normal.

Moga Allah jadikan kita orang yang benar-benar ikhlas dalam berdakwah dan amalkan apa yang kita dakwahkan.

5 May 2017 / Friday / Tarbiah Sentap

Jom muhasabah balik hidup kita

10 tahun pertama dalam hidup.

Rambut ikat tocang dua, bawa beg tarik, pensel box ada tingkat-tingkat, jam tangan hello kitty. Seronok pergi sekolah. Baru darjah empat waktu tu.

10 tahun lepas tu.

Tengah berhempas pulas siapkan assignment lecturer bagi. Esok pula ada quiz, meeting, study group. Nak buat business online jual tudung lagi. Sambil-sambil stalk budak kelas kat Facebook. Sedar tak sedar dah tahun ketiga kat universiti dah waktu tu. Alahai kejapnya waktu berlalu. Dulu nerd je pergi sekolah.

10 tahun berikut.

Pagi-pagi lagi dah bangun siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak. Mencabarnya nak kejutkan anak-anak, nak siapkan anak-anak pergi sekolah. Lepas tu rushing pergi meeting dengan client pula. Bos kat office asyik tanya kerja je. Suami pula ajak tengok nak beli rumah pulak. Pejam celik pejam celik je masa dah pantas berlalu.

10 tahun seterusnya.

Anak-anak dah start dewasa. Semua belajar jauh-jauh. Badan pun dah tak larat dah nak buat kerja berat-berat. Lately asyik sakit-sakit je. Hospital dah jadi rumah kedua dah. Tiap bulan appoinment dengan doktor ambil ubat. Hmm kejapnya masa berlalu.

10 tahun lagi.

Tak sangka anak-anak dah berumah tangga. Tinggal nak sambut cucu. Seronoknya. Hidup lepas pencen banyak habiskan masa kat rumah. Entah tak tahu nak kejar apa lagi. Anak-anak dah berjaya. Hidup dah stabil. Cuma kesihatan je makin berkurang. Selalu sangat sakit.

Masih ada 10 tahun akan datang?

Sahabat, hidup kita ni kejap je. Kejap sangat sampai kita tak sedar masa berlalu dan terus berlalu. Makin lama makin dekat dengan kematian.

Mungkin dalam tempoh 10 tahun ni. Mungkin dalam tempoh 10 tahun akan datang. Atau mungkin tak sampai pun 10 tahun. Dah bersediakah kita?

Berapa banyak masa yang kita habiskan dengan benda-benda yang tak berfaedah?

Kenapa kita nak sia-siakan kehidupan yang Allah bagi? Jom muhasabah sebentar ya akhi wa ukhti.

Apa persiapan kita menuju akhirat? Lepas ni, ke mana penghujung hidup kita?

Syurga atau neraka?

5 May 2017 / Friday / Tarbiah Sentap

Ramai orang berkawan, tapi tak ramai orang yang memahami erti ukhwah dan persahabatan yang sebenar.

Ramai orang lebih rela berkawan dengan orang yang buat dosa bersama-sama dengannya, berbanding berkawan dengan orang yang menegurnya ketika dia buat dosa.

Sedangkan, bukti cinta dan ukhwah dalam persahabatan ialah saling tegur menegur, bimbing membimbing dan support kebaikan antara satu sama lain. Bukan biarkan kawannya terumbang-ambing dengan dosa, apatah lagi buat dosa bersama-sama.

Tapi...

Zaman sekarang, bukan senang nak cari sahabat yang macam tu. Ikhlas, jujur, dan betul-betul mencintai kita kerana Allah.

Cuma, bagi saya, dari kita merungut, lebih baik kita sendiri yang MENJADI sahabat yang baik pada kawan-kawan kita. Dari kita sibuk MENCARI kawan yang baik, mulakan dengan MENJADI kawan yang baik!

Apakah erti ukhwah?

Hayati bait-bait lirik lagu THE FAITH bertajuk PERSAHABATANKU ini. Lirik ini kami buat khas untuk memberi makna sebenar ukhwah yang telah ramai salah faham.

Jom hayati, dan sebarkan lagu ni pada kawan-kawan yang banyak membimbing korang mengenal Allah😊

12 April 2017 /  Wednesday / Tarbiah Sentap

Kepada siapa yang rasa,

"aku ni mulut je jahat (mengumpat, mengutuk, sindir, caci maki, mencarut, etc), tetapi hati aku baik."

Ataupun merasakan seseorang tu walau mulut dia jahat tapi hati baik,
Ketahuilah, apa yang keluar dari lidah, itulah yang DATANG dari hati.

Rasulullah pernah sebut dalam satu hadis riwayat Ahmad,
"Tidak akan lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hati seorang hamba sehingga LURUS LISANNYA.."

So, berkata baik (termasuk cegah mungkar) ataupun diam.

12 April 2017 / Wednesday / Tarbiah Sentap

Pakai serban, pakai jubah, pakai celak, sangkut kayu sugi kat telinga, pegang tasbih lepas tu berjalan sambil menjeling-jeling muslimah-muslimah bertudung labuh bak bidadari bermata jeli.

Kemudian tegur dengan penuh sopan santun berbudi bahasa berakhlak mulia.

"Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh ukhti yang mulia, sesungguhnya ana nampak cahaya keimanan terpancar di wajah ukhti sehinggakan ana rasa silau bila nak berjalan. Terpaksalah menundukkan pandangan seperti saranan Rasulullah saw yang mulia untuk menundukkan pandangan ketika berselisih dengan bidadari syurga seperti ukhti. Ukhti, apakah ini cinta? Melihat raut wajah ukhti membuatkan ana termimpi-mimpi soleh dan solehahnya anak-anak kita nanti. Bisakah ukhti menjadi tulang rusuk ana yang hilang selama ini?"

Ok muntah.

Kalau korang jumpa spesis lelaki macam ni, cuba test bacaan Quran diorang. Nak tengok juga ada iras-iras Sheikh Mishary al-Afasy ke idok?

Sis, berhati-hatilah terhadap serbanis yang menipu!

Syaitan ni bijak, mereka yang ikut tarbiah, di goda dengan muslimah. Itu yang sampai bergetar tulang rusuklah, jadi ibu kat anak-anaklah, dan sebagainya.

Hakikatnya, pandangan nafsu dalam jiwa dia sangat dasyat sampai kain tudung labuh yang tutup dada pun dia boleh tembus tengok apa kat dalam. Apatah lagi lidah berbisa yang menggunakan dalil agama untuk memuaskan nafsu memikat muslimah.

Ngeri bukan?

Berhati-hatilah!

7 March 2017 / Wednesday / Tarbiah Sentap

CARA NAK ISTIQAMAH

"Ustaz, macamana nak istiqamah? Saya banyak kali tekad nak tinggalkan sesuatu maksiat, tapi, saya banyak kali terjatuh dalam dosa yang sama. Susah ustaz..."

JAWAPAN:

1) Bila sebut tentang isu istiqamah, hakikatnya ramai yang salah faham. Banyak kali orang tanya saya tentang bagaimana nak istiqamah. Adakah istiqamah bermakna bila kita taubat, kita dah tak buat dosa kembali? Jika kita buat dosa walaupun dah bertaubat, adakah kita di kira tidak istiqamah?

Sekiranya itu maksud istiqamah, nescaya ia suatu yang mustahil. Kerana, semua manusia imannya turun dan naik. Kita tak mungkin terlepas dari dosa. Semua orang tak pernah maksum melainkan nabi. Kita pasti akan melakukan dosa samada kecil atau besar, sengaja atau tak sengaja. Kerana kita manusia yang cukup lemah.

Lalu, apakah itu istiqamah dalam perubahan?

2) Saya nak ajak semua pembaca untuk fahami hadith riwayat Ahmad, yang mana nabi saw bersabda:
استقيموا ولن تحصوا

Bermaksud: “Istiqamahlah kamu walaupun kamu takkan mampu…”

Aik. Pelik bukan? Nabi suruh kita istiqamah, tapi nabi kata kita takkan mampu. Lalu, bagaimana nak istiqamah dalam keadaan kita ni takkan mampu?

Di sini lah, ulama’ mentafsirkan hadith ini dengan sepotong ayat Alquran dalam surah Fussilat ayat ke-6:
فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ

Bermaksud: “Maka hendaklah kamu beristiqamah di atas jalan yang lurus, serta pohonloh ampun kepadaNya..”

Dua kata kunci dari ayat ini ialah:

ISTIQAMAH dan MEMINTA AMPUN.

Bermakna, Allah dan rasul tahu, bahawa, kita tak mampu istiqamah dalam semua perkara. Sebagai manusia, kita takkan terlepas dari dosa dan noda.

Maka, hakikat ISTIQAMAH yang di maksudkan ialah ISTIQAMAH DALAM BERTAUBAT.

Saya ulang:

“Istiqamah yang perlu kita lakukan ialah, istiqamah dalam bertaubat!”

3) Walaupun kita dah taubat, lalu kita ulang kembali dosa, maka taubatlah kembali. Andai kita jatuh lagi ke dalam lembah maksiat, bangkit dan bertaubatlah kembali. Andai sekali lagi kita tergelincir ke dalam dosa, bangun dan bertaubatlah kembali!

Seperti mana kita kerap melakukan dosa, maka, sekerap itu jugalah kita perlu bertaubat!

Jangan sesekali putus-asa dalam bertaubat. Pengampunan Allah itu maha luas. Kasih saying Allah itu maha dahsyat!

Lalu, apa lagi alasan untuk kita tidak terus bangkit melakukan perubahan?
Bangkit dan bertaubatlah!

Moga-moga kita di kurniakan syurga Allah atas usaha dan pengorbanan kita kembali padaNya!

4) Jangan menangguhkan taubat. Kerana, antara tanda fasiq(orang yang kerap melakukan dosa) ialah dia menangguh taubat.

Apakah kesan bila kita melambat-lambatkan taubat?

Ada banyak. Antaranya, kita akan mula ketagih dengan dosa, hilang rasa malu bila buat dosa, hilang rasa bersalah bila buat dosa, hati kita akan mula mati, tak rasa apa-apa bila melihat dosa, rasa normal dan selesa dengan dosa, bahkan, sampai satu tahap, kita akan pertahankan dosa, lalu memperjuangkan dosa serta menganggap dosa itulah kebenaran.

Nauzubillah.

5) Ciri-ciri orang beriman ialah dia tidak putus-asa dengan rahmat Allah, dan kerap melakukan taubat.
Jadi, jom buktikan istiqamah kita dengan bertaubat pada Allah, walau banyak mana pun kita terjatuh, terus bangkit dan jangan berputus-asa dari rahmat Allah!

2 March 2017 / Thursday / Tarbiah Sentap

Tinggalkan Jahiliah adalah Permulaan Tarbiah

Tahukah maksud Tarbiah? Tarbiah bermaksud BERUBAH.

Jika kita ikut tarbiah, tapi tak berusaha untuk berubah, bermakna, kita masih belum ikut tarbiah.
Nak tinggalkan jahiliah memang bukan sesuatu yang mudah. Siapa yang pernah terjebak, dia akan tahu betapa perit dan pedihnya nak tinggalkan dosa dan maksiat.

Namun..

Harga syurga adalah pengorbanan.
Harga syurga adalah kesusahan.
Harga syurga adalah ketabahan.
Harga syurga adalah kesabaran.
Harga syurga adalah keperitan.
Harga syurga adalah tangisan.
Harga syurga adalah rintihan.

Syurga bukan untuk orang yang bersenang-lenang di dunia, hanyut tenggelam "bergembira" dengan nafsu dosa noda.

Kerana, harta dagangan Allah itu mahal. Dan ketahuilah, harta dagangan Allah itu adalah syurga, dan harganya adalah pengorbanan.

Ya Allah.

Berilah kami semua kekuatan untuk tinggalkan maksiat. Kami tak tahan ya Allah. Kami terseksa dengan dosa. Ampunkan kami. Bebaskan kami..

27 February 2017 / Monday / Tarbiah Sentap

Apa khabar iman hari ni?

Ambil masa seminit dua, tanya pada diri...

Sejahtera ke iman aku hari ni?

Adakah amalan aku semakin bertambah?

Adakah fikrah (pemikiran) terhadap agama semakin bertambah?

Alhamdulillah sekiranya semakin bertambah! Anda memang osem! 👍

Sedar tak, sebenarnya kita banyak sangat buang masa!

Serius!

Siapa di antara kita selalu sangat buat macam ni lagi-lagi sebelum tidur...

Scroll facebook, scroll lagi, lagi dan lagi sampai bosan...

Bila dah bosan, check kejap group whatsapp atau telegram kalau-kalau ada mesej masuk..

Bila dah bosan, check pula twitter, haa lagi lah lama scroll..

Habis scroll, pergi tengok instagram pula! Scroll lagi, like sikit komen sikit..

Fuhhhh habis pun scroll instagram...

Ok next round! Ting! Ting! Ting!

Buka balik facebook! Scroll lagi, tengok video sikit, komen, share, like.. Scroll lagi! Ok stop! Twitter pula! 

Dan diikuti dengan media sosial yang lain..

Fuhhh penatlah jari asyik scroll je! Ok jom tidur!

Golek kiri, golek kanan, capai phone..

Ting! Ting! Ting! Next round!!!

Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, Telegram lagi, lagi dan lagi!

Konon nak tidur pukul 11 malam, sedar tak sedar dah pukul 2 pagi!

4 jam dihabiskan dengan scoll dekat phone!

Lepas tu tidur lambat, bangun lambat, solat Subuh lewat, qiamulail apatah lagi.

Benarlah manusia selalu berada dalam kerugian! Rugi sebab buang masa!

Ok kalau ada tabiat buang masa macam ni, jom ubah! Jom maximumkan masa kita dengan perkara yang berfaedah!

Baca al-Quran ke, hafal al-Quran ke, baca buku-buku Tarbiah Sentap ke. hehe

Moga kita sama-sama dapat terus ingat mengingati agar jadi insan-insan yang beruntung! 😊😊

24 February 2017 / Friday / Tarbiah Sentap

Sejahat mana pun ibu ayah kita, hakikatnya dia tetap ibu ayah kita.

Yang telah lahirkan kita
Yang telah besarkan kita
Yang telah cukupkan keperluan kita

Tak kisahlah ibu kita seorang pelacur atau ayah kita seorang perompak.

Santunilah mereka.

Selagi mereka tak memerangi Islam dan tak memaksa kita menolak syariat, sayangi mereka.

Saya cukup salute kat mereka yang tak rasa malu pun memimpin ibu ayah mereka yang teruk seolah-olah ibu ayah mereka adalah raja dan permaisuri sebuah negara!

Kerana hakikatnya, mereka ibu dan ayah kita. Ada hak yang perlu diberi pada mereka.

Paling tidak pun, doakan mereka!

21 February 2017 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Kalau kita terus bermain-main, terus leka dengan hiburan dan maksiat, apakah yang akan jadi kepada generasi selepas kita?

Saya pernah pergi ceramah di beberapa sekolah, yang mana ada kes sekolah yang anak luar nikah sentiasa di lahirkan oleh pelajar, sehingga puratanta ialah setahun 2 orang. Ada kes yang student ucap syahadah pun x reti. Solat jangan cakap, sangat ramai yang tinggal.

Di universiti pula, ramai yang tenggelam dgn couple, vape, rokok, obsess artis, marathon movie, dan macam biasa, ramai juga yg x tutup aurat, baca quran masih tersekat solat tinggal dan sebagainya. Belum cerita dari sudut PEMIKIRAN, yang kebanyakannya terpengaruh dgn ideologi liberal, plural, syiah, hedonisme dan sbgnya.

di sudut politik pulak, dgn pergaduhan sesama umat islam masih x settle, pihak A dan B masing2 fitnah memfitnah, caci mencaci, menjadi pengkhiatan dan penyamun.

Saya kadang risau.

Kalau generai HARI telah menjadi seteruk ini, apakah yang akan jadi pada generasi akan datang???? Sepanyol dahulu di kuasai oleh islam selama 800 tahun. Namun, akibat lalai, hari ini, sepanyol di kenali sbg negara kristian, generasi demi generai hancur hingga islam seolah2 x pernah hadir di situ.

Apakah peranan kita?

Mahu terus lalai?

18 February 2017 / Saturday / Tarbiah Sentap

Kalau kita tengah demam, mesti makan apa pun rasa pahit. Betul tak?

Rasa tak ada selera nak makan, rasa nak muntah je…

Haa tu kalau jasad yang demam. Macam mana pula kalau iman yang demam?

Tiap kali lakukan amal ketaatan seperti solat, baca al-Quran dan sebagainya, tapi rasa tak ada roh. Rasa kosong, tak dapat rasa kehadiran Allah, tak rasa takut, tak rasa nak menangis.

Iman tengah demam? 

Tahu tak, kalau begitulah simptom-simptomnya, mungkin iman kita tengah demam.

Mungkin iman kita kena serang dengan penyakit-penyakit hati.

Tak tahulah, mungkin kita sombong, ujub, riak, takabur dan entah apa-apa lagi virus iman yang pelik-pelik.

Hingga akhirnya iman kita demam. Sebab itulah kita tak rasa apa-apa bila buat amal ketaatan.

Jadi, jom cepat-cepat muhasabah diri dan taubat pada Allah agar sentiasa dapat rasa kemanisan iman!

15 February 2017 / Wednesday / Tarbiah Sentap

Tahu tak salah satu punca maksiat datang dari mana?

Dari pandangan!

Sebab tu Allah suruh kita tundukkan pandangan.

Tundukkan pandangan dari memandang perkara haram!

Zaman sekarang ni, kalau tak tunduk pandangan, tengok apa pun boleh tembus. Kalah superman!
Jadi, tundukkan pandangan ye!

Macam mana kita nak lihat Allah di syurga kalau di dunia sering melihat perkara yang haram?

Moga Allah selamatkan kita semua dari kemurkaanNya! 😊

9 February 2017 / Thursday / Tarbiah Sentap

Nak tahu hati kita busuk ke tak, simple je. Kalau kita selalu mengumpat dan memburukkan orang, sebenarnya hati kita busuk.

Ibn Athaillah menyebut dalam kitabnya Bahjah Annufus:

“Wahai saudaraku, jika engkau ingin menguji kebersihan hati seseorang, cuba sebutkan kehidupan seseorang yang tidak bersamamu di hadapannya. Kemudian, perhatikan bagaimana tindak balasnya. Andai tindak balasnya ialah menyebut keburukannya, menyebut aib-aibnya, serta mengingkari kebaikannya, dia jatuhkan martabat orang tersebut, dia makan dagingnya, dia mencela orang tersebut dan terus menyatakan keburukan orang tersebut. Andai itu yang dia ungkapkan, ketahuilah bahawa hati orang itu sedang SAKIT, tidak mengenal Allah, dan dia tak tergolongan di kalangan orang yang soleh dan bersih!!”

(Ibn Athaillah)

Moga Allah jauhkan kita dari mengumpat, memburukkan orang, fitnah, bukak aib orang dan yang sama waktu dengannya.

7 February 2017 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Boleh ke kalau nak kahwin lambat?

Ada beberapa orang tanya saya,

"Shuk, kalau aku kahwin umur 30 ke atas, ok ke? Sebab sekarang ni aku tak rasa nak kahwin la. Aku nak enjoy, dan puaskan hidup bujang.."

Sebenarnya bukan sorang yang tanya, tapi ramai juga yang tanya soalan lebih kurang macam ni. Saya menarik nafas panjang bila orang tanya macam ni.

Saya sedar yang saya bukannya orang yang layak untuk jawab soalan macam ni. Sepatutnya tanyalah orang yang dah berpengalaman berpuluh2 tahun berkahwin.

Tetapi, apa salahnya saya kongsi sedikit pandangan saya. Sekurangnya, kalau pandangan saya ni salah, ada juga orang tolong betulkan semula.

Ok, ini pandangan yang tak seberapa dari saya,

1. Nikmatilah zaman bujang selagi boleh. Tetapi setakat "seadanya" sahaja. Seadanya tu maksudnya, kalau dah mampu nikah, JANGAN bertangguh-tangguh, tetapi JANGAN pula tergesa-gesa.

Apa maksud 'mampu'? Saya dah hurai di sini, jemput baca :

http://www.tarbiahsentap.com/2015/12/macam-mana-nak-nikah-tanpa-couple.html

2. Kalau sekitar umur 20an (20,21,22,23) ni masih normal lagi untuk tak nak kahwin. Tetapi kalau dah usia cecah 29, 30 pun masih tak nak kahwin, ini tak sihat.

Sebab setakat yang saya jumpa, orang yang dah usia lebih 30an, dia dah mula MALAS FIKIR kahwin. Sebab apa?

Sebab mereka dah TERBIASA hidup bujang. Jadi, mereka tak nak keluar dari 'comfort zone' yang ada.
Tak dinafikan yang tak jumpa calon, kewangan dan lain2, ini isu lain. STATUS saya ni fokus kepada golongan yang dah mampu, tetapi masih tak nak kahwin.

3. Kalau anda nak sangat kahwin lewat sampai umur 30'an ke atas walaupun dah mampu, anda fikir 1 perkara je,

ZURIAT.

Setiap orang yang berkahwin, mesti nakkan zuriat. Ini normal. Yang tak nak ada zuriat, ini pelik. Golongan gay dan lesbian yang kahwin di luar negara seperti Amerika pun masih nak zuriat juga walaupun memang tak boleh dapat pun (at the end, guna anak angkat. Ceh).

Anda sanggup ke nak jaga anak kecik saat umur dah tua, mula sakit belakang sebab malas bersenam, dan sebagainya? Hehe.

Ok let say anda kahwin umur 30.

Nanti umur dah 45, anak baru tingkatan 3. Bila umur dah 50, anak baru nak masuk 20 tahun (baru nak kenal dunia, macam kita la). Tapi itu baru anak PERTAMA. Macam mana pula anak kedua? ketiga? keempat? dan seterusnya?

Bagaimana? Nak upah pengasuh?

4. Itu kalau dapat rezeki bunting pelamin (mengandung dalam masa terdekat).

Kalau kahwin tetapi sampai 5, 10 tahun kemudian baru dapat anak, macam mana?

Ada kenalan saya yang dah 7 tahun kahwin masih belum ada zuriat. Ada yang 13 tahun kahwin, masih takda zuriat. Dan banyak lagi.

Ini semua rezeki Allah. Zuriat ni hak Allah. Tetapi kita TAK SALAH merancang. Kan?

5. Kepada anak muda yang baca status ni,

a) Jagalah ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram). Kalau hari ni kita tak usaha jaga diri sendiri dan juga agama Allah, macam mana Allah nak jaga pasangan dan zuriat kita nanti?

b) Kalau dah MAMPU, berkahwinlah. Tetapi ingat, JANGAN TERGESA-GESA, dan JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.

c) Kalau kahwin waktu belajar macam mana? Nasihat ikhlas saya, habiskan belajar, baru kahwin. Kenapa?

Nanti saya hurai dalam status lain, kalau sempat la.
Rilek, jangan kecam dulu. Tunggu dulu. Cuma kalau tengah bercinta couple bagai sekarang ni, BERPUASALAH, dan TAKUTLAH ALLAH.

d) Kahwin ni perkara yang serius, melibatkan aqidah, maruah, masa depan, harta, dan keturunan. Semua ini ada TANGGUNGJAWABnya tersendiri. Kita kena tanggung, dan jawab depan Allah nanti.

Jangan buat main.

e) Kepada yang boleh cepatkan perkahwinan, cepatkanlah. Jangan tunda-tunda. Takut bawa kepada maksiat.

Kesimpulan.

Anda masih nak kahwin lambat lagi? Terpulang. Saya tak paksa, sebab itu keputusan hidup anda. Saya tak da hak nak tentukan apa-apa.

Cuma tu la, fikir panjang sikit la sebelum buat apa-apa keputusan. Dan jangan lupa untuk...

Istikharah dan istisyarah (berbincang dengan orang lain).

Saya petik sebuah kata-kata menarik (ini BUKAN hadis Rasulullah),


مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَ ، وَلاَ نَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ

“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan Istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka beristisyarah”

Wallahu'alam.

6 February 2017 / Monday / Tarbiah Sentap

Ramai orang, akibat terpengaruh dengan artis-artis yang cantik dan hensem, dan terpengaruh dengan fashion-fashion dan pemikiran bahawa "cantik adalah segala2nya" yg di war-warkan di TV, drama dan sbgnya, akhirnya, wujud ramai org yg TAK BERSYUKUR dgn wajahnya.

Tak cantik, banyak jerawat, dia sedih. Bila cantik, bangga dan selfie atau post gambar kat media sosial. Bila tak cantik, tak dapat couple macam org lain. Bila cantik, ramai laki suka.

Ada apa pada kecantikan??

Cantik tak semestinya Allah suka. Tak cantik tak semestinya Allah tak suka.

Sebab Allah LANGSUNG TAK PANDANG wajah! Bahkan Allah pandang hati!

Dan, manusia yg hati kotor sahaja memandang seseorang berdasarkan luaran.

Hensem je dia suka. Tak hensem dia tak suka. tak kisahla yg hensem tu kafir ke, hanya kerana hensem, terus obsess. Asal cantik je suka. Apa ini semua?

Kawan.. Ingat. Allah langsung tak pandang wajah. Tak payahla sedih bila tak di kurniakan wajah yg cantik macam orang yg cantik. Apa yg nak di sedihkan? Takut tak dpt kahwin ke?

Berapa ramai org yg takdelah hensem dan takdelah cantik, tapi boleh je kahwin, bahagia pulak tu. Dan ada byk jugak kes suami isteri hensem cantik, tapi cerai dan porak peranda.

Kebahgiaan, ketenangan, kemanisan itu bukan pada wajah yg cantik. Tetapi, pada HATI yang cantik, IMAN yang tinggi, dan AMAL yang bersungguh-sungguh.

Maka, mengapa perlu bersedih dgn wajah yg Allah dah jadikan dgn cukup sempurna? Bersyukurlah, dan majulah ke hadapan.

Tak payahla sebab nak cantik punya pasal, nak kena puji punya pasal, nak couple punya pasal, sanggup make up, pakai seksi, fashion sini sana, x tutup aurat, pakai ketat, selfie je kerja, lips tick sini sana. Tak perlu pun. Tak perlu nak buat pembedahan plastik.

Syukur je dgn apa yg ada.

Wajah yg cantik dan hensem itu UJIAN.

Wajah yg kurang cantik dan kurang hensem tu pun UJIAN.

31 January 2017 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Saya ada kenal ramai orang yang duluny sangat baik, soleh, bahkan pengawas. Ada juga yang hafal 30 juzuk alquran, selalu jadi imam dan sebagainya.
Tapi, entah kenapa, berlalu waktu, tiba-tiba, kini, orang yang saya kenal dulunya dia baik, tiba-tiba berubah menjadi watak yang lain, bahkan macam tak masuk akal dan sangat terkejut dengan perubahan dirinya.
Saya ada kawan, yang dulu hafal 30 juzuk dan selalu jadi imam, tiba-tiba sekarang couple, keluar malam dengan perempuan, siap tak pakai baju dan gerak2kan dada dan t***knya kat instagram, mencarut sini sana, dan sebagainya.
Sedih.
Saya ada anak murid, dulunya pengawas, mulia akhlaknya, hafal quran sangat laju, dapat anugerah pelajar harapan, tapi tiba-tiba, setelah pindah sekolah, jadi seorang yang sangat teruk, tak tutup aurat, ikhtilat & couple, mencarut sini sana, dan sebagainya.
Oh, mungkin ada yg rasa mencarut, couple, ikhtiat tu semua normal.
Baiklah. Saya cerita yang ekstrim lagi.
Saya ada anak murid juga, yang dahulunya sangat baik, bertudung labuh dan berjubah, semangat time program, hafal quran dalam 5 juzuk tak silap saya, dan agak pandai dalam akademik, tiba-tiba, bila pindah sekolah, bergaul dengan kawan yang salah, akhirnya dia bukak tudung, keluar ke kelab malam dengan laki, minum arak, berzina, siap bangga dekat twitter, seolah-olah dia tak pernah dapat didikan agama.
Persoalannya:
"Mengapa ini semua terjadi wahai kawan??"
Kenapa orang yang baik boleh berubah jadi jahat? Bahkan, kadang2, kita tak sangka dia boleh jadi sejahat tu.
Jawapannya hanya satu wahai kawan. Kerana, kita TAK MENSYUKURI nikmat hidayah yg Allah dah bagi pada kita....
Kita tak hargai nikmat kawan2 yang baik.
Kita tak syukuri nikmat teguran yang Allah datangkan melalui kawan, ibu ayah atau guru. Kita benci teguran.
Kita tak syukuri nikmat agama yang Allah dah bagi pada kita.
Kita tak syukuri nikmat tutup aurat yang Allah bagi pada kita. Bahkan kita bongkak dan riak.
Kita tak syukuri nikmat dapat solat. Kita lambatkan solat.
Akhirnya, bila kita tak syukuri segala nikmat kebaikan, segala nikmat iman dan amal, segala nikmat hidayah yg Allah bagi pada kita, maka tika itu, boleh jadi Allah akan TARIK HIDAYAH dari diri kita.
Akhirnya, tanpa hidayah Allah, hancur leburlah kita, tenggelam dalam maksiat....
Kawanku...
Doalah selalu agar Allah tetapkan hidayah dalam diri kita.
Kawanku...
Maybe kita tak rasa takut dengan Allah bila buat maksiat. Sebab Allah tak turunkan azab on the spot ketika kita buat maksiat. Takde pun lepas kita buat maksiat, tak kisahla dosa kecik ke besar, tiba2 terus tsunami.
Memang takde.
TAPI...
Ramai orang lupa bahawa, MAKSIAT itu hakikatnya adalah satu AZAB dari Allah.
Ye.
Maksiat itulah azab. Yang mana, akibat dari maksiat, bukanlah kematian jasad, tetapi, kematian hati. Ya, HATI MATI.
Bila hati mati, tiada lagi Allah dalam hidup kita.
Maka, bermulalah kehancuran di dunia dan akhirat.
Kerana itu wahai kawan, bertaubatlah pada Allah, berdoalah pada Allah, jangan pandang hina orang, jangan kufuri nikmat hidayah, hargailah setiap teguran yang datang..
Moga Allah matikan kita dalam keadaan Dia REDHA akan kita.
Ya Allah, maafkan kami...

28 January 2017 / Saturday / Tarbiah Sentap

Hakikatnya, “Tarbiah Sentap” yang saya maksudkan bukanlah tarbiah dengan cara sentap.
Hakikatnya, “Tarbiah Sentap” bukanlah cara, tetapi, RESPON! Bermakna, dengan tarbiah, kata-kata dan ucapan saya, saya berharap agar ia berjaya menyentap hati, menyentuh hati, seterusnya membuahkan amal setiap orang yang membacanya.
Kerana, bagi saya, HATI adalah elemen penting. Kerana itu, kebanyakan topik yang saya sering bicara dan kupas, adalah perkara yang amat berkait rapat dengan hati.
Seterusnya, saya nak menerangkan sesuatu perkara, iaitu tentang dakwah HIKMAH.
Saya nak utarakan kepada anda semua, apakah itu hikmah??
Adakah hikmah bermaksud dakwah dengan cara lembut? Jika hikmah ialah lembut, bermakna, adakah nabi dan sahabat tidak hikmah kerana mereka berperang? Adakah Abu Bakar tak hikmah kerana menampar pipi Umar Alkhattab? Adakah Umar yang terkenal dengan garang dan tegas tidak hikmah?
Hakikatnya, hikmah ialah menegur mengikut suasana dan keadaan! Jika keadaan ketika itu perlu lembut, kita lembut. Kalau time tu perlu agresif, kita agresif. Kalau time tu perlu diam, kita diam. Kalau time tu perlu kasar dan tegas, kita kasar dan tegas!!
Bahkan, tidak hikmah ialah, ketika perlu tegas dan lantang, kita lembut dan diam. Ketikan perlu lembut dan diam, kita agresif dan lantang. Itulah namanya tak hikmah!!
Bermakna, hikmah bukan bermakna lembut semata-semata.
Lagi satu, saya nak timbulkan persoalan:
“Apakah yang akan terjadi, andai semua pendakwah berdakwah dengan cara lembut??”
“Apakah yang akan terjadi, andai semua pendakwah berdakwah dengan cara tegas??”
“Apakah yang akan terjadi, andai semua pendakwah berdakwah dengan cara lawak??”
“Apakah yang akan terjadi, andai semua pendakwah berdakwah dengan cara serius??”
Bagi saya, andai dakwah ini hanya lembut sahaja, atau dakwah ini hanya tegas sahaja, atau hanya lawak sahaja, atau hanya serius sahaja, maka, dakwah ini akan jadi bosan!!
Bayangkan, andai semua pendakwah lembut, nescaya, musuh islam akam mudah memperkotak-katikkan serta pijak kepala umat islam. Dan, bagaimana pula kita nak menyentuh orang yang hati mereka keras??
Bayangkan juga, andai semua pendakwah tegas dan keras, macamana nak sentuh hati orang yang cepat terasa dan kuat merajuk?
Kerana itu, bagi saya, DAKWAH ITU ADALAH SENI!!
Kepelbagaian cara dan sifat dalam diri pendakwah membuatkan dakwah itu lebih indah dan menarik! Dengan pendakwah lembut, ramai yang hati lembut dapat hidayah. Dengan pendakwah tegas, ramai yang hati keras sikit, dapat hidayah.
Kerana itu nabi tak pernah marah Abu Bakar dengan kelembutannya. Kerana itu nabi tak pernah marah Umar dengan ketegasan dan keagresifannya. Kerana itu nabi tak pernah marah Uthman dengan sifatnya yang pemalu. Juga, nabi tak pernah marah Ali dengan sifatnya yang sangat berani.
Kerana, dengan adanya sifat yang pelbagai dalam diri pendakwah, maka, lagi ramailah orang akan dapat hidayah dengan sifat yang pelbagai, serta latar belakang hidup yang pelbagai.
***
Kesimpulannya, bagi saya, kalau kita ni nak berubah, kita jangan tengok siapa yang bercakap, atau siapa yang tegur kita, atau bagaimana cara orang tegur kita.
Kita ambil isi dia, dan berubahlah. Kalau kita tak nak berubah, kita akan sentiasa complain dan menuding salah para pendakwah dengan pelbagai tohmahan.
Nabi sendiri di tuduh gila, sesat, pemecah belah umat, ahli sihir, kena rasuk jin dan macam-macam lagi tuduhan, sedangkan, nabi dakwah penuh hikmah.
Kalau anda rasa, tarbiah sentap ni tak sesuai untuk anda berubah, jangan risau, banyak lagi cara untuk anda dapat kebaikan.
Anda boleh ke kuliah ustaz Azhar Idrus, atau Dr Zahazan, Dr Zaharuddin, Imam Muda Aysraf, Imam Muda Nazrul, dan banyak lagi. Beribu-ribu pendakwah yang ada zaman sekarang. Maka, janganlah bagi alasan untuk tak nak berubah.
Jangan jadi orang yang hanya menyalahkan orang lain yang ingin mengubah kau, sedangkan kau sendiri tidak mahu berubah, walau di tegur dengan cara paling lembut sekalipun.
Wallahua’lam.

25 January 2017 / Wednesday / Tarbiah Sentap

Bersahabat ni adalah satu anugerah dari Allah. Kalau hidup kita takde sahabat di sisi, hidup akan jadi bosan, takde kemanisan, tertekan, resah, rasa kosong dan lain-lain.
TAPI, ramai di kalangan kita hari ni tak dapat rasai KEMANISAN BERSAHABAT.

Apa itu kemanisan bersahabat??!

Anda tahu, macamana Nabi mencintai abu bakar? Sehingga nabi kata, kalau aku boleh ada kekasih selain Allah, nescaya Abu Bakar adalah kekasihku!
Anda tahu mcmana Abu Bakar cinta nabi??Sehingga beliau sanggup menahan sakit di gigit kala jengking di dalam gua thur semata-mata nak halang binatang tu sengat nabi yang amat dia cintai!
Anda tahu tak, macamana nabi cintakan Umar? Sehingga nabi kata, kalaulah ada nabi selepas aku, nescaya Umarlah nabi. Dan anda tahu mcmana Umar mencintai nabi? Sehingga umar kata, beliau lebih mencintai nabi dari keluarga dan dirinya sendiri!!
Kalau anda baca kisah nabi dan sahabat, bagaimana mereka saling cinta mencintai kerana Allah, anda akan dapat rasakan bahawa indahnya bersahabat!

Persoalannya, kita hari ni macamana??

1) Kita tak suka bersahabat dgn orang yang selalu tegur kesalahan kita. kita lagi suka bersahabat dgn kawan yang tak tegur kita, bahkan buat dosa sama-sama dengan kita.
Kalau kita couple, kita akan suka kawan dgn orang2 yg couple.
Kalau kita ikhtilat, kita suka kawan dgn orang2 yg ikhtilat.
Kalau kita kaki rokok/vapers, kita akan suka kawan dgn kaki rokok/vapers.
Kalau kita kaki korea/barat dan lain-lain, kita akan suka kawan dengan mereka.
Manakala, orang yang selalu tegur kita, nak bimbing kita, nak selamatkan kita dari maksiat, kita BENCI dia, pulau dia, jauhi dia dan sebagainya.
2) Percayalah, kemanisan bersahabat hanya akan di rasai bila kita menunaikan HAK-HAK PERSAHABATAN.
Tegur menegur, bimbing membimbing ke arah kebaikan, suport ke arah kebaikan, sering mengingatkan kita tentang Allah , saling mendoakan, cegah kita dari maksiat, tak buat dosa sama-sama, bekerjasama dalam dakwah dan tarbiah, menyelamatkan kita time kita lemah semangat dan hampir jatuh, dan sebagainya.

Itulah HAK UKHWAH.

3) Tapi hari ni, ramai yang tak tunaikan hak ni. Sebab tu tak ramai yang merasai nikmat berukhwah dan bersahabat SESAMA JANTINA.
Yang mana, akibat dari tak dapat rasa nikmat ukhwah dan persahabatan sesama jantina, maka ramailah yang memilih jalan couple dan ikhtilat bagi memuaskan diri.
Kawanku...
Kalau anda tak dapat rasai lagi nikmat bersahabat, atau, kalau anda masih tak jumpa lagi sahabat yang betul-betul memberi perubahan pada anda, maka nasihat saya:
"Carilah mereka!"
Dan, kalau anda dah jumpa sahabat yang baik, maka, peganglah mereka erat-erat!
Ingatlah pesanan imam syafie:
"Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali…”
wallahua'lam.
"Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang baik, yang mendekatkan diriku denganMu ya Allah. Dan, jauhilah aku dari bersama orang-orang yang menjauhkanku dariMu ya Allah!"

22 January 2017 /  Sunday / Tarbiah Sentap

Ramai di antara kita yang mengaku:

"Aku cinta nabi!!"


Tapi, tak ramai di kalangan kita yang mampu MEMBUKTIKAN cinta kita pada nabi. Hanya sekadar omong kosong kata cinta nabi, tapi, amal kita seolah-olah membuktikan yang kita amat membenci nabi.
Sunnah nabi kita abai. Apa yang nabi suruh, kita tak buat. Kita tak sensitif melihat kemungkaran dan dosa, bahkan boleh berhibur dengannya. Kita tak menangis rindukan nabi. Kita tak risaukan ummat yang makin hanyut dengan dosa seperti mana nabi dulu menangis memikirkan kita.
Adakah kita ni betul-betul cintakan nabi?
Jika ya, apakah BUKTI CINTA kita pada nabi?
Adakah layak kita bersama nabi di syurga kelak, dan melihat senyuman nabi?

16 January 2017 / Monday / Tarbiah Sentap

"Allah hanya akan ubah orang yang nak berubah. Orang yang tak nak dan nak tak nak, Allah takkan ubah..."


Orang yang ikhlas nak berubah, dia takkan beralasan. Dia akan sanggup menempuh segala onak duri, kutukan dan cercaan manusia, dan sebagainya. Kerena dia sedar, nak masuk syurga memang kena bersusah payah.
Orang nak exam, akan push diri dia gila-gila untuk skor exam.
Orang nak dapat duit sanggup kerja pagi petang siang malam sebab nak sara hidup.

Mengapa kita tak boleh berkorban untuk Allah?


Punca kita susah nak berubah ialah kita sering bagi alasan untuk berubah. Kerana, orang yang NAK berubah, dia takkan bagi alasan.
Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.
Ya Allah, berilah kami kekuatan!
Moga Allah kurniakan kami dan anda kekuatan!

13 January 2017 /  Friday / Tarbiah Sentap

Saya banyak kali handle kes orang yang nak kahwin ni, kebanyakannya, bila saya tanya:
“Kenapa kau nak kahwin sangat ni?”
80% bagi jawapan:
“Sebab aku nak tinggalkan maksiat….”
Saya mengeluh kecil.
Ramai orang dia nak kahwin sebab nak menghalalkan couple yang mereka telah lakukan sekian lama. Atau nak menghalalkan ikhtilat supaya mereka lepas-lepas ni boleh la mesej-mesej dan pegang-pegang semua tu dengan jalan yang halal. Sebab tu mereka nak kahwin.
Pokoknya, nak tinggalkan maksiat.

TAPI, adakah kahwin ni tujuannya hanyalah untuk nak tinggalkan maksiat??

Percayalah, percayalah!
Anda jangan ingat, lepas kahwin, maksiat yang anda buat tu akan hilang. Ramai orang ingat, kahwin ni, magik, lepas kahwin, insyallah dah tak buat maksiat.
Ada yang kahwin sebab tak nak ikhtilat, dan akhirnya dia kahwin.
Tapi lepas kahwin, ikhtilat dengan perempuan lain, dan akhirnya curang.
Puncanya kenapa? Sebab, sebelum kahwin mereka tak jaga ikhtilat. Kami dapat ratusan soalan macam ni.
Ada yang kahwin sebab tak nak tengok video lucah dah. Tapi lepas kahwin, mereka akhirnya jatuh juga ke kancah video lucah.
Kami dah banyak kali handle kes dan soalan macam ni, dapat soalan si ayah tengok video lucah, ada kes si ibu tengok video lucah, bahkan sampai porak peranda sampai ada yang bercerai.
Ada yang kahwin sebab dah berzina dan terlanjur, dan untuk mengelakkan rasa malu dan nak rasa bertanggungjawab, mereka pun kahwin.
Tapi, ada jugak banyak kes, si suami curang lepas kahwin, ada juga kes si isteri curang selepas kahwin dan sebagainya. Puncanya apa? Sebab sebelum kahwin mereka dah berlaku curang pada diri sendiri iaitu dengan berzina.
Akhirnya, anda jangan ingat dengan kahwin ni, anda mampu tinggalkan maksiat. Sungguh, anda kena tahu, bahawa, perkahwinan ni bukan magik.

10 January 2017 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Saya ada persoalan untuk kita fikirkan hari ini. Kenapakan, bila manusia stress duduk di kawasan bandar, kita akan cari pemandangan alam kat luar bandar seperti pergi laut, hutan, pulau, panjat gunung dan sebagainya?

Ada yang kata sebab ketenangannya. Tapi, kenapa kita tenang bila pergi ke sana melihat pemandangan alam sekitar? Apa puncanya? Hehe.
Antara faktor utamanya adalah, sebab alam sekitar itu BERZIKIR mengingatii Allah dengan cara mereka sendiri. Mereka berkumpul sekelompok dan berzikir. Dengan zikir kepada Allah, akan jadi tenang.
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Surah al Isra 17 : 44)
Hati kita tenang sebab kita hanya menumpang ketenangan mereka saja. Sebab tu hati kita rasa tenang, damai, tenteram dan segala bagai.
Tetapi persoalannya kan.... Sampai bila kita nak tumpang ketenangan mereka? Takkan la selamanya nak duduk laut, nak tinggal atas gunung, nak lepak dalam hutan dan sebagainya. Akhirnya kita kena balik rumah, balik ke bandar dan sebaganinya.

So macam mana nak tenang semula?

Formulanya senang je, dengan berzikir pada Allah juga. Tanya pada diri kita, sehari berapa banyak kali kita istighfar pada Allah? Rasulullah yang maksum takde dosa tu pun, sehari istighfar sampai 70 kali. Ada riwayat lain kata, Rasulullah istighfar sampai 100 kali.
Kenapa kita susah nak istighfar sedangkan Rasulullah pun istighfar? Dah jom istighfar sekarang, jangan baca je. Hehe
Lepas tu, sehari berapa mukasurat kita baca al Quran? Atau seminggu sekali je baca? Bacalah al Quran at least sehari satu muka surat. Bukan lama sangat pun.
Saya tahu, ramai yang tak sempat membaca sebab sibuk kerja. Tapi takkan anda takde waktu rehat langsung? Kerja 8 jam takde rehat? Waktu rehat tu, baca la al Quran walau 1 muka surat.
Ketenangan ni selamanya akan dapat dengan ingat Allah. Ingat Allah bukan waktu kita stress, waktu ada problem, waktu ada masalah dan macam2, tapi LEBIH dari tu. Iaitu ingat Allah waktu kita senang, gembira, dapat gaji dan sebagainya. Ingat Allah waktu senang, insyaAllah Allah akan ingat kita waktu kita susah.
ok? :)
Jom istighfar dan baca al Quran sekarang

7 January 2017 / Saturday / Tarbiah Sentap

Jihad NAfsu vs Perang

Kita selalu bercita-cita nak mati syahid, nak pergi perang, nak lawan musuh dan sebagainya.
Tapi, ramai yang lupa, KITA TAKKAN MAMPU nak melawan musuh kalau kita tak mampu nak lawan nafsu kita.
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk tengok video lucah?
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk tengok drama korea jepun hindustan melayu bangla yang ada unsur aurat, pergaulan bebas, cintan cintun pegang pegang cium-cium dan sebagainya?
Sejauh mana kita lawan nafsu kita dari berikhtilat bercouple bajet islamik, bermesej2 dengan crush dan sebagainya?
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk solat 5 waktu, bertahajud dan baca quran tiap hari?
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk baca buku-buku agama, buku sirah nabi, buku dakwah, buku tarbiah dan sebagainya.
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk study dan siapkan assignment kita?
Atau kita sering tewas dengan nafsu sendiri, tertawan dengan nafsu sendiri.
Ingat.
Kalau kita mengimpikan SYAHID, kita kena mulakan dengan bertungkus lumus melawan nafsu.
Ya Allah, berilah kami kekuatan!!

4 january 2017 / Wednesday / Tarbiah Sentap

Pernah tak kita rasa tertekan, buat dosa, dah taubat, tapi kita buat balik. Kemudian kita taubat, tapi lepas tu jatuh semula ke maksiat yg sama..
Berulang-ulang, ulang dan ulang..
Orang yang hatinya HIDUP, pasti dia akan merasa sangat sedih, pedih dan amat terseksa kerana terpenjara dengan dosa noda.
Satu je nak pesan.

Jangan putus asa wahai kawan.

Saidina ali pernah bagitahu:
"Orang yang paling untung ialah orang yang sering di uji dgn dosa, dan dia bertaubat..."
Kawan..

Taubat ni bukan magik.

Bukan taubat sekali, esok terus dapat tinggal maksiat.
Tidak.
Taubat ni realistik. Kena taubat, taubat, taubat dan taubat. Bahkan, kalau rasa tak pernah buat dosa pun kena taubat.
Kerana apa?
Kerana Allah sangat CINTA hambanya yang bertaubat..
Ya wahai kawan..

Allah CINTA KAU kalau KAU bertaubat!

Setiap kali kita sujud, menangis pilu mengenang dosa, insaf dan doa merayu merintih memohon ampun, setiap kali itulah ALLAH SANGAT MENCINTAI KAU wahai kawanku...
Ingat...
"Pintu taubat takkan terbuka dgn sekali ketuk, tetapi, pintu taubat akan terbuka setelah kia ketuk berkali-kali.."
Moga Allah bagi kita hidayah dan kekuuatan untuk kita sering melazimi taubat.

29 November 2016 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Allah itu maha pengampun.

Walau tinggi mana dosa kita, walau sebanyak mana maksiat yang kita laku, walau seringkali kita mungkir taubat kita pada Allah, Allah tetap memberi kita peluang untuk bertaubat, dan Allah sentiasa menawarkan keampunannya buat kita.

Namun...

Jangan gunakan alasan "Allah maha pengampun" untuk terus melakukan dosa.

Ya, Allah maha pengampun.

Tapi jangan lupa, bahawa Allah juga maha pemberi azab, dan azab Allah sangatlah pedih.

Moga Allah jadikan kita hamba yang sering bertaubat insyaAllah!

15 November 2016 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Dunia ni PENJARA untuk orang beriman.

Kita kena bersusah-payah.

Kita kena berkorban.

Kalau orang lain boleh zina, boleh couple, cium-cium bagai, kita tak boleh.

Kalau orang lain boleh makan babi, minum arak, kita tak boleh.

Kalau orang lain boleh pergi clubbing, main judi, layan pelacur, kita tak boleh.

Kalau orang lain boleh nak rasuah, riba, menipu bagai untuk kaya, kita tak boleh.

Kita kena solat, zakat, haji, puasa, sedekah, qiamullail, tahan nafsu, takleh buat maksiat, kena sabar, kena dakwah lagi, lepas tu kena kutuk, orang pandang lekeh, dan sebagainya.

Susah memang susah.

Tapi, Allah janjikan SYURGA andai kita mampu bersabar.

Di syurga, kita nak apa, semua boleh!

29 October 2016 / Saturday / Tarbiah Sentap

Wahai kawan.

Pernah tak kau menangis sebab tak tahan dengan dosa yang kau lakukan?

Kau nak bebas dari dosa, tapi dirimu seolah terpenjara dengan dosa yang telah dikau laku?

Pernah tak kau bertaubat dari maksiat yang kau buat, namun, kau terjatuh dan tergelincir dalam dosa yang sama berulang-ulang kali?

Pernah tak kau rasa cukup terseksa dengan dosa yang kau laku, namun, tika kau mahu tinggalkannya, kau tak mampu kerana diri kau seolah dah ketagih dengan dosa tersebut?

Wahai kawan...

Pernah tak kau rasa beban atas dosa yang dikau laku?
Pernah tak dikau menangis teresak-esak kerana kau mahu bebas dari dosa?

Pernah tak dikau bangun di malam hari seorang diri, ambil wudhuk, solat taubat, merintih, merayu pada Allah agar Allah beri kau kekuatan untuk tinggalkan maksiat?

Wahai kawan...

Kadang, kita selalu rasa seolah tiada lagi JALAN KELUAR dari maksiat yang telah kita laku.

Bahkan, kadang kita rasa putus asa dengan Allah. Kita putus asa dengan taubat, kita rasa pengampunan Allah tidak layak untuk kita.

Namun...

Yakinlah walau kawan.

Seteruk mana pun kita, sejauh mana pun kita telah tinggalkan Allah, sebanyak mana dosa kita, ALLAH TETAP CINTAKAN KITA dan ALLAH TETAP AKAN AMPUNKAN KITA.

Allah takkan jemu ampunkan kita wahai teman.
Begitu pemurahnya Allah.

Dan yakinlah...

Selagi kita usaha dan tak putus asa, Allah akan berikan kita JALAN KELUAR dari setiap maksiat yang kita laku.

Saat itu, ketenangan akan hadir, kebahgiaan akan menerpa, dan kita akan menangis kesyukuran.
Sungguh..

"Tuhan takkan pernah menzalimiku,
Hanya ku yang menzalimi diriku,
Berilah jalan keluar.. "

KLIK SINI UTK DENGAR LAGU RABITHAH JALAN KELUAR -
https://youtu.be/D6MmWTbbmis

25 October 2016 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Pernah tak dalam hidup seharian kita kekadang kita rasa.. KENAPA UJIAN ini datang pada AKU?

Kenapa tak pada kawan sebilik?

Kenapa tak pada rakan sekelas?

Hampir pada satu masa, sampai kan kita rasa Tuhan ini kurang rasional bagi ujian itu pada kita.

Tapi kita LUPA!

Segala ujian dan cabaran yang kita lalui sebenarnya Allah dah PILIH dan hanya KITA shj yang mampu terima ujian tersebut.

ALLAH ITU MAHA ADIL, DIA tak hantar ujian selagi kita tak mampu.

31 August 2016 / Wednesday / Tarbiah Sentap

Bayangkan, "Merdeka" sedang bercakap dengan kita.

Bacalah dengan mata hati.

***

"AKULAH KEMERDEKAAN"

Wahai anak merdeka alaf baru,
Yang mewarisi bumi dan harga diri,
Berkat pengorbanan orang dahulu,
Izinkan aku perkenalkan diri..

Akulah kemerdekaan.

 Akulah kemerdekaan

Yang dulu nenek moyang kalian kehilangannya..
Hingga turun temurun cemas mendambakannya..
Dengan izin Tuhan, aku kini bersama kalian..



Akulah kemerdekaan

Dengan kehadiranku,
Kalian menjadi bangsa berdaulat mengukir sejarah,
Kalian aman membina tamaddun yang gah..
Rakyat majmuk hidup bahagia..

Akulah kemerdekaan

Di sebalik kosmetik wajahku di saat perayaan 31 Ogos,

Kalian mesti kenali siapa sebenarnya aku..

Aku bukanlah milik kalian yang mutlak,

Aku bukanlah milik pemimpin dulu dan sekarang,

Aku bukanlah milik kerajaan,

Aku bukanlah milik rakyat,

Aku bukanlah milik musuh

Aku adalah milik Allah, yang dipinjamkan untuk kalian..


Akulah kemerdekaan

Yang datang dan pergi,

Bukan sesuka hatiku,

Bukan juga sesuka hatimu,

Kerna datang dan pergiku,

Atas perintah Sang Penguasa Alam Raya,

Dia AlMaalikul Mulk yang menaik-turunkan kerajaan,

Dia Raja Segala Raja yang menyilih-gantikan tahta...


Akulah kemerdekaan

Hadirnya aku bersamamu hanyalah suatu ujian,

Perginya aku dari sisimu juga suatu ujian,

Ujian! Ujian bagaimana kalian berterimakasih kepada Tuhan

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu mengistiharkan :

‘Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,

nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu,

dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,

sesungguhnya azab-Ku pastilah keras.’ ” (AlQur’an, Surah Ibrahim, ayat 7)

Akulah kemerdekaan

Yang nenek moyang kalian perjuangkan dengan darah, keringat, dan airmata..

Yang nenek moyang kalian pohonkan kepada Allah dengan khusyuk dan tawadhu’..

Yang ceriteranya terukir indah di persada sejarah bangsa..

Akulah kemerdekaan

Yang tidak dimengertikan oleh anak muda abad ini,

Mereka mencorak carikkan aku dengan kebiadaban,

Mereka menyambut aku dengan gempita maksiat,

Mungkin kerana mereka tidak kenal aku,

Atau masih keliru dengan arti jatidirinya,

Jatidiri sebagai hamba Allah, KhalifahNya di bumi, dan ummat Nabi yang mulia,


Akulah kemerdekaan!

Yang tidak lagi dihargai oleh generasi yang tidak pernah berkorban,

Yang dipersiakan oleh pemburu fatamorgana,

Yang dipestakan oleh mereka yang lupa aku ini hanya pinjaman..



Akulah kemerdekaan!

Yang merasa tersinggung dengan gelagat kalian,

Kelalaian pemimpin dan kealpaan rakyat,

Membuat jantungku kian tak bermaya,

Dan akupun sudah tua



Wahai anak merdeka alaf baru!!

59 tahun sepantas kilat,

Tidak puas kita bersama,

Aku ingin untuk terus bersama menaungi kalian,

Aku ingin barakah terus melimpah dari langit dan bumi Malaysia,

Aku ingin rakyat pelbagai bangsa terikat dengan kasih sayang,

Aku ingin pemimpin yang amanah lagi takut kepada Allah,

Aku ingin kalian hidup bahagia,

Aku ingin untuk terus menaungi kalian..

Seratus, seribu, atau sejuta tahun lagi..

Tetapi aku hanyalah milik Allah..

Maka hargailah aku! Jagailah aku! Hargailah aku! Jagailah aku!

Dengan takut kepada Allah,

Dengan taat kepada Allah,

Dengan syukur kepada Allah..


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Nukilan:

Haji Roslan bin Nordin.
Pengasas Little Caliph.
Ayah ustaz Adnin Roslan.

5 August 2016 / Friday / Tarbiah Sentap


Mencarut hari ni seakan di anggap “biasa”. Bahkan, ramai orang yang guna perkataan yang berunsur carutan sebagai medium penulisan, percakapan dan sebagainya. Bukan tu je, ramai yang rasa mencarut tu lambang kehebatan, lambang ke”cool”an, lambang kemachoan dan sebagainya. Tapi hakikantnya, takdelah cool mana.


Serius, langsung tak cool.


Tapi, apakan daya?


Sekarang, budak sekolah rendah seawal darjah satu (ulang “darjah satu” ni 10 kali) dah pandai menggunakan bahasa kesat, bahasa kasar, mencarut, kata-kata lucah dan sebagainya. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, hatta golongan bekerja dan pencen pun, masih ada yang menjadikan carutan tu sebagai medium percakapan.


Kadang-kadang, mencarut tu dah jadi macam “zikir” bagi sesetengah orang. Amat mudah lidahnya nak mengungkapkan kata-kata yang kesat akibat dah terlalu biasa. Sampai gurauan sesama kawanpun nak mencarut. Nak melawak konon. Atau kononnya dah biasa.


Apakah?


Jom sambung baca di sini:
http://www.tarbiahsentap.com/2016/08/kenapa-perlu-mencarut.html?m=1

18 july 2016 /  Monday / Tarbiah Sentap

Ramai orang sekarang boleh cakap, boleh bagi ceramah, talk dan sebagainya.
Ramai juga orang yang boleh ber”dakwah” dengan penulisan, menulis status-status islamik di insta, Fesbuk, Twitter, blog dan sebagainya.
Ramai juga yang boleh menjadi naqib usrah, merubah orang, di sanjung ramai, banyak followers, di pandang mulia dan tinggi, dan sebagainya.
TAPI. . . . Tak ramai yang mampu AMAL segala apa yang mereka dakwah kan, segala yang mereka cakap, segala yang mereka tulis, segala yang mereka twit, segala yang mereka laung-laungkan.
Akhirnya, golongan sebegini, cuba renung. Ya, renung..
“Selama ni aku dakwah sebab nak dapat followers, nak dapat banyak like, nak popular, nak di sanjung, nak kena puji, ATAU nak redha ALLAH????”
Kerana, orang yang berdakwah kerana Allah, mereka amat menjaga hubungan mereka dengan Allah dan manusia. Menjaga tahajud, quran, zikir, menjaga akhlak, menjaga sifat malu, meninggalkan maksiat dan mengamalkan apa yang mereka dakwahkan.
Tetapi, orang yang berdakwah kerana nama, kerana nak followers, nak di sanjung, mereka hanya menjaga hubungan dengan manusia. Tetapi, hubungan dengan Allah, mereka abai. Solat zikir tahajud quran mereka tak kerap, maksiat mereka buat, ikhtilat tak jaga, couple islamik, dan sebagainya.
Wahai pendakwah, bertaubatlah (saya pun ke taubat T.T)
Ingatlah, antara golongan yang masuk NERAKA tanpa hisab ialah golongan yang berjihad bukan kerana Allah, tetapi kerana nama dan mahu di sanjung dan di puji.
Cuba korang fahami hadis ni, dan menangislah!!!
Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya manusia pertama yang di adili pada hari kiamat adalah orang yang MATI SYAHID di jalan Allah. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun mengenalinya.
Allah bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’
Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata karena Engkau sehingga aku mati syahid.’
Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’
Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (tertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka…” (HR Muslim)

Nauzubillah.
Cuba korang baca hadis tu berkali-kali.
Berkali-kali!!
Orang yang paling awal masuk neraka ialah orang yang mati syahid, yang pergi perang, berjihad, tapi bukan kerana Allah, di sudut hati mereka, mereka nak di sanjung, nak nama, nak bangga. Akibatnya, Allah campakkan dirinya ke dalam neraka!
Nauzubilah.. Saya pun cuak bila baca hadis ni. Nak kata, cuba kita check balik diri kita. Sejauh mana kita ikhlas dalam dakwah ni?
Moga Allah ampunkan kita semua
😭😭😭’

31 May 2016 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Hargai Orang Yang Menegur Kita , Bukan Mudah

"Kau tak faham. Aku bukan tak nak berubah, tapi aku dah ketagih. Kau ingat, senang ke nak tinggalkan benda yang kita dah ketagih? Kau tak pernah kena senangla cakap!!"
"Kau tu, lahir dalam keadaan suci. Mak ayah kau masukkan kau dalam sekolah agama. Boleh la kencang. Aku ni, duduk dalam keluarga porak peranda. Kalau kau hidup macam aku, tah-tah kau jadi lagi teruk dari aku..."
***
Kawan..
Sebenarnya, boleh jadi, orang yang selalu tegur kita tu, bukanlah sebab mereka ni suci atau tak pernah hidup bergelumang dalam dosa.
Tak semestinya.
Boleh jadi, mereka tegur kita tu, sebab mereka dah pernah hidup dalam kekotoran, dan mereka dah rasa betapa peritnya hidup dalam dosa dan maksiat.
Dan, kenapa mereka bersungguh-sungguh tegur kita, kerana mereka selamatkan kita. Mereka tak nak kita rasa benda yang mereka dah rasa dulu. Mereka tak nak kita ni terseksa dengan dosa seperti mana mereka pernah lalui di zaman silam mereka.
Kita selalu tuduh mereka "tak faham" kita. Kita jadikan itu sebagai alasan untuk kita tak nak terima teguran.
Kita kata:
"Kau sekolah agama boleh la..."
"Mak ayah kau ustaz ustazah. Boleh la..."
Tapi, kita lupa satu benda.
Hari ini, siapa mak ayah. sekolah agama atau bukan, ia bukanlah penentu seseorang tu baik atau jahat.
Saya sendiri dah jumpa ramai pelajar sekolah agama, tahfiz yang berzina. Saya juga pernah jumpa banyak kali orang yang lahir dari keluarga yang cerai berai, tapi akhirnya dia jadi orang yang sangat baik dan menjaga agama.
Akhirnya, perubahan itu bergantung pada diri sendiri!
Kita tak tahu. Kadang, orang yang kita nampak dia baik dan soleh sekarang, kita tak tahu, apa ujian yang mereka hadapi. Betapa susah dan besarnya pengorbanan yang mereka lakukan untuk akhirnya mereka jadi orang yang baik seperti yang kita kenal.
Kita tak nampak jatuh bangun mereka. Kita tak nampak berapa banyak kali mereka menangis mengalirkan air mata taubat. Kita tak nampak betapa susahnya mereka berkorban menahan diri dari maksiat, di kala orang sekelilingnya menganggap ianya normal.
Kita tak nampak bagaimana mereka di kutuk, di caci, di pulau ketika mereka nak berubah.
Apa yang kita nampak??
Yang kita nampak hanyalah sekarang dia baik, dan dia selalu tegur kita.
Kemudian kita terus menerus tuduh mereka:
"Kau tak faham aku!!"
"Kau suci boleh la!!"
"Kau hipokrit. Tak payah bajet alim! Kau tu bukan baik sangat!!"
Tapi, adakah mereka membalas segala maki hamun dan tuduhan yang kita sering lemparkan?
Tidak.
Mereka sabar.
Bahkan, mereka berdoa untuk kita di malam hari, agar Allah beri kita hidayah. Agar Allah beri kita petunjuk dan buka hati kita.
Mereka tegur kita, bukan kerana nama. Andaikata kerana nama, nescaya mereka akan putus-asa bila nama mereka di buruk-burukkan dan di fitnah serta di tohmah.
Mereka tegur, hanya semata-mata untuk tak nak kita terjatuh ke dalam lubang yang mereka pernah terjatuh di zaman silam mereka.
Mereka nak selamatkan kita.
Bukan kerena mereka memandang rendah kita, membenci kita, atau yang sebagainya.
Ingatlah wahai teman.
Di akhirat nanti, kita akan menangis dan menyalahkan semua orang yang tak tegur kita.
"Kenapa kau tak tegur aku kat dunia dulu??!! Kenapa kau biarkan aku buat dosa?!!"
"Aku dah tegur kau. Tapi kau tak ikut..."
"Kenapa kau tak paksa aku?!! Kenapa kau tak marah aku!! Kenapa kau putus-asa dari aku!!"
Di saat itu, kita akan menyalahkan orang yang tidak menegur kita.
Tetapi, di dunia...
Kita sering menyalahkan orang yang menegur kita..
"Kau siapa nak tegur aku?"
"Takyah menggelabahla.. Kau tu sembang je lebat. Perangai macam haram..."
"Kau blah la!!!"
Muhasabahlah wahai teman..
Hargailah setiap orang yang menegur kita. Hargailah mereka.

29 May 2016 / Sunday / Tarbiah Sentap

Jangan remehkan maksiat!
Antara kesan-kesan melakukan dosa adalah:
1) Murka Allah
Dalam hadis Qudsi swt berfirman, “Aku Allah, tidak ada Tuhan selain-Ku. Bila ditaati aku redha dan bila didurhakai. Aku murka. Jika sudah murka, Aku mengutuk dan kutukan-Ku bisa sampai tujuh keturunan ”
2) Kebencian orang-orang yang beriman
Imam As Syafie berkata, “Berhati-hatilah jangan sampai di antara kalian ada yang dikutuk orang-orang yang beriman, tetapi ia sendiri tidak sedar “. Lalu orang bertanya kepadanya, “Bagaimana itu bisa terjadi ? ” Beliau menjawab, “Ia melakukan maksiat kepada Allah, lalu Allah membuat hati orang-orang beriman benci kepadanya ”
Allahu Allah ..
3) Terhalang dari rezeki
Rezeki turun dari langit, namun ia dapat terputus oleh maksiat. Tidaklah rezeki berkurang kecuali kerana maksiat.
4) Terhalang dari Ilmu.
Imam Malik berkata kepada Imam Al- Syafie, ” Kulihat Allah telah membuat wajahmu bercahaya dengan ilmu. Kerana itu, jangan padamkan cahaya itu dengan maksiat ! ”
Ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan hinggap dihati orang yang melakukan maksiat !
5) Bencara besar
Saidina Ali r.a berkata “Bencana tidak turun kecuali kerana maksiat dan tidak lenyap kecuali dengan taubat ! ”
6) Terasing dari Allah.
Engkau merasai, jauh dari Allah, dan tidak tahu cara bagi mendekatkan hati kepada Nya.
7) Terasing dari manusia
Seorang ulama mengungkapkan, “Aku melihat kesan maksiatku dalam perilaku isteriku, anak-anak dan tungganganku ; tungganganku tidak mau berjalan, anak-anakku memperlakukan ku dengan buruk, dan isteriku tidak lagi taat kepadaku. ” Mengapa semua ini terjadi ? Tidak lain kerana maksiat
8) Kelamnya wajah dan hati
Ibn Abbas r.a menuturkan, “Maksiat mendatangkan kekelaman pada wajah, kegelapan pada hati, kebencian di hati manusia, kelemahan pada jasad, dan kekurangan dalam rezeki. Sedangkan ketaatan mendatangkan keceriaan pada wajah, cahaya pada hati, kecintaaan di hati manusia, kekuatan pada jasad dan kelapangan dalam rezeki ”
9) Terhalang dari ketaatan
Fudhail B Iyadh mengatakan , jika engkau tidak mampu untuk bangun malam dan puasa di siang hari ketahuilah bahawa dirimu sedang dipenuhi maksiat.
10) Maksiat berangkai
Sedarkah kita juga, saat kita melakukan suatu maksiat, ia seakan-akan berangkai. Selepas satu, satu dan kemudiannya satu. Sebagai contoh, kita menonton cerita-cerita yang kurang elok di telivisyen. (mode : Romantik ) Lalu , kita juga teringin punya pasangan. Dan kita berhasil memperolehnya. Kemudiannya kita bercouple, berpegangan tangan dan kemudiannya… Err,,
Eh, tak kan sampai ke situ kot ?
11) Lemahnya akal
Seorang ulama berkata, “Barang siapa bermaksiat kepada Allah, sebahagian akalnya lenyap dan tanpa pernah kembali kepadanya hingga Hari Kiamat”
12) Pengkhianatan lisanmu di saat dirimu betul-betul memerlukannya.
Dimana ?
Ketika hendak mati, lidahmu kelu untuk menyebut nama Allah. Lidah mu bagai tertindih gunung. Pernahkah kita membayangkannya ?

7 May 2016 / Saturday / Tarbiah Sentap

Jangan ambil kesempatan dengan orang yang buat baik dengan kita.

Hari ni, dia buat baik pada kau sebab dia PERCAYA sungguh pada kau.

Tetapi bila kau ambil kesempatan atas kebaikan dia hingga buat dia rasa tertekan, menderita, sedih, terasa dizalimi, dan sebagainya,

Percayalah lepas ini dia akan susah nak percaya pada kau. Malah lebih teruk, dia TAKKAN PERCAYA pada kau.

Dan selamanya dia akan susah nak percaya 100% pada kau.

3 May 2016 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh. Cukup didikan agama. Aurat dan pergaulan sentiasa terpelihara. Bacaan al-Quran dan zikir sentiasa bergema di ruang tamu;

Kau jangan rasa kau bahagia!

Sebab kau tak mampu nak rasai kebahagian mereka yang bermujahadah mati-matian semata-mata ingin berubah.

Mereka yang berasal dari keluarga porak peranda. Jahil ilmu agama. Aurat tak terjaga. Tak tahu solat. Hanyut dengan dunia. Caci maki sentiasa bergema di seluruh rumah.

Sungguh! Kau tak akan mampu nak rasai macam mana hebatnya mereka bermujahadah. Kejap tenggelam. Kejap timbul. Nak pakai tudung labuh kena maki. Nak pakai stokin kena caci. Nak jaga ikhtilat kena marah. Nak ubah akhlak kena perli.

Mereka yang merasai keperitan dalam mujahadah ini, sebenarnya mereka sedang rasai betapa lazatnya kebergantungan secara total kepada Allah!

Mereka belajar huruf demi huruf ayat al-Quran hingga lancar.
Mereka belajar rukun demi rukun dalam sembahyang.
Mereka belajar tutup aurat dengan sempurna.
Mereka korbankan kemesraan dalam berikhtilat demi menjaga maruah.
Mereka korbankan hiburan lagha demi basahkan iman dengan zikrullah.
Mereka tabahkan hati ketika diejek apabila hendak berubah.

Ya. Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh. Jangan sesekali kau sombong menyisihkan mereka yang hendak berubah! Jangan sesekali kau berlagak dengan labuhnya tudung kau, tingginya songkok atau serban kau! Jangan kau takjub dengan taranum kau yang mendayu. Jangan bangga dengan ceramah kau yang disukai ramai.

Kerana belum tentu engkau yang lebih dicintai Allah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau yang dirindui Rasulullah berbanding mereka!
Kerana belum tentu engkau layak menghuni syurga berbanding mereka!
Buat engkau, engkau, dan engkau yang sedang merasa peritnya mujahadah, terus cekalkan hati! Allah sedang melihat usaha kau!
Yakinlah dengan sepenuh keyakinan, 1 hari nanti Allah akan bawa engkau keluar dari jalan gelap kau.

Menuju cahaya dari syurga!

1 May 2016 / Sunday / Tarbiah Sentap

Tunang Perlu Dirahsiakan?

Bab bertunang ni setakat ahli keluarga dan orang terdekat je yang tahu cukuplah.

Tak payah disebarkan sampai ke seluruh alam, upload gambar tunang, siap buat status bagai.

Kawan2 yang tahu pun diam-diam sudahlah. Tak perlulah nak tag bagai atau hebohkan ke seluruh pelusuk alam yang si polan ni dah bertunang.

Tenang sudah.

Itu belum lagi yang buat majlis tunang yang sampai grand mengalahkan majlis perkahwinan. Allah..

Kawan2..

Walaupun kau kaya mana sekalipun, bersederhanalah.

Pertunangan ni suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.

Tapi ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ni daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.

Walau dah bertunang sekalipun, batas tetap sama kena jaga.

"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."
(Riwayat Ahmad)

29 April 2016 / Friday / Tarbiah Sentap

Jom kita ambil masa untuk muhasabah diri kita...

Time tengah buat dosa, time kita tak sempat bertaubat, time kita tunda-tundakan taubat, time kita dah rasa manis dengan maksiat..

Macam mana keadaan hati kita masa tu?

Hitam.. Hitam pekat hati kita..

Sehinggakan kita tak nak dengar kebaikan langsung!

Tengah dalam keadaan macam tu, tiba-tiba Allah tarik nyawa kita!

Kita meninggal dunia dalam keadaan derhaka pada Allah.

Dalam kubur terasa sempit sangat! Habis hancur jasad kita dalam tanah. Berkecai tulang belulang dihimpit tanah!

Tak lama lepas tu, muncul ular hitam yang besar sangat! Ular tu belit tubuh kita. Allah! Sakit sangat! Tak cukup dengan itu, kala jengking datang merayap ke tubuh kita. Jasad kita kena sengat dengan kala jengking!

Terseksalah kita dalam kubur hingga hari kiamat!

Tiba hari kiamat, kita dihidupkan kembali di padang mahsyar. Dalam lautan manusia. Kita rasa dahaga sangat! Lama sangat tunggu giliran kita untuk dibicarakan.

Hinggalah nama kita dipanggil untuk dihadapkan di hadapan Allah. Seluruh umat manusia melihat kita dibicara. Mulut terkunci. Setiap inci perbuatan kita masa kat dunia disoal.

Mata yang memandang perkara haram, kaki yang melangkah ke tempat maksiat, tangan yang melakukan perkara haram, semuanya disoal seadil-adilnya!

Cuba korang bayangkan dosa yang korang buat dan dosa tersebut diadili di akhirat.

Satu per satu dosa kita diumum di khalayak ramai. Orang yang kita aniaya, diambil pahala kita. Lepas dah habis pahala, kita dapat pula dosa mereka. Allahuakbar!

Bayangkan betapa dasyatnya hari akhirat kelak!

Selepas dihitung, ternyata dosa lebih berat dari pahala.

Terbuka gambaran neraka depan mata! Itulah tempat kita kembali! Api hitam menyala-nyala panasnya! Terdengar suara raungan manusia diseksa! Kita nampak ada sungai bernanah yang menggelegak. Minuman yang bakal menghancurkan perut kita! Kita nampak pula pohon-pohon berduri yang buahnya jadi makanan kita.

Itulah balasan yang setimpal atas dosa yang pernah kita lakukan atas dunia!

Ada yang potong lidah sendiri. Ada yang rambut bertukar jadi ular. Ada yang muka terseret kat bara api. Ada yang hangus kulitnya. Dan macam-macam lagi bentuk seksaan yang ada.

Kita diperlihatkan gambaran neraka. Malaikat-malaikat yang ada, dengan suara yang garau suruh kita berjalan ke depan untuk lintas titian sirat! Kita tak nampak kat mana titiannya.

Akhirnya kita dihumban ke dalam neraka!

Seburuk-buruk tempat kembali!

Takut tak?

Rasa berharap dengan rahmat Allah tak?

Sekiranya ya, jom kita sama-sama muhasabah kembali diri dan bertaubat padaNya! Moga Allah sediakan syurga untuk kita!

28 April 2016 / Thursday / Tarbiah Sentap

Ada satu saat, kita akan rasa sepi, menjauh, takde arah tuju, keseorangan, kosong dan sebagainya.

Sampai tahap kita blur dan tak tahu nak buat apa. Rasa kabur. Macam sedang melalui satu terowong gelap, yang kita tak masih tak nampak cahaya hujung.

Gelap. Kelam.

Masa tu apa kena buat, buka al Quran, buka surah al Baqarah ayat 186, dan surah al anfal ayat 2.

Moga terjumpa cahaya di hujung terowong :-)

26 January 2016 / Tuesday / Tarbiah Sentap

Bismillah.
Pertama sekali, syukur sangat kepada Allah atas segala nikmat yang Allah beri pada kita. Tanpa nikmat yang Allah beri pada kita, mungkin kita tak dapat untuk nak beribadah oleh Allah. Terima kasih ya Allah.
Insyallah, pada kali ini, kami ingin memberi beberapa cadangan kepada industry hiburan Malaysia. Moga-moga, dengan cadangan ini, dapat memberi 1001 manfaat buat kita semua insyallah.
1) KONSEP HIBURAN DALAM ISLAM
Sebelum apa-apa, saya nak nyatakan beberapa konsep asas BERHIBUR dalam ISLAM.
Secara umum, hukum berhibur dalam islam ialah HARUS. Namun, ada beberapa perkara yang membuatkan sesuatu hiburan itu menjadi WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKRUH dan HARAM.
Secara mudah, hiburan bermaksud apa-apa perkara yang bila kita buat perkara tersebut, kita rasa tenang dan gembira.
HIBURAN YANG WAJIB DAN SUNAT ialah segala IBADAH yang Allah wajibkan dan sunatkan, seperti solat, baca quran, zikir, tahajud, dan sebagainya. Kenapa saya kena ibadah itu hiburan?
Kerana, ibadah itu sepatutnya membuatkan hati kita bahagia, tenang, aman dan damai! Siapa yang tak terhibur dengan ibadah, ataupun merasa berat dengan ibadah, bermakna, kita perlu check semula iman kita.
Nabi pernah solat malam dengan sangat lama, membaca surah-surah panjang seperti Albaqarah, Ali Imran, Almaidah dalam 2 rakaat. Bahkan, nabi pernah solat sampai bengkak kaki.
Kenapa nabi saw boleh beribadah sebegitu lama? Kerana nabi saw terhibur dengan ibadah. Nabi pernah menyuruh Bilal Azan lantas nabi berkata:
“Rehatkanlah aku wahai Bilal”
Nabi nak bagitahu bawah SOLAT itu adalah KEREHATAN bagi orang beriman.
Namun, malangnya, ramai di kalangan kita yang meninggalkan solat dengan sengaja, masjid kosong, ada yang tak cukup 5 waktu, bahkan ramai juga yang ponteng solat jumaat. Belum masuk tentang alQuran.
Berapa ramai yang masih lagi tidak khatam alquran, tidak mebaca alquran setiap hari, bahkan masyarakat hari ini makin jauh dari Alquran.
Sedangkan, ibadah adalah hiburan buat orang yang beriman.
HIBURAN YANG HARUS pula adalah segala bentuk hiburan yang tiada unsur haram, atau tiada unsur yang melanggar syarak, maka hukumnya harus.
Menyanyi ke, dengar lagu ke, main game ke, tengok movie dan drama ke, SELAGI MANA dalam hiburan tersebut TIADA UNSUR YANG MELANGGAR SYARAK dan TIADA UNSUR DOSA, maka, hiburan tersebut di haruskan.
HIBURAN YANG MAKRUH ialah segala hiburan yang harus, yang kita buat hingga LALAI.
Walaupun hiburan itu harus, namun, andai kita berlebih-lebih sehingga tak baca uran setiap hari, tinggalkan solat, ataupun lalai dari ibadah dan malas menuntut ilmu, maka ianya menjadi MAKRUH.
HIBURAN YANG HARAM pula ialah hiburan yang ada unsur-unsur yang melanggar syarak di dalamnya.
Andai ada unsur-unsur dosa, maka, berhibur dengan hiburan tersebut juga turut berdosa. Antara unsur-unsur yang melanggar syarak dalam sesebuah hiburan ialah:
Unsur Seks.
Unsur aurat di dedahkan.
Unsur pergaulan bebas atau yang mengajak kepada pergaulan bebas.
Unsur syirik kepada Allah.
Unsur mengAGUNGkan arak.
Unsur mencaci maki islam dan agama.
Dan lain-lain.
Andai dalam sesebuah hiburan samada movie, drama, lirik lagu, penyanyi, pelakon, novel dan sebagainya yang terdapat unsur-unsur berikut di dalamnya, maka hukumnya adalah berdosa, kerana perkara yang mereka lakukan itu adalah sesuatu perkara yang MELANGGAR SYARAK.
Saya ada ulas panjang lebar tentang isu ini dalam VIDEO #‎ENSIKLOPEDIAHIBURAN. Boleh lihat video ini sampai habis.
****
2) CADANGAN BUAT INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA
Saya dengan rendah hati, mengajak mereka-mereka yang terlibat dalam industry hiburan samada pelakon, penyanyi, producer, composer, penulis skrip, pengarah dan sebagainya, agar sama-sama kita usaha untuk merealisasikan beberap cadangan saya. Moga-moga bermanfaat.
KETENGAHKAN BUDAYA ISLAM
Kami cadangkan, agar semua mereka yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia, terutama public-public figure yang ramai follower, juga media-media prima dan sebagainya, agar cuba seday upaya tonjolkan NILAI dan BUDAYA islam yang sebenar di dalam setiap apa yang kita lakukan dan lakonkan, atau nyanyikan.
Antara budaya-budaya yang amat perlu untuk di titi beratkan ialah:
a) MENUTUP AURAT.
Kami menyeru, pelakon islam, penyanyi islam, pengacara islam dan semua orang islam yang terlibat dalam industry hiburan Malaysia, agar sama-sama kita menutup AURAT dengan sempurna. Jika anda pelakon, tutuplah aurat.
Jika anda penyanyi, tutuplah aurat. Jika anda pengacara, tutuplah aurat.
Bayangkan, andai ramai public-public figure dan pelakon yang mempunya jutaan followers dan fans, andai mereka semua menutup aurat dan MENGAJAK pengikut mereka untuk juga menutup aurat, saya yakin, ramai orang akan berpus-pusu menutup aurat, dan kalian dapat pahala yang sangat BESAR dan sangat BANYAK.
Bayangkan, andai 1000 orang mula menutup aurat kerana terinspirasi dengan kalian, betapa banyaknya pahala yang Allah akan ganjarkan pada kalian!
Dan saya yakin 100%, popularity kalian takkan jatuh walaupun sedikit.
Bahkan, insyallah, kalian akan makin di cintai, bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, Allah dan para malaikat juga mencintai anda.
Sudah ramai artis Malaysia yang mula menutup aurat. Heliza Helmi, Neolofa, Felixia Yeap, Emma Maembong, Siti Nurhaliza, dan sebagainya.
Saya yakin, ia bukannya mudah. Namun, mereka dapat lakukannya, saya kira, ianya satu pengorbanan yang sangat besar.
Kepada producer film, pengarah film dan sebagainya, suruhlah pelakon menutup aurat walaupun “Hanya berlakon”. Kita tak boleh guna ayat “hanya berlakon” untuk melakukan perkara yang Allah larang.
Insyallah, saya yakin, kalau jalan cerita kalian menarik, pelakon tutup auratpun orang akan tengok juga.
Saya menyeru semua agar tutuplah aurat, dan promosi dan ajaklah masyarakat islam di Malaysia agar menutup aurat dengan sempurna.
b) ELAKKANLAH MENGAJAK KEPADA PERGAULAN BEBAS.
Saya menyeru dengan rendah hati, agar tidak ketengahkan budaya pergaulan bebas, kerana ia bukanlah budaya islam.
Budaya couple, budak berpegang-pegangan, peluk memeluk, bahkan aksi tanjang di dalam TV walaupun nampak seolah-olah tidak keterlaluan, INI SEMUA BUKANLAH BUDAYA ISLAM.
Jika kalian tahu statistic gejala sosial di Malaysia, nescaya kalian akan menggigil dan menangis.
Purata kes cerai di Malaysia setiap tahun ialah 40,000 kes. Bermakna, purata setiap hari, kes penceraian mencecah 110 kes.
Bermakna, setiap satu jam, 5 kes cerai di daftarkan. Itu baru yang di daftarkan, belum termasuk yang tak di fartarkan.
Kes ANAK LUAR NIKAH di lahirkan, mencecah 27,000 setahun. Bermakna, setiap hari 75 kes di laporkan, dan setiap jam, 3 anak luar nikah di lahirkan.
Saya tak nak cerita kes rogol, kes zina, kes gay dan lesbian, dan sebagainya.
Macamana semua ini boleh terjadi?
Kerana, MEDIA UTAMA samda TV, Radio, lagu-lagu, drama-drama, movie-movie, novel-novel, banyak MEMPROMOSIKAN budaya pergaulan bebas samda secar sedar atau tidak sedar.
Dengan lambakan movie dan drama cinta, novel cinta, lagu cinta(yang mana kebanyakannya menyeru kepada pergaulan bebas dan couple), telah menjadi HIBURAN HARIAN anak muda, belia bahkan orang tua.
Dari idola kecil, Akademi Fantasia, Kilauan emas, semuanya hanyut dan tenggelam. Mengapa kita perlu meniru cara hiburan yang di tunjukkan oleh barat, dengan tarian, fashion yang bertentangan dengan syarak, pergaulan bebas, dan sebagainya.
Saya amat berharap, agar pelakon dan pengarah serta penyanyi, agar sama-sama kita mencegah perbuatan pergaulan bebas, dakwahlah melalui bakat-bakat yang ada. Yang pandai berlakon, berlakonlah tentang dakwah, begitu juga penyanyi. Berilah hiburan-hiburan yang mendidik jiwa.
Saya yakin, kalau cerita best, boleh meletup juga insyaAllah.
Sebagai contoh, Pierre Andre buat film “Ustaz Mu Tunggu Aku datang”, tanpa sebarang pergaulan bebas, dan sarat dengan mesej dakwah secara santai dan sangat menarik. Ia tetap mendapat sambutan dan ramai juga yang berubah.
c) BANYAKKAN HIBURAN YANG BERUNSUR PENDIDIKAN
Dari kita banyak mengetengahkan hiburan yang sarat dengan pergaulan bebas, cinta, pergaduhan sini sana, mencarut dan sebagainya, saya cadang, agar banyakkan hiburan yang berunsur pendidikan dan dakwah.
Kerana BUDAYA islam yang paling agung ialah dakwah dan saling nasihat menasihati.
Tetapi, kadang-kadang, ada sesetengah orang mahu mengajak kepada kebaikan dengan cara yang salah. Contoh, pengarah dan pelakon yang nak mengetengahkan bahawa zina itu dosa, maka mereka pun lakonkan aksi atas katil(walaupun tak keterlaluan). Benda ini sangat salah.
Matlamat tak menghalalkan cara. Andai kita mahu lakukan sesuatu kebaikan, pastikan matlamatnya bertepatan dengan islam, dan caranya juga kena bertepatan dengan islam.
Seorang ulama berkata:
إذا اختلط الحق والباطل غلب الباطل
"Jika bercampurnya kebaikan dan keburukan, maka, yang akan menang ialah keburukan”.
d) WAR-WARKAN ISU UMAT ISLAM YANG TERTINDAS AGAR TERSEBAR KESEDARAN
Saya juga mencadangkan agar artis-artis dan media-media masa agar sebarkan secara meluas apa yang terjadi pada palestin, Syria, rohingya, dan sebagainya.
Jika anda berbabakat dalam menyanyi, buatlah lagu tentang kemanusiaan ini. Jika anda berbakat dalam mengarah film dan berlakon, maka buatlah satu movie dan drama yang mengetengahkan isu umat dan kemanusiaan ini.
Agar ramai-ramai masyarakat tak lalai dan leka dengan kelebihan dan kesenangan yang ada. Agar kita semua dapat bantu mereka-mereka yang tertindas.
Saya memuji banyak artis dan pelakon yang tak putus-putus memberi kesedaran tentang isu ini seperti Faizal Tahir, Aizat, dan ramai lagi. Ia bukan hanya tugas penasyid sahaja, tetapi semua orang boleh menyumbang dalam segala bidang yang mereka mampu untuk memberi kesedaran pada masyarakat.
***
3)HARAPAN
Saya membuat artikel ini hanya satu tujuan. Agar pelakon, penyanyi, artis, dan individu yang terlibat dalam industry hiburan tanah air ini dapat menggunakan bakat dan kelebihan yang Allah bagi pada mereka untuk dakwah.
Saya mengaku, saya tak mampu nak berlakon, menyanyi, mengarah filem-filem, menjadi DJ radio, bahkan kalau saya nak buat semua itu pun, saya tak mempunyai dana yang cukup, kerana saya tahu ianya semua memakan kos yang sangat banyak, bahkan pembikinan film pun memakan jutaan ringgit.
Bayangkan, bila orang-orang famous ni berhijrah kepada kebaikan, alangkah ramanya pengikut mereka yang turut berhijrah ke arah kebaikan.
Hamzah Abdul Mutalib, ketika beliau masuk islam, ramai orang quraisy turut masuk islam. Kerana Hamzah sangat famous di kalangan quraisy dengan kepimpinannya.
Tika Umar masuk islam, Khalid Alwalid masuk islam, Amru Al Asr masuk islam, mereka semua ni kiranya orang-orang besar musyrikin sebelum ini, tapi bila mereka masuk islam, mereka menjadi orang-orang besar islam dan manfaat mereka untuk islam sehingga sekarang tak boleh nafi.
Muhammad Ali, seorang peninju islam, ketika beliau masuk islam, ribuan pengikut beliau turut masuk islam.
Saya yakin, andai pelakon dan penyanyi serta public figure yang di kenali ramai di Malaysia ini berhijrah menjadi lebih baik dari hari ke hari, dan mengajak kepada islam, betapa besarnya manfaat untuk umat hari ini.
Andai setiap media samada TV, radio, penerbit buku, surat khabar dan lain-lain mengetengahkan dakwah dan budaya ISLAM YANG SEBENAR secara berterusan dan konsisten, saya yakin, lama kelamaan, BUDAYA ISLAM kembali menjadi BUDAYA orang islam di Malaysia ini.
Wallahua’lam.
Moga bermanfaat.

25 November 2015 / Wednesday

Jom tengok satu persatu, bagaimana zina boleh berlaku. Amat liciknya syaitan!
7 JALAN ZINA
(Dapatkan buku Tarbiah Sentap 2 dan Aku Ingin Berubah di MPH, popular dan kedai buku berhampiran)
Zina ni, adalah satu dosa besar.
Dan, setiap perkara yang membawa kepada zina juga hukumnya haram dan berdosa. Alquran ni unik. Allah tak sebut “Janganlah kamu berzina”. Tapi Allah sebut “Janganlah kamu dekati zina”.
Apa maknanya?
Maknanya, zina ni, dekati je pun dah dosa dan Allah larang. So, apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina?
Sebab, ada orang tak tahu. Pastu dia buat benda tu, dia rasa betul, bila orang tegur, mengamuk tak pasal-pasal, takleh terima teguran, bengang, pastu kata orang yang tegur dia tu syadid, keras, jumud, pemikiran sempit dan lain-lain.
Apa ke pelik orang macam ni. Tapi takpe, maybe tak faham dan tak pernah ada orang bagitau. So, sekarang, saya nak hurai benda ni, agar semua, tahu dan boleh amal!
Apakah jalan-jalan zina? Apakah jalan-jalan yang di katakan “mendekati zina”? Bak kata pepatah arab, zina ni ada 7 JALAN.
Dan semua jalan ni, berdosa. Dan 7 jalan ni lah yang di katakana jalan yang “mendekati zina” yang wajib kita elak dan jauhi! Apa dia ketujuh-tujuh jalan zina tu?
نظرة, فابتسامة, فسلام, فكلام, فموعد, فالقاء, فالزنا, فالنار
“Pandang-pandang, kemudian senyum -senyum, kemudian memberi salam, kemudian bersembang, kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa, kemudian berzina, kemudian masuk neraka!”
Faham? Takpe, saya akan hurai satu persatu insyallah. Jom tengok satu persatu, bagaimana zina boleh berlaku. Amat liciknya syaitan!

16 October 2015 /  Friday

PERKARA : "HIJRAH TAKKAN PERNAH HABIS"

Semua orang nak berubah. Semua orang nak berhijrah menjadi orang yang Allah redha, orang yang baik, menuju kesempurnaan.

Semua orang yang "hidup" hatinya pasti nak menjadi orang yang baik. Itulah fitrah hidup. Ya, fitrah.

Namun, kesilapan ramai orang ialah merasa PUAS dengan HIJRAH yang di lakukan. Merasa PUAS dengan perubahan yang di lakukan.

Bila dari pakai seksi kepada pakaian sopan, dia rasa puas dan berhenti takat itu.

Ada yang dari pakaian sopan kepada pakai tudung tapi bajut ketat, dia rasa puas.

Ada orang dari pakai tudung baju ketat keapda pakai tdung tapi baju longgar, dan dia berhenti takat tu.

Ada orang dari tudung pendek ke tudung labuh, dia berhenti takat tu.

Ada orang dari tudung labuh dan jubah kepada purdah, dia berhenti takat tu.

Begitu juga solat. Ada yang rasa dah dapat solat 5 waktu, dia rasa dia dah baik. Dah solat jemaah 5 waktu kat masjid, dia rasa dah cukup. Dah dapat tahajud, dia rasa cukup.


Sedangkan, merasa cukup dan puas dengan amal itu adalah tipu daya syaitan.

****

KAWAN,

Teruslah mengejar syurga, mengejar redha Allah. Jangan sekali-kali merasa puas dengan hijrah dan perubahan yang telah kita lakukan. Jangan rasa diri dah sempurna dan dah cukup.

Teruskan berubah, sehingga kita mati.

Dari menutup aurat, usaha untuk jaga ikhtilat, usaha untuk tidak sombong, usaha untuk dakwah, usaha untuk jaga amal wajib dan banyakkan amalan sunat, banyakkan berdoa dan sebagainya.

Jangan pernah rasa cukup.

Kerana,

"Hijrah takkan pernah berhenti!!"

Salam maal hijrah dari kami, tarbiah sentap.
Maafkan kami atas segala salah silap sepanjang tahun lepas.


8 October 2015 / Thursday 


Ramai tanya saya:

"Ustaz, macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"

Saya jawab:

"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia..."

1) Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa.

Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa.

2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa. Dan, terasa itu tanda hati hidup!

3) Nabi muhammad dakwah kaum quraisy, ramai kot yang terasa. Abu jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu sufian berang, sampai depa nak bunuh nabi!

Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup baju dengan muka, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.

Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.

Nabi Zakaria di gergaji.

Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.

Nabi Musa di buru oleh Firaun.

So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa?

Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!

4) Cuma, Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:

ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)

ORANG KAFIR: Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)

So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.

Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?

25 September 2015 /  Friday


Dikesempatan ini, kami warga Team Tarbiah Sentap mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1436H kepada semua pembaca emel. Kullu am wa antum ilallahi aqrab.


Sebenarnya, apa yang telah kita korbankan berbanding orang orang terdahulu?

Nabi dah banyak berkorban untuk kita. Bermandi darah, sabar di maki hamun dan di cerca, pergi rumah ke rumah, berdoa menangis teresak-esak di malam hari, semata-mata untuk pastikan KITA hari ni dapat nikmat islam.

Sahabat dan para tabien pun dah bertungkus lumus menyambung risalah nabi, membuka satu demi satu negara dan meneranginya dengan cahaya islam, berperang, syahid, meninggalkan anak isteri, semata-mata untuk pastikan KITA dapat islam.

Mak ayah kita dah habis puluhan ribu ringgit menjaga kita dari kecik sampai besar, bayar yuran tadika, yuran sekolah, sewa rumah, duit belanja universiti, beli makanan dan sebagainya, semata-mata nak KITA jadi anak yang soleh dan berguna.

Guru-guru kita dah banyak berkorban, mengorbankan masa dan tenaga, berhempas pulas, sabar di kutuk dan di umpat oleh kita, bertahan walaupun gaji rendah, semata-mata nak kita jadi anak murid yang baik, seterusnya mengharapkan KITA jadi pemimpin masa hadapan.

****

Persoalannya...

"Apakah PENGORBANAN kita????"

Muhasabahlah.

Apa pengorbanan kita untuk bangkitkan islam?

Apakah pengorbanan kita untuk bantu saudara kita yang dalam kesusahan?

Apakah pengorbanan kita untuk tinggalkan maksiat?

Cuba check diri.

Renung...Dan, menangislah..

17 September 2015 / Thursday'



"Saya dah cuba tegur kawan
saya jangan buat XXXX dosa,
,,tapi dia still berdegil malah
kutuk saya pulak sebab tegur dia"
Pernah terlintas dalam
hati ayat-ayat ini?
Bila terlintas je,
mesti rasa down,
tak nak berdakwah dah.
Rasa susah dan sebagainya
sebab orang yang kita
nak dakwah tu tak menjadi.
Mungkin sebab hati dia
tu dah gelap.
Mungkin Hidayah Allah
tak sampai lagi kat dia.
..dan macam-macam kemungkinan lain.
Namun, adakah semua
kemungkinan ini semua berpunca
daripada perkara di luar kawalan
kita semata-mata?
Kemungkinan besar
juga puncanya ialah
daripada kita sendiri!
Semua pendakwah kena
tahu satu benda:
“Dosa kita takkan di warisi 
oleh orang lain.
Tetapi, dosa kita 
akan MENGESANI orang lain..”
Moga bermanfaat !

9 September 2015 / Wednesday 

Ramai orang TAK NAK berubah dengan alasan,
"Belum dapat hidayah lagi.."
"Belum sampai seru lagi.."
"Nanti la.. Belum sedia lagi.."
Korang nak tahu tak, Allah hampir setiap hari bagi kita hidayah. Hampir setiap hari kawan.
Buktinya?
Contoh kepada orang yang malas atau tak solat, Allah bagi korang hidayah dengan cara korang DENGAR Azan banyak kali. Azan tu adalah salah satu hidayah yang Allah nak bagi pada korang.
Tapi korang tak peduli pun hidayah Allah sedangkan sehari hampir 5 kali korang dengar azan. Lepas tu claim belum dapat hidayah.
Contoh kepada yang free hair atau tak tutup aurat. Dalam sehari berapa banyak kali korang nampak perempuan lain yang tutup aurat? Banyak kali. Bahkan kawan baik atau family korang pun tutup aurat.
Apa yang korang nampak tu sebenarnya hidayah yang Allah bagi pada korang, supaya korang muhasabah dan mula untuk tutup aurat sempurna. Korang bukan duduk negara kafir yang 100% non Muslim.
Tapi korang tak peduli pun hidayah Allah, kemudian "salahkan" Allah sebab kata belum sampai seru lagi.
Dan banyak lagi contoh.
Kawan-kawan..
Berubah dan bertaubatlah. Kami yakin, walau teruk mana pun korang, jauh dari sudut hati korang tu, korang rindu nak berubah. Korang teringin sangat nak berubah.
Korang teringin nak tutup aurat macam kawan korang yang lain.
Korang teringin nak solat berjemaah macam kawan korang yang lain.
Korang teringin nak jadi baik macam kawan korang yang lain.
Sebab apa? Sebab itulah FITRAH manusia. Korang tak boleh tipu diri sendiri. Tak boleh nak nafi. Kalau korang terdetik di hati macam ni, tu pun tanda Allah dah bagi hidayah.
Kawan..
Jangan jadi bodoh sombong. Buang ego, dan terimalah hidayah Allah. Terimalah.. Jangan tolak dan abaikan. Korang tak rugi. Serius tak rugi.
Iblis dulu kena buang dari Syurga bukan sebab dia jahil, bukan sebab dia tak kenal Allah. Malah dia nampak Allah depan mata.
Tapi dia kena buang Syurga dan kena laknat sebab dia EGO dan SOMBONG.

1 September 2015 / Tuesday

Masih ramai dan sangat ramai saya jumpa, khususnya pelajar-pelajar samada diperingkat sekolah atau universiti MENGANGGAP bahawa Nikah adalah solusi kepada segalanya.
Solusi kepada masalah menonton video porno.
Solusi kepada tak jaga mata (meliar tengok aurat perempuan)
Solusi kepada tak jaga mata untuk "usha" lelaki.
Solusi kepada masalah ikhtilat laki perempuan.
Solusi kepada jadi bohsia atau bojan,
Solusi kepada SEMUA masalah..
Sesiapa yang ada persepsi macam ni, saya nak bagitau, PERSEPSI ANDA YANG ADA MASALAH sebenarnya
***
Solusi kepada semua masalah terutama masalah hati adalah TAQWA!
Taqwa tu bukan dapat bila dah nikah.
Taqwa tu bukan dapat bila dah jadi suami isteri.
Taqwa itu dapat bila kita benar-benar taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah !!!
Kalau dah sebelum nikah kaki tengok porno, lepas nikah kalau tak taubat still akan tengok porno.
Kalau sebelum nikah mata meliar tengok aurat atau usha2 awek atau muslimat, selagi tak taubat selepas nikah pun tetap akan meliar juga!
Kalau sebelum nikah tak jaga ikhtilat, lepas nikah pun kalau tak taubat takkan jaga ikhtilat juga !!
Imam Nawawi rahimahumullah tak bernikah pun (sebab tak sempat), tetapi jadi ahli fiqh, ahli hadis yang masyur dan hebat pada zaman beliau.
SEMUANYA BERBALIK PADA DIRI KITA SEBELUM BERNIKAH!
Tak kisah samada laki atau perempuan.
---
Jadi tak perlu nikah?
TIDAK! Bahkan sesiapa yang kata tak payah Nikah ia adalah bidaah ! Nikah adalah sunnah yang terpuji.
Nikahlah.. Tapi sebelum menikah, perbaiki amal dan taqwa sebaiknya !
Jangan mengharapkan bidadari bermata jeli turun dari langit mengubah kita menjadi lelaki soleh.
Jangan mengharapkan lelaki soleh akhir zaman boleh terbang kepada kita untuk menjadikan kita wanita solehah.
Saya juga sangat sarankan anda untuk dapatkan Ebook Rahsia Memilih Pasangan Tanpa Couple ini, baru anda akan dapat tahu apakah tindakan paling bernas untuk anda lakukan pada saat ini.
Klik link dibawah untuk baca ebook RMPTC sekarang
Jangan masuk lubang yang sama, ubah.. dan jadi lebih baik daripada semalam.

30 August 2015 / Sunday

Pernah terjadi suatu ketika apabila terdapat seorang ahli ibadah dari kalangan Bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT di biaranya yang terletak di atas gunung. Pada suatu hari dia keluar dari biara tempat beribadah untuk merenungi alam ciptaan Sang Pencipta.
Sedang dia berjalan di suatu tempat, dia terlihat di jalan seorang manusia yang sangat berbau busuk. Ahli ibadah itu pun berpaling dan menuju ke tempat lain, sehingga tiada lagi bau busuk dari manusia tersebut. Ketika itulah dia didatangi iblis dalam bentuk seorang lelaki soleh yang memberi nasihat. Iblis pun berkata kepadanya,
“Sungguh amal-amal kebaikan kamu telah berkurang dan persediaan amal kebaikan kamu tidak akan dihitung di sisi Allah.”
Lantas ahli ibadah tu pun bertanya,
“Mengapa?”
Iblis pun menjawab,
“Kerana engkau enggan bersama dengan manusia yang berbau busuk itu.”
Ketika itu ahli ibadah tersebut berasa sedih, iblis berpura-pura merasa kasihan dan memberikannya nasihat,
“Jika engkau ingin agar Allah SWT mengampuni kesalahan kau, saya akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kau. Engkau perlu mencari tikus gunung, lalu engkau gantungkan tikus itu di leher kau setiap kali kau beribadah kepada Allah sepanjang hidup kau.”
Ahli ibadah yang bodoh ini pun melaksanakan nasihat iblis yang sengaja mencari kesempatan itu. Lalu ahli ibadah pun mencari tikus gunung dan melakukan seperti apa yang disuruh iblis kepadanya. Dia pun terus-menerus beribadah dengan membawa najis di lehernya selama 60 tahun sehingga dia meninggal dunia. Akhirnya ibadahnya hanyalah ibadah yang sia-sia dan tidak sah.
Kerana itu umat Islam diwajibkan untuk mencari ilmu!
Kerana ilmu akan meningkatkan darjat dan kemuliaan umat Islam!
Jadi, sebelum lakukan apa-apa tindakan, pastikan kita tau apa yang ingin kita lakukan!

22 August 2015 / Saturday 

Lelaki dan perempuan dicipta bersama hawa nafsu.
Fitrah nafsu akan tertarik antara satu sama lain. Lelaki akan tertarik kat perempuan dan sebaliknya.
Jadi, kau rasa dengan usrah campur lelaki perempuan, tak akan bernafsu ke?
Nak menghayati norma-norma dalam masyarakat?
Norma dalam Islam yang menitik beratkan pergaulan siapa yang nak hayati?
Siapa boleh jamin bila usrah campur lelaki perempuan, tak akan ada orang usha usrahmate, tak akan ada rusuk kiri yang bergoyang, tak akan ada yang naik hawa nafsu, tak akan ada orang yang make a move mesej good night tidur awal esok qiam hikhik?
Sedangkan dalam usrah kita nak bina pemimpin!
Sedangkan dalam usrah kita berkongsi rahsia dengan naqib / naqibah!
Sedangkan dalam usrah kita membina ukhwah!
Mana mungkin usrah dapat berjalan dengan baik bila bercampur lelaki dan perempuan!
Nak cerita masalah sikit je ada ukhti kat depan.
Nak berukhwah cipika cipiki fillah sikit je ada akhi kat depan.
Nak jaulah rehlah ada ukhti dalam 1 kereta.
Nak khatibah apatah lagi!
Wahai sahabat, syaitan tu licik. Licik sangat! Jangan jadi mangsa penipuan syaitan dengan alasan ukhwah campur sebab kita ibarat keluarga!
Hakikatnya kalian bukan keluarga. Haram bersentuhan kulit. Oleh itu, jauhilah ikhtilat dalam usrah. Tutup ruang-ruang fitnah ikhtilat dalam usrah. Moga Allah peliharakan kita semua!

21 August 2017 / Friday

Cuba bayangkan wajah ibu anda bila baca emel ni. Bayangkan sungguh-sungguh!
"Kakak, jom solat sekali dengan ummi jom!"
"Baik ummi!"
*****
"Alhamdulillah kita dapat solat berjemaah sama-sama. Seronok rasanya."
"Hmm ummi. Kakak ada benda nak cakap sebenarnya ni. Tapi kakak rasa beratlah ummi."
"Kenapa kakak? Kakak ada masalah ke? Cerita kat ummi."
*menangis
"Ummi, sebenarnya kakak dah mengandung....."
*****
Ok, sekarang bayangkan pula apa perasaan ibu anda bila anda beritahu khabaran itu?
Wahai kaum muslimah. Saya nak pesan dengan sungguh-sungguh.
Jagalah ikhtilat. Jagalah ikhtilat. Jagalah ikhtilat!
Jangan kamu ingat sebab kamu ikut tarbiah bertahun-tahun. Kamu pakai tudung labuh sampai sapu lantai.
Kamu hafaz al-Quran.
Kamu akan selamat dengan fitnah ini.
Kadang-kadang kita terlupa. Kita terleka. Kita alpa.
Dengan manisnya cinta seorang kekasih. Hingga menjerat diri kita ke lembah kemaksiatan. Kala berlaku peristiwa hitam yang terpaksa kita telan, saat itu nasi sudahpun menjadi bubur!
Saat itu, apa pilihan yang ada?
Nak bagitahu ibu bapa? Tak tergamak nak remukkan hati mereka.
Nak gugurkan kandungan? Tak cukup ke dosa zina yang berlaku?
Nak minta si binatang bertanggungjawab? Masih belajar dan pasti dia tak kan bertanggungjawab!
Nak bunuh diri? Nerakalah tempatnya!
Lebih baik mencegah daripada merawat. Kerana akhirnya, kau tak nak lukakan hati ibu bapamu.

12 August 2015 / Wednesday

Moga Allah tutup dan pelihara aib kita dari pandangan manusia.
Moga Allah tutup dan pelihara aib kita dari pandangan manusia.
Moga Allah tutup dan pelihara aib kita dari pandangan manusia.

Tapi nak Allah tutup dan pelihara aib kita, kita mesti buat 1 perkara. Apa dia?

Kita tutup dan pelihara aib orang lain. Dosa dia dengan Allah, biar urusan dia dengan Allah.

Selagi dia tak buat mungkar secara TERANGAN atau BANGGA dengan dosa dia buat, kita tegur secara belakang atau umum.

8 August 2015 / Saturday 

Antara intipati surah An Nur ayat 26 adalah, Allah suruh kita BERUBAH jadi baik dulu. Jangan mengharap pasangan kita baik tetapi diri sendiri tak nak dan MALAS nak berubah jadi baik.

Kalau nak pasangan baik, nak tak nak kita mesti jadi baik.

Kalau taubat pun malas,
baca Quran pun malas,
solat pun selalu lewat,
pandangan pun tak jaga,
ikhtilat pun tak jaga,
selalu layan hiburan haram,
dan sebagainya,
macam mana kita nak dapat pasangan yang baik. Allah tu Maha Adil.

Orang lelaki atau perempuan selalu bagi alasan,

"Aku sedar aku ni tak baik pun. Tapi aku nak cari pasangan yang baik supaya pasangan aku boleh bimbing aku jadi baik.."

Kalau korang nak pasangan korang ubah korang, adakah korang tak pernah terfikir yang pasangan korang pun nakkan korang ubah dia?

Mereka pun mengharapkan korang ubah mereka juga. So, kena usaha jadi baik walaupun ramai orang ejek dan perli korang. Pedulikan mereka, jom berubah jadi baik!


--


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

(Surah An Nur 24 : 26)
2 August 2015 / Sunday

> Cetusan hati "Tarbiah Basah"

Takrifan KEBAHAGIAAN?

Ada yang menganggap apabila diri mencapai apa yang dimahukan maka itulah bahagia,
Ada juga yang menganggap bila bertemu ujian, bersabar sedikit dipenghujungnya akan reda ujian tersebut dan akan beroleh bahagia.
Semudah ABC sifir bahagia mereka.

Hakikatnya,

Kebahagiaan sebenar adalah bila mana asas kebahagiaan itu didasari dengan kehendak dan perintah Allah S.W.T bukan pada keinginan cetek manusia dan akal yang terbatas.

Biarpun berhempas pulas sehingga lelah dalam menjalani ujian hingga memakan waktu rehatnya,
Biarpun banyak tangisnya dari tertawa,
Biarpun sakit menahan kehendak dirinya yang tidak tercapai,
Biarpun perubahan yang dilakukan di cemuh orang,
Biarpun tersungkur berkali-kali setelah meniti jalan perubahan,

Tetapi,

Manusia inilah yang paling bahagia! biarpun zahirnya tidak nampak tetapi dalamannya hebat kerana mampu bersabar dan menanggung seberapa banyak perit ujian berbanding manusia yang lain yang sering berkira-kira didalam ujian serta mengharap redanya ujian tersebut.

Hidupnya tidak berkira-kira dengan caturan tuhan, dia redha dengan ujian tersebut.

Biarpun sekali tidak bahagia, dua kali tidak bahagia, berkali-kali tidak ketemu bahagia, dia tidak mengeluh bahkan terus menghadiahkan 'bahagia' pada jiwanya yang sekukuh gunung ganang yang terpasak di bumi kerana mampu teguh dengan ujian tuhannya!

Maka berputiklah dihatinya bahawa dunia ini tempat ujian! Ujian untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang ingkar kepada-Nya!

Dan berputik juga dihatinya, kebahagiaan sebenar bilamana KEDUA BELAH KAKINYA SUDAH BERADA DI TAMAN SYURGA...

ITULAH KEBAHAGIAAN HAKIKI....

Ya Allah!

Aku tahu kau mencintaiku,
Kerana itu 'ujian' sebagai tanda kasih sayang-Mu
Ampuni aku Ya Allah!
Jika salah sangka dengan-Mu
Aku lemah dan perlukan-Mu

Bantulah aku dalam menghadapi ujian dunia ini...

29 July 2015 / Wednesday

KEBANYAKAN manusia TAK pernah puas dengan apa yang dia ada.

1) Yang kurus, nak jadi gemok.

2) Yang gemok, nak jadi kurus.

3)Yang kurus keding, nak jadi sado.

4) Yang sado, nak jadi hulk (?)

5) Yang pendek, nak jadi panjang.

6) Yang panjang, nak jadi sederhana.

7) Yang kulit putih, nak jadi hitam (berjemur tepi laut).

8) Yang kulit gelap, nak jadi putih.

9) Yang takde jambang, nak berjambang.

10) Yang dah ada jambang, tak suka ada jambang.

11) Yang miskin nak jadi kaya.

12) Yang kaya, nak jadi makin kaya. Tapi ada juga bila tengok orang miskin, dia baru tahu yang dia tak cukup bahagia.

13) Yang ada kening, nak cukur.

14) Yang takde kening, mengada nak lukis (sapa suruh cukur).

15) Yang ada anak, teringin tak nak ada anak.

16) Yang tak ada anak, teringin nak ada anak.

17) Yang dah ada anak, teringin nak anak-anak macam jiran atau kawan-kawan (konon pandai, bijaksana sini dan lain2).

18) Dah ada mak bapak, teringin nak ada mak bapak macam orang lain (konon sporting, kaya dan lain2).

Dan sebagainya. Begitulah sebahagian besar manusia, tak bersyukur dan tak reti nak rasa CUKUP (qonaah).

Kecuali..

Golongan yang Rasulullah sebut,

"Ajaibnya urusan seorang MUKMIN. Apabila dia diberi nikmat, dia bersyukur. Apabila diuji, dia bersabar."

Kita nak apa sebenarnya?
26 July 2015 / Sunday

Drama dan Movie Melayu (atau indonesia, bangla, afrika, nepal, somalia dan lain2) yang ada UNSUR-UNSUR haram, maka ia TETAP HARAM.

Takde siapa kata halal. Contohnya adalah suamiku encik sotong, suami ku labi-labi, suamiku jatuh dari langit, suamiku jatuh dari bumbung, Hati Perempuan, Hati Pondan, Anakku Bukan Anakmu Kau Siapa, Bawang kelabu Bawang pink, dan lain-lain.

Tak kisahlah Melayu je, Korea ke, Bangla ke, Somalia ke. Bukan hanya Korea Jepun je.

Contoh unsur haram?

1) Dedahkan aurat. Sapa kata dedah aurat kita boleh tengok?

2) Ada unsur seks dan lucah samada sikit atau banyak.

3) Ada unsur menggalakkan pergaulan bebas.

4) Ada unsur mengagungkan arak dan mengangkat syirik.

Dan lain2.

Jadi apa kena buat? BOIKOT la semua drama ni. Kami dah lama boikot, anda mesti boleh punya. Kami bukan malaikat, kami bukan Sahabat Nabi, kami sama macam anda.

Kami sama macam anda ler wahai kawan-kawan. Kami hidup di akhir zaman yang penuh fitnah, duduk dalam masyarakat yang haru biru, ada ahli keluarga yang tak taat perintah Allah dan buat maksiat, belajar di kampus yang ramai orang buat maksiat dan dosa, ada ramai kawan yang buat dosa tapi tak rasa bersalah, dan lain-lain.

Kita sama ja.

Kami pun rasa nak tengok juga. Siapa kata tak best melayan nafsu nak berhibur?

Tapi kami usaha juga sedaya upaya untuk jauh dan tinggalkan. Walaupun ada masa kami tewas, tapi kami tak putus asa dengan rahmat Allah.

Kami pun kadang2 malas nak bertaubat, malas nak ulang taubat lagi dan lagi. Tapi kami cuba dan paksa diri untuk taubat dan menangis depan Allah.

Kami cuba dan terus cuba walau banyak kali gagal dan walau kadang2 tu nak putus asa. Tapi at least we try and keep trying. Kami yakin, anda pun boleh..

Usaha lah untuk tinggalkan maksiat. Usahalah.. Anda tak rugi pun. Dan kami tak untung se sen pun kalau anda tinggalkan maksiat.

Anda marah dan kutuk kami pun, paling jauh Anda hanya boleh unsubscribe emel Tarbiah Sentap, dan anda rasa "puas" maki hamun kami.

Selepas tu, apa lagi anda dapat? Kita sebenarnya nak apa dalam hidup ni?
Kita nak apa sebenarnya? Nak berhibur je? Kawan-kawan..
Satu soalan terakhir..

Belum sampaikah lagi masa untuk anda berubah dan taat pada perintah Allah? Belum sampaikah lagi?

Jom kita muhasabah..


____________________________________________________________________________________________________________

Pahala Meneroka Kebiasaan Baik

عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي اْلإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

“Dari Jarir bin Abdullah dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa mengadakan kebiasaan yang baik dalam Islam, lalu kebiasaan baik tersebut diikuti oleh orang-orang sesudahnya, maka akan dicatat untuknya pahala sebanyak yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikit pun pahala yang mereka peroleh. Sebaliknya, barang siapa mengadakan kebiasaan yang buruk dalam Islam, lalu kebiasaan buruk tersebut diikuti oleh orang-orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa yang mereka peroleh sedikit pun.” (HR Muslim No 4830). Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Muslim yang memulakan sesuatu kebiasaan yang baik atau ilmu serta penghasilan baru yang bermanfaat dan diikuti oleh orang lain, dia akan mendapat ganjaran pahala sebanyak orang yang mencontohinya.

2.  Elakkan dari memulakan sesuatu yang buruk dan jahat kerana dibimbangi akan diikuti oleh orang lain dan kita turut akan mendapat ganjaran dosa.

3.  Contohkan sesuatu yang baik dan boleh diikuti oleh orang lain untuk kita memperolehi ganjaran pahala daripada setiap yang mencontohi secara bersambungan dan berterusan. Antaranya melalui penulisan, produk, amalan yang baik (tidak bercangah dengan syarak) dan bermanfaat.

4.  Pahala orang yang mengikut kebiasaan baik tidak akan berkurangan dengan sebab pahala yang diperoleh oleh orang yang memulakan.

JOM bersifat RAHMAH dengan memulakan sesuatu amalan atau kebiasaan yang baik agar ia diikuti oleh orang lain untuk kita mendapat ganjaran berterusan sebanyak bilangan orang yang mengikuti.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

20hb Oktober  2016
19 Muharam 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

____________________________________________________________________________________________________________

Muharikah:
Muhasabah di malam hari

Salam semua

Salah satu cara terbaik untuk mengakhiri malam kita adalah bermuhasabah apa yang telah kita lakukan pada siang harinya.

* Adakah bermakna kehidupan kita hari ini?
* Sudahkah kita berbuat kebaikan hari ini?
* Adakah hidup kita lebih dekat dengan Allah pada hari ini?

Pada dosa-dosa yang kita lakukan samada dengan sengaja ataupun tidak, maka inilah masa untuk kita beristighfar.

Allah bersama kita ketika kita mengingatiNya.

Di saat kita alpa akan banyak perkara, kembalilah kepda Allah . Ini kerana, mengingati Allah akan menjadikan kita mudah ingat.

“Ingatlah kepada-Ku, Aku juga akan ingat kepada kalian. Dan bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kalian kufur.” (QS. Al Baqarah :152)

Ramai orang berjaya mengakhiri hari mereka dengan muhasabah, agar esok harinya akan lebih segar dan bermakna.

Berkata 'Umar bin Al Khoththôb RA:

حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا، وَزِنُوها قَبْلَ أَنْ تُوزَنُوا، وَتَأهَّبُوا لِلْعَرْضِ الْأَكْبَرِ

"Hendaklah kalian menghisab diri kalian sebelum kalian dihisab, dan hendaklah kalian menimbang diri kalian sebelum kalian ditimbang, dan bersiap-siaplah untuk hari besar dinampakkan amal"

Berkata 'Abdullôh bin Mas'ûd t:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ جَالِسٌ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَنْقَلِبَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ لَهُ: هَكَذَا فَذَهَبَ، وَأَمَرَّ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ

"Seorang yang beriman melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut apabila gunung tersebut menimpanya, dan seorang fasiq melihat dosa-dosanya seperti lalat yang terbang di atas hidungnya, maka dia singkirkan seperti ini, yaitu diusir dengan telapak tangannya" (HR. Al Bukhôri)

Selamat malam semua! Moga hari esok bermula hari baru penuh barakah.


https://telegram.me/muharikah

Comments